CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sahih Atau Tidak Perkahwinan Bakri Zinin Dengan Cleopatra Diketahui 14 Ogos

1-7-2024 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16227| Komen: 90

Description: KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 14 Ogos ini bagi keputusan berhubung kesahihan pernikahan dan sijil nikah Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra dan bekas Timbalan ...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 14 Ogos ini bagi keputusan berhubung kesahihan pernikahan dan sijil nikah Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Cleopatra, 30, selaku pemohon pada sebutan kes itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat yang dibuat dalam kamar hari ini.

“Sepatutnya hari ini adalah keputusan kes itu, namun mahkamah menangguhkan pada 14 Ogos ini. Keputusan itu berkaitan sama ada wujud atau tidak perkahwinan itu,” kata peguam itu.

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd. Bakri, 70, selaku responden turut mengesahkan tarikh keputusan kes itu.

Sebelum ini pada prosiding terdahulu, Nur Fathiah yang juga seorang pempengaruh menafikan dia pernah bernikah dengan pesara polis tersebut.


Katanya, dia terkejut sebaik menerima sijil pernikahan dari negara jiran, sedangkan tidak pernah berkunjung ke sana dan berkahwin dengan bekas pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia itu.

Atas sebab itu, bekas calon bebas Parlimen Batu, Pilihan Raya Umum Ke-15 itu memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan jawapan kesahihan pernikahan dan sijil nikah yang diperoleh.

Tambahnya, sebelum kes dibawa ke mahkamah, kes tersebut telah dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Badan agama itu kemudian mengesahkan sijil nikah tersebut adalah palsu.

Pada Oktober tahun lalu, Nur Fathiah menyangkal dakwaan beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Bakri.

Nur Fathiah berkata, bekas pegawai polis itu bukan pengerusi anak syarikat miliknya.

Sebelum itu, Nur Fathiah memuat naik gambar dia dan Mohd. Bakri di Instagram sewaktu mereka menghadiri konsert Senandung Nusantara Ethnochestra oleh Erwin Gutawa dan Jay Subyakto.

Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen, malah gambar itu turut menerima banyak ucapan tahniah daripada orang ramai. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 1-7-2024 10:38 PM
Peliknya kes, pengantin pun xtak dia dah kawen..
Quote sukacactus 1-7-2024 11:31 PM
Apa citer sebenarnya ni
Quote virgocircus 1-7-2024 11:33 PM
Wow..tangan tangan ghaib ke?
Quote makita 1-7-2024 11:34 PM
swimswim replied at 1-7-2024 10:38 PM
Peliknya kes, pengantin pun xtak dia dah kawen..

Itu la tak fhm..atok ni claim cleopepet ni bini dia ke?
Quote ina_na 1-7-2024 11:59 PM
Atok umur 70 boleh menongkat lg ke...yg seksis je dia claim wife dia...mcm mn tuan bdn sendiri leh x tau ni...
Quote mawardia 2-7-2024 12:02 AM
I teringin nak nengok rupa kak Cleo tanpa filter.
Lebih-lebih lagi gambar sebelum reno.
Kalau ada, mohon share yahh.
Quote sharlenetexas 2-7-2024 12:17 AM
Ingatkan musa hasan je. Bakri pun sama. Ni sondol atas sondol, sondol lagi?

Quote sharlenetexas 2-7-2024 12:18 AM
Adakah cleo pernah bertarik rambut dgn nisa?


Quote sharlenetexas 2-7-2024 12:19 AM
Macam samarinda Annisa.


Quote Rogue98 2-7-2024 12:21 AM
mawardia replied at 2-7-2024 12:02 AM
I teringin nak nengok rupa kak Cleo tanpa filter.
Lebih-lebih lagi gambar sebelum reno.
Kalau ada, m ...

Dulu ada thread khas dia....cer cari...masa dia datang office syed saddick..
Situ ada gambar lama dia sebelum renovate..
Quote mawardia 2-7-2024 12:23 AM
Rogue98 replied at 2-7-2024 12:21 AM
Dulu ada thread khas dia....cer cari...masa dia datang office syed saddick..
Situ ada gambar lama  ...

Sis cobaaaaaaa ya
Kalau takde sis kembali lagi ke sini
Quote Kurex 2-7-2024 12:30 AM
iols gugel nama Nur Fathiah Syazwana terus keluar gambar she
Quote izwan_izi 2-7-2024 12:44 AM
Curiouss...mcm mana she boleh start security company yg Security tu...dari mana she dpt duit byk2...takkan semudah tu je bank nk bagi loan kan..?
Quote sharlenetexas 2-7-2024 01:05 AM
Kurex replied at 2-7-2024 12:30 AM
iols gugel nama Nur Fathiah Syazwana terus keluar gambar she


Erkkkk
Bibir overdo kah?


Quote misc 2-7-2024 01:24 AM
Kurex replied at 2-7-2024 12:30 AM
iols gugel nama Nur Fathiah Syazwana terus keluar gambar she

Kenapa la tertengok gambar ni pada pukul 1.24 pagi
Quote silampumeja 2-7-2024 01:35 AM
misc replied at 1-7-2024 05:24 PM
Kenapa la tertengok gambar ni pada pukul 1.24 pagi

Iols 1.35 pagi
Quote bulanbulat 2-7-2024 01:43 AM
mawardia replied at 2-7-2024 12:02 AM
I teringin nak nengok rupa kak Cleo tanpa filter.
Lebih-lebih lagi gambar sebelum reno.
Kalau ada, m ...

1000107986.jpg

Macam muka shabina twitter versi lebih siap dan tak makeup gomak sangat
Quote bulanbulat 2-7-2024 01:43 AM
Kurex replied at 2-7-2024 12:30 AM
iols gugel nama Nur Fathiah Syazwana terus keluar gambar she

Patutla kemain edit.

Tapi badan dia skinny i suka..jenis tak makan ni
Quote bulanbulat 2-7-2024 01:45 AM
[twitter]https://twitter.com/malaymail/status/1592864866284756992?s=19[/twitter]

Muka dlm video

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054753 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top