CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wang simpanan persaraan RM216,000 lesap dikebas scammer, suspek menyamar sebagai Inspektor Lai

1-7-2024 07:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7685| Komen: 11

Description: KUCHING – Seorang lelaki warga emas yang bimbang ditangkap polis kononnya dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram terpaksa berputih mata selepas wang simpanan persaraannya sebanyak RM216,000 les ...
Foto : iStock


KUCHING – Seorang lelaki warga emas yang bimbang ditangkap polis kononnya dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram terpaksa berputih mata selepas wang simpanan persaraannya sebanyak RM216,000 lesap diperdaya oleh sindiket ‘phone scam’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, mangsa yang berusia pertengahan 60-an itu telah menerima panggilan dari seseorang yang memperkenalkan diri sebagai Umi Hani dari DHL Melaka dan memaklumkan ada menghantar satu bungkusan mengandungi satu buku cek dan token dari Melaka ke Kedah.

Katanya suspek turut mengatakan bungkusan tersebut telah dihantar kepada pihak polis untuk siasatan dan mangsa perlu membuat laporan polis secara dalam talian sebagai penafian.

“Selepas itu, panggilan telefon disambungkan ke Bukit Aman dan mangsa bercakap dengan suspek yang menyamar sebagai Inspektor Lai, memberitahu nama mangsa ada terlibat dengan kes jenayah pengubahan wang haram.


“Suspek juga memberitahu mangsa untuk menyiasat kes tersebut dan kes akan ditujuk kepada pihak atasan yang dikendalikan oleh Datuk Ling iaitu Pegawai Penyiasat Kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Mancha berkata suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya mengeluarkan kesemua wang simpanan persaraannya yang ada untuk dipindahkan ke dalam beberapa pemilik akaun bank berbeza bagi tujuan siasatan pihak polis.

“Mangsa yang dalam keadaan panik, dari pertengahan hingga penghujung Jun lalu telah memindahkan wang melalui lapan transaksi ke lima akaun bank suspek yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, mangsa menyedari ditipu apabila suspek masih menghubungi serta mengarahkannya merahsiakan perkara itu daripada sesiapa sahaja dan mangsa juga dikehendaki melaporkan diri setiap masa kepada suspek. 

Sumber – KOSMO! OLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote QueenGambit 1-7-2024 08:29 PM
Jgn la angkat telefon ntah sapa2 .
Kalau emengency sure dia hantar mesej dulu.
Tu aku la memandangkan kwn aku sendiri pernah kena scam. Mcm kena pukau . Dia kata x sedar apa. Ikut je apa kata caller setan tu
Quote notfound 1-7-2024 09:21 PM
Kesian warga emas ni mesti baru bersara, tup tup kena tipu mcm tu je. Takde anak2 ke bagi nasihat..
Quote jazaa100 1-7-2024 09:40 PM
QueenGambit replied at 1-7-2024 08:29 PM
Jgn la angkat telefon ntah sapa2 .
Kalau emengency sure dia hantar mesej dulu.
Tu aku la memandangk ...

Iya ke....

Aku pulak kekdg saya nk dgr apa dia nk kata....
Klu pukau ni, lepas ni tak berani le nk jawab
Quote QueenGambit 2-7-2024 10:32 AM
jazaa100 replied at 1-7-2024 09:40 PM
Iya ke....

Aku pulak kekdg saya nk dgr apa dia nk kata....

Jgn laa..
Kawan i selawat tak tggl
Kena pukau
Abis .. dia ikut je kata org
Pi gadai gelang
Smpi gelang anak yg selama ni x jumpa
Pun dia leh jumpa

Smpi rm 4 pun dia leh bank in kat scammer
Tersedar bila last transasi..baru dia sedar

Pi repot..polis siap sound
Takkan awak x tau benda ni kan selalu terjadi.
Quote theorkedd 2-7-2024 10:38 AM
Nombor tak kenal takyah angkat. Kalau betul urgent or kenalan kita mesti akan call bertalu2 / whatsapp suruh angkat call.
Quote shamsadis 2-7-2024 10:42 AM
kalau dia takut, maknanya memang dia ada duit haram
Quote sejarah 2-7-2024 02:28 PM
shamsadis replied at 2-7-2024 10:42 AM
kalau dia takut, maknanya memang dia ada duit haram

betul. mostly mmg dah terlibat more or less.
cuma time bikin report dia pusing sana-sini.
ade lar yg mengajor tuh...
Quote Ytee 2-7-2024 04:18 PM
kalau nombo x kenal mmg x angkat
Quote jazaa100 2-7-2024 07:05 PM
QueenGambit replied at 2-7-2024 10:32 AM
Jgn laa..
Kawan i selawat tak tggl
Kena pukau

Ooo....terima kasih sbb ingatkn....
Quote QueenGambit 2-7-2024 09:06 PM
jazaa100 replied at 2-7-2024 07:05 PM
Ooo....terima kasih sbb ingatkn....

Wc
Quote Jitu 2-7-2024 09:47 PM
yg lelaki kena tipu sbb pengubahan wang haram
klu acik kesunyian pulak kena tipu sbb bf kokesen

modus operandi yg sama je tp tetap ada yg tertipu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040302 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top