CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Asing Banyak Songeh Undang Kemarahan Awam, Bentuk Bidet Paip Air Pun Jadi Isu

1-7-2024 07:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9532| Komen: 59

Description: PETALING JAYA – Seorang pelancong asing mencetuskan kemarahan awam ekoran tindakannya yang mempersoalkan bentuk bidet paip air tandas hotel di Malaysia yang kononnya menyusahkan pengguna.


PETALING JAYA – Seorang pelancong asing mencetuskan kemarahan awam ekoran tindakannya yang mempersoalkan bentuk bidet paip air tandas hotel di Malaysia yang kononnya menyusahkan pengguna.

Menerusi perkongsian video pelancong berkenaan di laman TikTok @thesadewa, lelaki tersebut yang menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur mengakui bahawa bentuk bidet paip air tandas di Malaysia tidak praktikal.

“Kejutan budaya tandas di Malaysia, kenapa bidet paip ini tidak diberi tempat picit sekali gus di kepalanya untuk keluarkan air, dan hampir semua tandas di Malaysia, bentuknya seperti ini.

“Kita harus putar dahulu baru keluar air, maksudnya untuk apa buat bentuk sebegitu, kan sudah jadi dua kali kerja,” soalnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, rata-rata rakyat Malaysia membanjiri ruang tersebut bagi menerangkan cara sebenar penggunaannya dan sebab mengapa ia direka sebegitu.


“Tangan ada dua, yang satu ‘aim’ (tuju) target tempat nak dicuci, satu lagi tangan, buka pili air kawal tekanan air,” komen @aizadrais.

“Memang ada jenis yang sekali dengan tempat tekan untuk keluar air, tapi selalu rosak, jadi dibiar macam tu,senang jaga, bukan semua orang pandai jaga harta benda,” ujar @zarifanorawang.

“Orang Malaysia tak pernah terfikir nak komplen (tegur) begini, asal ada air, ada paip kira okay dah. Itu tandanya bersyukur bang,” luah seorang pengguna.

“Dulu-banyak guna yang picit tu, tapi senang rosak. Bila rosak kena ganti selalu, lama-lama tak pakai langsung, putar ‘control pressure’ (kawal tekanan) sendiri,” kata @ziha.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-7-2024 07:50 PM
Daratnya perangai.

Quote fofuler 1-7-2024 08:13 PM
Content nak view je ni toksah layan
Quote TeropongThaico 1-7-2024 08:23 PM
Org Kedah kata bangsa perak buih jgn dilayan
Quote QueenGambit 1-7-2024 08:27 PM
Oo konoha..malas nak layan
Quote riyadhK 1-7-2024 08:49 PM
Ini sebab tak letak kepala paip tu je kan. Sebab tu Jadi gitu.
Quote Zack8hunter 1-7-2024 08:59 PM
konoha..
Quote SalenaGomez 1-7-2024 09:01 PM
Duduk je lah dlm konoha tu kalau keje asik nak komplen sana sini. Pegi prc xde bidet langsung, elok pulak x cerca. Dtg sini xde hal pon cari pasal juga
Quote MrsJane 1-7-2024 10:29 PM
Attention seeker lah tu. Pastu seronok tengok org bergaduh dekat komen
Quote theorkedd 1-7-2024 10:42 PM
Konoha memang kalau negara orang serba serbi tak kena. Padahal kat konoha sana kepala paip pun hilang asyik kena rembat
Quote gigahertz 1-7-2024 11:02 PM
riyadhK: Ini sebab tak letak kepala paip tu je kan. Sebab tu Jadi gitu.


pakai ini pun boleh. sambung dengan hos getah + clip besi.
kepala paip tu boleh adjust2


Quote FOTHER-MUCKER 1-7-2024 11:06 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-7-2024 07:08 AM

Budaya maintenance di Malaysia tu kurang diberi perhatian. Bidet spray head hilang Apasal tak ganti yang baru?
Sudah tentulah orang akan complaint
Quote sharlenetexas 1-7-2024 11:15 PM
gigahertz replied at 1-7-2024 11:02 PM
pakai ini pun boleh. sambung dengan hos getah + clip besi.
kepala paip tu boleh adjust2

Ada ke yg kecik?


Quote gigahertz 1-7-2024 11:20 PM

tak jumpa pulak yang ini mmg utk garden.
Quote allshares 1-7-2024 11:21 PM
Org kuat komplen ni, ko hantar kemana pun kerjanya complain jah.
Quote shernazz 2-7-2024 07:12 AM
gigahertz replied at 1-7-2024 11:02 PM
pakai ini pun boleh. sambung dengan hos getah + clip besi.
kepala paip tu boleh adjust2

Pecah telo wei..
Poen terus hilang
Quote Dwdrum 2-7-2024 07:21 AM
Yang sudah biasa maybe tiada issue... Akak pernah kena water keluar seperti waterjet and seperti snake dancing di floor... Influencer ini ok lah water keluar seperti di normal faucet
Quote beatgirlX 2-7-2024 07:51 AM
Better sari toilet yg x de paip... Tu x nak plk ko mengomel
Quote ultra78 2-7-2024 08:03 AM
Ada pro dan con juga. Kalau yg picit tu kadang-kadang kita tak tahu water pressure dia. Kadang-kadang tekan sikit tapi air memancut keluar.

Bagi orang yg kencing duduk,iaitu perempuan, ini buka satu isu kerana boleh spray aje. Ia satu challenge bagi lelaki yg rata-ratanya kencing berdiri. Jangan suggest suruh pakai urinal sebab kat situ orang tak basuh kencing
Quote Supersirap 2-7-2024 08:37 AM
benda tiada apa-apa pun

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045460 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top