CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Langgar Dan Seret Pelajar Tngkatan 5 : DSP Dituduh Langgar Zaharif Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

1-7-2024 10:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11729| Komen: 32

Description: IPOH – Pegawai polis, Deputi Superintendan Mohd. Nazri Abdul Razak yang didakwa atas pertuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima pada Disember lalu memohon dibebaskan dengan jaminan atas alasan ...

IPOH – Pegawai polis, Deputi Superintendan Mohd. Nazri Abdul Razak yang didakwa atas pertuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima pada Disember lalu memohon dibebaskan dengan jaminan atas alasan dia tidak bersalah.

Menurut pegawai berusia 45 tahun itu, dia masih belum didapati bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.

Itu antara alasan dikemukakan pasukan pembelaan diketuai Jacky Loi Yap Loong dalam afidavit yang difailkan sebelum ini.

Peguam itu memohon jaminan dibenarkan ke atas anak guamnya dengan alasan mahkamah mempunyai budi bicara mengikut Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah untuk memberikan jaminan bagi kesalahan tidak boleh dijamin.

Pada 23 November 2006, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.


Pada prosiding Mei lalu, Jacky Loi memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mengemukakan permohonan berhubung ikat jamin terhadap lelaki itu.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet mengarahkan pihak-pihak terlibat memfailkan hujahan mereka berhubung perkara berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes. Pada tarikh tersebut mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran permohonan jaminan tersebut.

Disember lalu seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah direman tiga hari bagi membantu siasatan kes langgar dan seret pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 2-7-2024 05:57 AM
Abis yg bawa kete tu saka Ko ke sial?
Quote Firenzza 2-7-2024 10:09 AM
RB bebas sbb x dpt relate dia yg bunuh Tunya tapi 2 org pulis yg ada bukti kuat.... yg ni plk sah2 pulis tu yg langgar....kereta tu sapa yg pandu klau bkn pulis tu....apa benda la.....mcm undang2 ni terpakai utk marhaen jerr
Quote noor2 2-7-2024 10:10 AM
Langgar dan seret sampai mati patut tajuk tu...
Quote noor2 2-7-2024 10:11 AM
X bersalah apa ko.lenyek budak tu sampai mati...
Quote CoffeeOverdose 2-7-2024 10:14 AM
bebas dgn jamin kena lapor diri ke balai polis la kan?
Quote syamzana 2-7-2024 10:21 AM
dok je la dalam tu tara nak tggu jatuh hukum.
dok luar nati mai baran ko lenyek org lain plak.
Quote TeropongThaico 2-7-2024 10:43 AM
Dah lenyek org sampai mati depan ramai saksi tak mengaku bersalah lg?  
Yg bawa tu antu raya belaan heols ke
Quote supernaturalee 2-7-2024 11:16 AM
Peguam itu memohon jaminan dibenarkan ke atas anak guamnya dengan alasan mahkamah mempunyai budi bicara mengikut Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah untuk memberikan jaminan bagi kesalahan tidak boleh dijamin.


Pada 23 November 2006, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.


Pada prosiding Mei lalu, Jacky Loi memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mengemukakan permohonan berhubung ikat jamin terhadap lelaki itu.



dh kenapa terselit ni
Quote bedahmenjuyah 2-7-2024 11:18 AM
Gaji dsp ni berapa? Tiber aiols ot jap
Quote miss_perfect 2-7-2024 11:23 AM
supernaturalee replied at 2-7-2024 11:16 AM
dh kenapa terselit ni

I pun confused baca tadi. Ingatkan ada 2 berita lain, tapi tengok perenggan bawah sambung balik pasal langgar lari tu.
Quote Firenzza 2-7-2024 11:31 AM
supernaturalee replied at 2-7-2024 11:16 AM
dh kenapa terselit ni

Klau dkt court biasanya loyer akan refer kes2 terdahulu utk justify permohonan mrk. Mcm kak mah blh dpt balik passport sbb nk tgok cucu kt spore tu, so wak yidin pun guna alasan sama mintak court pulang balik passport sbb nk mkn angin kt obersee then court luluskan
Quote supernaturalee 2-7-2024 11:37 AM
Firenzza replied at 2-7-2024 11:31 AM
Klau dkt court biasanya loyer akan refer kes2 terdahulu utk justify permohonan mrk. Mcm kak mah bl ...

owh faham2
psl jaminan bg kes bunuh yg sepatutnya tak boleh dijamin
tp guna akta khas yg disebut dlm artikel tu

ok got it

Quote cikdot 2-7-2024 11:45 AM
kena 302 ke dia ni? kalau ye duk je la dalam sampai siap bicara. kena jamin pun belum tentu selamat idup kat luar ni
Quote Carcosa 2-7-2024 12:54 PM
Bongok. Kau ingat ni Yinvredible Yindia? Polis boleh sesuka bapak kau je bunuh marhaen tanpa di hukum??
Anjirrr. Dok dlm tu diam2. Jgn nak sebokkkkk kulu kilir atas jalan raya. Nnti kau gilis orglain pulak.
Quote QueenGambit 2-7-2024 03:46 PM
Ni kes paling menyayat hati

Aku nangis dan terkesan tgk bapak dia mennagis di sisi mayat anak dia. Budak tu salah apa je

Tp tegar betul pi bunuh mcm x de otak. Skrg padan le muka
Malas nak kasihan
Quote Ytee 2-7-2024 03:48 PM
giler lah
Quote otai_g 2-7-2024 03:49 PM
Polis tolong polis. Sama la banker tolong banker
Quote sharlenetexas 2-7-2024 03:59 PM
supernaturalee replied at 2-7-2024 11:16 AM
dh kenapa terselit ni

Mintak maap rasa nak tergelak.

Quote honam 2-7-2024 04:04 PM
dalam edisi siasat takde plak benda ni?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050482 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top