CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Albarakbah Enggan Jawab Kalau Pasal Aliff Aziz - "Kalau Nama Itu (Aliff Aziz) Saya Tidak Mahu Jawab”

29-6-2024 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14499| Komen: 32


Pelakon Sophia Albarakbah berkata dia tidak pernah lari daripada pihak media sejak namanya dikaitkan dengan aktor sensasi, Aliff Aziz.

Memetik Kosmo, Sophia berkata dia sibuk di set penggambaran sehingga tiada masa untuk menghadiri acara hiburan dan fokusnya kini hanya pada kerja sahaja.


“Saya tidak mengelak tapi sibuk dengan kerja. Memang buat masa sekarang fokus saya hanyalah pada kerja, perkara yang tiada kaitan tidak perlu untuk saya komen.

“Alhamdulillah kerja saya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Sebab bagi saya apabila bekerja harus serius dan sebagai pelakon saya ada tanggungjawab yang harus dilunaskan di set penggambaran. Jadi, benda tidak sepatutnya (kontroversi), tidak perlu untuk diulas,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia tetap dengan pendirian tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan pelakon dari Singapura itu dan tidak selesa untuk menjawab soalan berkaitan Aliff.

“Saya minta maaf saya tidak selesa untuk menjawab (soalan berhubung kontroversi Aliff Aziz). Kalau nama itu (Aliff Aziz) saya tidak mahu jawab,” katanya.

Pada April lalu, kekasih Aliff iaitu Sarah Yasmine memuat naik status mendakwa Sophia masih lagi berhubung dengan Aliff meskipun sebelum mengakui sudah menamatkan hubungan mereka.

Lebih mengejutkan, Sarah turut memuat naik paparan mesej di Instagram memaparkan Aliff masih berhubung dengan Sophia pada Mac lalu.

SUMBER: Kosmo/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 29-6-2024 11:51 AM
takde orang komen ke??? sian peah
Quote NyiRoroKidul 29-6-2024 12:10 PM
Nie baru bole di panggil JELITAHHHHHH hockeyy..
Quote jihyomelly 29-6-2024 12:24 PM
bagus bgtau sesiap.. biar kemut je handle alep tu
Quote asma87 29-6-2024 12:34 PM
Peah oh peah...mana gambar bikini peah tu ..letak la reputs oi
Quote asma87 29-6-2024 12:34 PM
NyiRoroKidul replied at 29-6-2024 12:10 PM
Nie baru bole di panggil JELITAHHHHHH hockeyy..

Kan...xyah try hard... lebih penting mulut peah xmencecehh...xbingit!
Quote I.K.A888990 29-6-2024 02:24 PM
aliff mesti dah tgk kan filem peoh bubs kat pawagam skg
rindu tak tu tatap muka bubs
Quote QueenGambit 29-6-2024 04:49 PM
Bg je kat kemut.. buang masa
Quote Samerosie 29-6-2024 05:18 PM
Tadi lunch kat rumah mak, tv dia tengah drama si terlajak ni yg terkawin dgn shira. Sebenarnya dia suruh mak dia pinang anak dara si ruhainies rumah sebelah shira.  Iols ckp kat mak, oh dia nak nora danish tu rupanya.  Sekali mak iols ckp bukan nora tu, tu gf si alip.  OOoooo
Quote Siapadia 29-6-2024 06:13 PM
Xpala piqh, byk lg laki bujang boleh pilih
Quote lightheaded67 29-6-2024 07:06 PM
eloklah. elok2 boleh mendonia, cari pnyakit aje, nk bela bayi jantan dewasa.
Quote Raman 30-6-2024 08:12 AM
Teringin nak tau kalau jumpa real adakah kejelitaan Sophia ni lebih terserlah? Kalau tengok dekat IG ni dah macam bidadari
Quote shernazz 30-6-2024 08:22 AM
Samerosie replied at 29-6-2024 05:18 PM
Tadi lunch kat rumah mak, tv dia tengah drama si terlajak ni yg terkawin dgn shira. Sebenarnya dia s ...

Kembang ruhainies ada yang kata dia nora danish
Hahaha
Quote Kiahlemau 30-6-2024 08:30 AM
Ye2 tak nak komen pasal si najis tu... blakang2 tah dok bercengkerama bagai...klu tak di kantoikan dek Sarah sapa pun tak tau peel keji dia
Quote BoongaKertas 1-7-2024 08:12 AM
entahlah peah. iols xtau nak caya ke tak sbnrnye apa chuols ckp?
Quote pavlovachoc 1-7-2024 10:28 AM
biar la ruhaines amek sisa bella
Quote miemiecha 1-7-2024 10:36 AM
lawa  nau sopeah bakoba nih ye...
oatut ah bergetar telur bebed matlip
Quote CoffeeOverdose 1-7-2024 10:50 AM
Aliff Aziz - mimpi ngeri peah
Quote Incanto 1-7-2024 11:20 AM
CoffeeOverdose replied at 1-7-2024 10:50 AM
Aliff Aziz - mimpi ngeri peah

bella pun kemain tagteam dgn ruhainies buli peah





Quote goldcarrot 1-7-2024 05:53 PM
Sbb tkda jwpn kan? Dah kantoi kan

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.220243 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top