CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Suara Mengilai Atas Bumbung Masjid Terbongkar

1-7-2024 07:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7809| Komen: 2

Description: JAKARTA – Misteri suara wanita ketawa pada malam hari yang menggemparkan penduduk Kampung Cikampek Timur, wilayah Jawa Timur terbongkar apabila suara itu disahkan berpunca daripada seorang pesakit ...

JAKARTA – Misteri suara wanita ketawa pada  malam hari yang menggemparkan penduduk Kampung Cikampek Timur,  wilayah Jawa Timur terbongkar apabila suara itu disahkan berpunca daripada seorang pesakit mental, lapor laman berita Tribunnews.

Ketua Kampung Cikampek Timur, Aah Supriadi berkata,  penduduk sebelum ini menyangka suara hilaian yang kerap muncul pada waktu malam tu adalah suara hantu.

Ia sering didengari datang dari bumbung sebuah masjid.

Namun, selepas disiasat, penduduk mendapati ia adalah suara seorang wanita yang mengalami sakit mental.

Wanita itu ditemui berbaring di atas bumbung masjid sebelum dia dibawa turun oleh kakitangan pihak berkuasa keamanan setempat.

“Kami telah memindahkan wanita pesakit mental tersebut dari bumbung masjid. Dia dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Kampung Cikampek,” kata Aah.


Menurut pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kampung Cikampek Timur, Endah Oktaeni, wanita tersebut dibawa kepada  pihak berkuasa yang bertanggungjawab selepas dimandikan dan dibersihkan. – AGENSI 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote QueenGambit 1-7-2024 08:30 PM
Kalau hari2 dgr mengilai seram jugak kan.
Quote ketambangkang 2-7-2024 08:52 AM
dh mcm cite Hantu kak Limah Balik Rumah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036598 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top