CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kadar kelahiran rendah, penduduk menua: Korea Selatan bakal tubuh kementerian populasi

1-7-2024 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19465| Komen: 8

Description: SEOUL: Korea Selatan bakal mewujudkan Kementerian Strategi Populasi bagi menangani isu mendesak seperti kadar kelahiran yang rendah dan penduduk menua sehingga menjadi antara cabaran terbesar dihadapi ...


SEOUL: Korea Selatan bakal mewujudkan Kementerian Strategi Populasi bagi menangani isu mendesak seperti kadar kelahiran yang rendah dan penduduk menua sehingga menjadi antara cabaran terbesar dihadapi negara ini.

Kerajaan mengumumkan rancangan berkenaan, hari ini, selepas berlangsungnya mesyuarat peringkat tinggi dengan parti pemerintah.

Ia sekali gus memaklumkan bahawa akta organisasi kerajaan yang telah disemak semula, akan diusulkan pada Julai ini untuk pelancaran kementerian baharu itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kementerian itu akan memfokus strategi dan perancangan untuk menangani isu-isu demografi, termasuk kadar kelahiran yang rendah, populasi menua, tenaga kerja serta imigresen.

Ia juga akan bertanggungjawab menggubal dasar-dasar berkaitan populasi, selain strategi jangka sederhana hingga panjang, sekali gus mengambil alih tugas terbabit yang ketika ini diuruskan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.


Menurut pegawai, kementerian baharu itu akan turut memantau peruntukan dan penyelarasan bajet bagi menangani isu kadar kelahiran yang rendah, merentasi pelbagai kementerian.

Malah, peneraju kementerian baharu itu kelak pada masa sama juga akan memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk hal ehwal sosial, iaitu peranan yang digalas Menteri Pendidikan ketika ini.

Sebaik saja dilancarkan, kementerian baharu itu akan merancang untuk memperhebat kempen dan promosi bagi menangani cabaran demografi, serta menjalankan penyelidikan dan analisis terhadap data demografi. – BERNAMA-YONHAP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 2-7-2024 08:35 AM
Pelaksanaan perlu dibuat secepat mungkin
Quote CoffeeOverdose 2-7-2024 08:38 AM
org korea tk berminat nk ada anak sbb kos hidup tinggi.
Quote sayurmayur88 2-7-2024 12:42 PM
ramai jer negara ke arah penduduk menua termasuk malaysia
Quote orkid_amani 3-7-2024 06:03 PM
Org korea ni high maintenance..nk urus diri sendiri pun perit dgn kos sara hidup yg tinggi.. lagi2 yg sentiasa up to date fashion ni.. skincare,makeup, bathcare tuu belum kira phone lg..kejap jaa dah kluaq new model
Quote sharlenetexas 3-7-2024 10:56 PM
Import je rohingya.


Quote clueless_gamer 4-7-2024 06:12 AM
kt sini pun sama.. bakal jadi negara tua..

skrg dah ade plak childless marriage..

abes tu buat apa ko kawen dek
Quote None68 4-7-2024 06:46 AM
Aku nengok kat korea tu dah bongkok 3 pun koje lagi, confirmlah warga muda x berani beranak. Org msia yg tour sana plak siap basak anak 5-6 orang, kaya katanya.
Quote yoppoy 4-7-2024 08:52 PM
Boleh la mesians yang tergila2kan kpop kdrama knetz pakat pindah sana

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.156956 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top