CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Sekarang Ex Suami Kakak Adalah Suami Saya” – Lama Simpan Dendam, Adik Rampas Suami Dan Musnahkan Rumah Tangga Kakak Kandung

28-6-2024 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29327| Komen: 38


Kisah yang membuat ramai terkejut, di mana seorang wanita mengakui secara terang-terangan di segmen 3 Pagi Era bahawa dialah punca rumah tangga kakak kandung sendiri musnah.

Wanita yang dikenali sebagai Linda itu berkata dirinya bangga berbuat sedemikian kerana sudah lama menyimpan dendam terhadap kakak sendiri.

Katanya, sejak daripada mereka kecil, kakak sering didahulukan berbanding dirinya dan mereka juga sering bergaduh antara satu sama lain.

Lebih mengejutkan, selepas membuat rumah tangga kakak kandung musnah, Linda membuat keputusan mengahwini bekas abang ipar yang kini merupakan suaminya.


"Saya bangga je sebab dah dendam lama. Sengsara dia buat saya bahagia."

Sewaktu menceritakan kisah tersebut, wanita itu sama sekali tidak mempunyai perasaan rasa bersalah melakukan perkara terbabit, malah berasa bangga dapat merampas kebahagiaan kakak kandung.

Kebanyakkan netizen yang mendengar kisah tersebut turut terkejut dan merasakan kisah ini sama seperti kisah yang berlaku di negara jiran, Indonesia yang kini diadaptasikan dalam sebuah berjudul Ipar Adalah Maut.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 28-6-2024 10:24 PM
Biase jeh.

Next!
Quote fatimahmarkonah 28-6-2024 10:28 PM
Hasanah ke idok
Quote L.U.S.M 29-6-2024 05:32 AM
Nmpk sgt cite hasanah...nk bg rating naik ler tuuu
Quote shida81 29-6-2024 06:18 AM
Hasanah apo.. Cite mcm ni ads je...utkbsi Linda ni jgn2 esok laki ko berkenan kt akk ko blk.. Padan la muks
Quote batmana 29-6-2024 06:45 AM
pmpn psiko cmni manala puas ati kalau takat buat cmni je
biasa paling ringan dia bunuh terus kakak tu

takat buat cmni, nmpk sgt berlakon

mana ada org mengaku berak tgh jln?
Quote msdummy.2018 29-6-2024 07:55 AM
Yang ckp hasanah tuh ko br kuar dr gua ker?
Quote notfound 29-6-2024 08:05 AM
What to say, dah jodoh. Everybody has to move on
Quote Shayang 29-6-2024 08:31 AM
Tahla aku dah dengar tp cam pelik knp kakak dia bleh plak dapat call radio lepas adik dia cerita tu?
Agaknya zaman skrg mmg mudah je kot nak call radio sbb memasing bukan suka call org sangat dh kan. So line radio pun clear je laa.
Kalau zaman hp tak canggih tu kemain susah nak tembus call radio.
Quote pocongkiutss 29-6-2024 08:34 AM
Ada je adik mcm ni..selalu anak kedua la suka dengki
Quote QueenGambit 29-6-2024 10:37 PM
Sgt terkejut..[em:7:]
Quote Incanto 29-6-2024 10:46 PM
ada jadi …aku kenal anak bini yg pertama

tapi bukan  sbb adik dengki, kakak yg undur diri bila dia tgk laki dia rapat dgn adik

dah tua dah watak watak dlm citer aku ni


Quote Cekgushilla 29-6-2024 10:48 PM
Takat ko upah org suh bca skrip tak pyh la era oiii
Senang pulak ehh depa dpt call meols tak pernah nye lepas masuk kalau call radio dolu2
Ke skrg org tak dgr sgt dh radio so call trus dpt ckp
Quote Cekgushilla 29-6-2024 10:48 PM
Shayang replied at 29-6-2024 08:31 AM
Tahla aku dah dengar tp cam pelik knp kakak dia bleh plak dapat call radio lepas adik dia cerita tu? ...

Hahahahaha samaaa la apa dlm pemikiran kita
Dolu2 susah nawww nk dpt call kan
Quote MissVixen 29-6-2024 10:51 PM
Kenapa la radio suka beno cerita hasanah dah macam tabloid murahan. Dulu pasal hantu la apa. Sekarang pulak drama picisan.
Quote Isninselasarabu 29-6-2024 11:17 PM
Die nak promot movie baru rasenye yang dari indonesia tu...lepasni mesti ade plot twist
Quote wirazam 29-6-2024 11:23 PM
Hasanah sgtttt hanat
Quote Supersirap 30-6-2024 12:10 PM
macam cerita rekaan sahaja
Quote Bungatulip1171 30-6-2024 12:21 PM
Byk sgt baca novel
Quote Cyempaka 30-6-2024 12:41 PM
Kauorang nak pomot movie Ipar Maut tu kan... Nape ada cameraman fokus sana fokus sini ala2 tgh shooting.. kalo iya pun guna la cctv ke live tiktok ke nampak le real sikit
Ke mmg gitu keadaannya sepanjang derang on air

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045900 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top