CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki vape beringat!: Peraturan lebih ketat mungkin berkuat kuasa bulan depan - Dr Dzul

1-7-2024 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19324| Komen: 10

Description: KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali tertangguh, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata peraturan lebih ketat berhubung vape bakal berkuat kuasa mulai bulan depan.

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali tertangguh, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata peraturan lebih ketat berhubung vape bakal berkuat kuasa mulai bulan depan.

Dalam jawapan kepada komen pengguna di X, Dr Dzulkefly berkata pihaknya sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) & Perintah 2b diluluskan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Antara peraturan yang termaktub di bawah akta itu termasuk berkaitan pendaftaran, penjualan, pembungkusan dan pelabelan serta satu perintah berkaitan larangan merokok di tempat awam.

Katanya, semua peraturan dan perintah ini akan dikuatkuasakan serentak dengan Akta 852 termasuk rokok elektronik.

"Tiga peraturan sudah diluluskan oleh AGC dengan dua lagi peraturan dan satu perintah tambahan kini dalam proses kelulusan.

"Peraturan dan perintah akan dikuatkuasakan bersama dengan Akta 852 pada Ogos 2024, apabila semuanya berada dalam keadaan teratur. Insya-Allah, dengan izin Tuhan, tiada lagi kelewatan," katanya dalam bebenang hantaran itu.


Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak yang mempersoalkan kelewatan penguatkuasaan Akta 852 yang masih lagi tertangguh pelaksanaannya, termasuk daripada pihak Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Semalam, Presiden MPS, Amrahi Buang, dilaporkan berkata penguatkuasaan akta terbabit sepatutnya bermula awal Jun tetapi hingga kini masih belum dilaksanakan kerajaan.

Justeru, Amrahi mempersoalkan, apakah halangan sebenar penguatkuasaan akta terbabit, yang didakwa masih 'tersangkut' di pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) KKM.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, beliau memahami keresahan pelbagai pihak berhubung kelewatan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 terbabit.

"Saya benar-benar memahami keresahan (orang ramai) disebabkan kelewatan dalam pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ini.

"Saya memohon empati anda bahawa KKM sedang berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pengesahan AGC berhubung kelulusan peraturan dan perintah ini," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terma2nkondisi2 1-7-2024 11:26 PM
acah2 garang.. acah2 tegas
Quote otai_g 2-7-2024 05:32 AM
Pnh dgr NATO x? Ha ini la cthnya..
Quote Binodino 2-7-2024 10:52 AM
Peraturan lebih ketat? Ingatkan nak haramkan terus biar menggelupur vapers
Quote krustykrab 2-7-2024 10:54 AM
Letak je sikit daging babi dlm tu. Tgk nak hisap lagi ke tak.
Bila kita cakap haram dia kata tiada dlm al quran.
Quote CoffeeOverdose 2-7-2024 12:15 PM
konsep nya ; haram - selagi tidak bayar cukai dan mengguntungkan kerajaan.
Quote TeropongThaico 2-7-2024 03:07 PM
Ketatkan peraturan acah tak bg org beli tapi cukai amik juga chitpodah
Quote Skuau 2-7-2024 03:30 PM
MUNGKIN.....
Quote Skuau 2-7-2024 03:32 PM
krustykrab replied at 2-7-2024 10:54 AM
Letak je sikit daging babi dlm tu. Tgk nak hisap lagi ke tak.
Bila kita cakap haram dia kata tiada  ...

yg haram tu serail,yahudi...blackrock...idokla
Quote QueenGambit 2-7-2024 03:41 PM
Haram je..mymph org berasap2 mcm naga ni.
Quote AJENALI 2-7-2024 04:55 PM
Ketat y macam mana tu?
Setakat ni, Budak2 sekolah masih boleh beli dengan mudah. Vape sampai ke pod.
Rokok x payah cakap la.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042123 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top