CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Manis Berhijab, Pilih Tutup Komen Instagram

29-6-2024 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18974| Komen: 118


Pelakon jelita, Nora Danish menyorot perhatian warganet apabila dia tampil dengan imej bertudung di media sosial.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG), Nora nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif memuat naik tiga keping foto dia memakai ‘hoodie’ berona kelabu dan mengenakan hijab berwarna hitam.


Meskipun menutup ruangan komen, namun tinjauan OhBulan! mendapati perkongsian pelakon filem Polis Evo 3 itu dihujani dengan tanda ‘likes’ oleh rakan-rakan artis dan warganet.

Sebelum ini, ibu kepada dua orang anak tersebut dilihat sering memakai hijab ketika menghadiri majlis ilmu.

Sekadar info, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri bercerai pada 19 Jun lalu ia susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

Namun, aktres berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Sumber: Instagram Nora Danish/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asma87 29-6-2024 10:39 AM
Jual tudung Nowa...mesti ramai beli..Nowa cantik luar dalam...senang hati sedap mata memandang...bertuah Calon shuben Nowa pasni
Quote Manusiabesa 29-6-2024 10:43 AM
Bhahaha. Posing gini dh muka mak dia sbijik. Aging proses kot, dh terus jd serupa mak dia. Kakak dia lg lawa sbnrya cuma xjd retis so xdpt fame. Nora ni bagus la. Cerai2 trus saham naik, kena ngorat ngn adik2 spm. Beza ngn sorg tu punya xlaku smpai create crita pilot snyum ke dia mihmihmih. Org kata..  benda yg kita bukti kan dgn perbuatan dan perkataan sbrnya refleksi kita tiada benda tu. Penafian secara xlangsung. Cth dia kata pilot ngorat dia ,kiranya xda pun tp terlalu teruja utk dingorat. Mcm jahkatik. Usaha show off pic puki, sbnrya dia x mendapat napkah dri suami dgn baik. Garu2 bahu pak ustad nk buktikan kemesraan dgn toklaki..sbnrya toklaki xlyn dia dgn baik. Bgitu juga sebaliknya. Org yg xshowing off apa2 rilek2 sudehh tu mksudnya dia mendpt segalanya2. Nothing to prove to anybody. Dh knyg simpan sorg. Klu ssorg cerai dgn faktanya " kami becerai bkn kerana duit" so itulah jwpn kpd sebab2 becerai..terlalu menafikan benda sebenar hingga xperasan ,knyataan terbongkar.

Mwahahaha.
So sini siapa sokong sy. Lg 3thun jah cerai.
Quote marla69 29-6-2024 11:15 AM
Manusiabesa replied at 29-6-2024 10:43 AM
Bhahaha. Posing gini dh muka mak dia sbijik. Aging proses kot, dh terus jd serupa mak dia. Kakak dia ...

ai like you statement. well said.
Quote mind_space 29-6-2024 11:19 AM
Manusiabesa replied at 29-6-2024 10:43 AM
Bhahaha. Posing gini dh muka mak dia sbijik. Aging proses kot, dh terus jd serupa mak dia. Kakak dia ...

I setuju.
Quote Minami2013 29-6-2024 11:26 AM
Walaupun i suka nd berhijab, tapi i juga percaya based on komen forumer yg dia menghormati tempoh iddah. Hopefully dia istiqamah terus.
Quote notfound 29-6-2024 11:26 AM
Masih lawa
Quote hokeypokey 29-6-2024 11:59 AM
abes la nedim gila talak kang
Quote jasmeen 29-6-2024 12:11 PM
Edited by jasmeen at 29-6-2024 12:12 PM

nowa pakai tudung kalau dah yakin tak bukak .kalau utk jual tudung please state that  the purpose is for illustration only.malu jugak kalau tudung dipakai bukak especially dah berusia ni.
Quote NyiRoroKidul 29-6-2024 12:13 PM
Nora sungguh jelitaahhhh...
Quote jasmeen 29-6-2024 12:14 PM
Manusiabesa replied at 29-6-2024 10:43 AM
Bhahaha. Posing gini dh muka mak dia sbijik. Aging proses kot, dh terus jd serupa mak dia. Kakak dia ...

compare shu dengan nowaaa ke tuuuuplease lah compare apple to an apple pleaseeeeee
Quote Shayang 29-6-2024 12:17 PM
asma87 replied at 29-6-2024 10:39 AM
Jual tudung Nowa...mesti ramai beli..Nowa cantik luar dalam...senang hati sedap mata memandang...ber ...


Dia dah penah jual tudung sblm ni tp bezanya dia takde la tiba2 nk pakai tudung semata2 krn nak jual tudung.

Rasanya dia blm bertudung sepenuhnya maybe pelan2 la kot time tak shooting.
Artis2 lain pun asal gitu gak, lama2 baru tutup sepenuhnya.
Quote Shayang 29-6-2024 12:21 PM
jasmeen replied at 29-6-2024 12:11 PM
nowa pakai tudung kalau dah yakin tak bukak .kalau utk jual tudung please state that  the purpose is ...

Kan sbb tu aku tak suka nk paksa2 pelakon ni tutup litup biar bebetul dah ready baru tutup
Pelakon susah skit nak menjaga aurat sbb tuntutan watak kadang tak sesuai nk plak penulis skrip kat malaysia ni tak kreatif

Tp penyanyi ok la sikit sbb kena nyanyi je melainkan ko gigih nak berpesyen yg aneh2.
Quote Nurkaseh01 29-6-2024 12:41 PM
Ok lah tu dah 40 an bila lagi kan
Quote ina_na 29-6-2024 01:01 PM
Geng2 sekolah rendah iolss yg kelas depan..ms lps abis uni masing2 bz gan kerjaya,gan dunia masing2..pakaian kebanyakan x cukup kain..tp bl msk 4s iolss tgk dia org dah berubah slow2.. p usrah...join korban...p Umrah, walaupun ade yg on off bertudung... Tp jenis yg sosialis ni x kepoh Hal org lain.. mungkin ND ni pun gitu kot..zmn muda dah puas Enjoy...slow2 cr ketenangan diri..atau bakalan dpt suami golongan orka + lebih beragama ... Jgn marah fans ND..iolss speku je...
Quote nw111 29-6-2024 01:47 PM
Haaaa...kan i dh kata...i agak nora dh start berjinak2 nk pakai tudung... hopefully sheols pakai betul2 nanti...
Quote Ahgerbitch 29-6-2024 01:50 PM
Tak rasa dia bertudung, ni mesti dia nk divert attention pasal cerai sbb duit... huhuu
Quote myhairisbad 29-6-2024 02:27 PM
Kita semua ada soft spot kat Nora so ok je... [em:14:]
Quote QueenGambit 29-6-2024 04:52 PM
Manusiabesa: Bhahaha. Posing gini dh muka m ...


Pilot mana je ngorat dia. Pilot darat kot.
Quote aldinaa 29-6-2024 05:14 PM
mungkin hati dia dah terbuka.. bestfriend dia kan Betty? Suka sangat tengok Betty yang sekarang

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063676 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top