CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adira Kumpul Emas Untuk Bantuan Kecemasan - “Daripada Kita Beli Benda Lain, Sekurang-Kurangnya Emas Ini Boleh Bantu Kalau Masa Kita Susah"

1-7-2024 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11456| Komen: 51



Penyanyi Adira Suhaimi memberitahu dia suka membeli dan mengumpul barangan kemas untuk kepentingan masa depan.

Menerusi perkongsian video oleh produk kecantikan, Adira berkata pembelian barangan kemas adalah pelaburan yang dapat membantunya ketika berada dalam keadaan memerlukan dan waktu kecemasan.

“Daripada kita beli benda lain, sekurang-kurangnya emas ini kalau masa kita susah, ada kecemasan inilah yang boleh bantu kita,” katanya.


Dalam pada itu, Adira turut menasihati orang ramai membeli emas untuk pelaburan jika ada duit lebih. Katanya lagi, kedai pajak gadai sentiasa dibuka berbanding bank yang hanya dibuka pada waktu bekerja sahaja.


“Pergilah kau gadai sebab kedai gadai hari-hari buka. Kalau hari Sabtu, hari Ahad bank tutup. Jadi ini yang paling cepat.

“Daripada beli beg tangan ke apa-apa, selagi kita nak menyimpan kau beli lah emas dik. Dengar cakap akak ni,” katanya. 

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 1-7-2024 11:36 AM
artis yang suka kumpul emas2 yang tgh IN ni aku tengok .. adira, Raja farah & elly mazlin. adira suka kumpul yang gedabak2 size dia. sampai ada satu cincin tu viral la lepas dia pakai. SA habib ckp cincin tu asal stock up je habis... asal letak je sold out.
Quote hokeypokey 1-7-2024 11:38 AM
jangan cerita sangat, kang perompak aim plak
Quote makita 1-7-2024 11:41 AM
Edited by makita at 1-7-2024 11:42 AM

Sebentuk cincin dia pakai tu dgn rate jual emas kat habib RM285/kg leh cecah RM2k
Quote jebatmaspunyer 1-7-2024 11:43 AM
pittjie replied at 1-7-2024 11:36 AM
artis yang suka kumpul emas2 yang tgh IN ni aku tengok .. adira, Raja farah & elly mazlin. adira suk ...

Ha'ah. Iolls pun kenal org terdekat y beli cincin besar y org panggil "cincin Adira". Mmg seketul besar camtu.

Apa y Adira cakap tu betul. Tak yah lah beli bag mahal2 selagi simpanan & emas belum banyak. Simpanan kena cover at least 6 bulan expenses baru lah boleh jeling2 barang2 branded y mahal2. Tu jeling jer, nak beli pikir byk kali. Kalau nk kata bag tu investment, bag tu mana boleh lenjan sesuka hati, kena jaga betul2 tu pun belum tentu ROI berbaloi.
Quote prettyuglybabe 1-7-2024 11:51 AM
harga emas ada turun naik..
masa beli mahal bila nak jual harga tengah murah, tak untung juga..
so pandai-pandai la balance duit dengan emas..

Quote pocongkiutss 1-7-2024 12:00 PM
Tak takut kena aim dgn perompak ke bila announce sedonia camni?
Quote Gee97 1-7-2024 12:02 PM
Hati² adira. Penyamun ada di mana²
Quote Neno90 1-7-2024 12:05 PM
Betul. Beringat² utk masa hadapan
Quote CoffeeOverdose 1-7-2024 12:20 PM
mesti dia dh ada pengalaman sbb tu nasihat beli emas utk kegunaan masa terdesak. tkpa adira.. kumpul la balik mana yg pernah tergadai utk bantu abg red dlu2..
Quote prizadane 1-7-2024 12:25 PM
Okay je nak beli emas. Better than bercuti sana sini tapi end up, yuran sekolah anak tak bayar. Contoh terdekat tu, rakan ambassador product yang sama. Tapi jangan tayang sangat dik Adira oi. Kawasan rumah awak tu dah la kawasan kampung. Bukan gated and guarded
Quote syamzana 1-7-2024 12:27 PM
bagus la tu beringat dan mengumpul harta utk hari mendatang cumanya chuols tak takut ke perompak dok aim je tetiap hari. tgk pada dok tayang tu rasanya bkn sejenis simpan di safebox kat bank, mesti simpan dlm lemari rumah je.

***iols sejak tua ni rasa merapu sgt beli handbag mahai2 dulu, baik beli emas. skrg nak jual kononnya beg yg dulu beli buleh dpt berganda bila jual tu nanhado (bkn beg iols la, iolsnya jual seken tak laku kot)
Quote L.U.S.M 1-7-2024 12:32 PM
Aku menyampah org2 yg tayang emas besar2 ni
Tp scam org sana sini
Ko kawen scammer xknla ko malaikat betul x???
Quote AWEKSAMURAI 1-7-2024 12:33 PM
Ye lah ye lah  dlu 6 juta ex laki ko kumpul duit org buat apa tah?
Quote AWEKSAMURAI 1-7-2024 12:33 PM
L.U.S.M replied at 1-7-2024 12:32 PM
Aku menyampah org2 yg tayang emas besar2 ni
Tp scam org sana sini
Ko kawen scammer xknla ko malaikat ...

Tu lah kan? Takkan duit 6 juta tu langsung dia x usik ye dak?
Quote Prickford 1-7-2024 12:34 PM
prettyuglybabe replied at 1-7-2024 03:51 AM
harga emas ada turun naik..
masa beli mahal bila nak jual harga tengah murah, tak untung juga..
so p ...

Sbb tu orang tua2, ada old gold, deyols la untung. Dulu beli emas bape hengget je per gram. Skang ni beli 999 1g pon dah RM400++. Nak jual kalau dpt untung, simpan la 10-20 tahun baru merasa untung. Kalau beli & jual less than 5 years, toksah berangan la nak untung banyak. Simpan je la duit dlm bank, asb, tabung haji, etc.

Quote L.U.S.M 1-7-2024 12:35 PM
AWEKSAMURAI replied at 1-7-2024 12:33 PM
Tu lah kan? Takkan duit 6 juta tu langsung dia x usik ye dak?

Hahahahahahaa
.
Lepas tu si jantan gigih kata xde duit nk beli makanan

Pdhl bini dia emas seketul2 dh boleh baling kt anjing mcm batu
Quote helicornia 1-7-2024 12:47 PM
Ikut la nk beli apa pun.tp tak perlu la heboh
Quote zuriey 1-7-2024 12:59 PM
Tak kisah la ko nak beli utk tujuan apa
Tapi jgn la tunjuk di media social
Ko tu public figure
Org tahu rmh ko mana.
Quote AWEKSAMURAI 1-7-2024 01:04 PM
L.U.S.M replied at 1-7-2024 12:35 PM
Hahahahahahaa
.
Lepas tu si jantan gigih kata xde duit nk beli makanan

Menyampah aku org dok kagum dgn artis2 gini .. mustahil dlm 6 juta tu sesen pun ko tak makan

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.047449 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top