CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Suami Meninggal Dalam Keadaan Husnul Khatimah” – Dikecam Tak Menangis Ketika Arwah Suami Meninggal, Ini Jawab Ina Naim

28-6-2024 10:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25899| Komen: 49



Sejak akhir-akhri ini, isteri kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad sering kali dilihat berkongsi pelbagai perkara ketika melakukan siaran langsung di platform media sosialnya.

Terbaru, Ina Naim mendedahkan dirinya pernah dikecam oleh sesetengah pihak kerana tidak mengalirkan air mata sewaktu pemergiaan arwah suaminya.

Menjelaskan hal tersebut, Ina atau nama sebenar, Nor Diana Naim berkata dia tidak menangis kerana suami meninggal dalam keadaan baik-baik.


"Suami kita meninggal dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) para malaikat, bidadari dan Allah sambut dia, jadi kita nak sedih kenapa? Saya pun nak mati macam tu."


Dalam pada masa yang sama, isteri kepada penyanyi nasyid itu selalu mengingati pesanan arwah untuk menghindari riba.

Sekadar info, kesihatan Allahyarham Suhaimi Saad dikhabarkan semakin merosot selepas dia mengalami cirit-birit hingga susut berat badan sehingga 20 kilogram (kg).

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 28-6-2024 11:29 PM
Mungkin betul kot suami dia betul2 baik pada ina nih.. tapi bak kata orang, seorang suami/isteri yang baik belum tentu boleh jadi seorang bapa/ibu yang baik buat anak2
Quote 8Queen8 28-6-2024 11:31 PM
Dasar penunggang. Apa2 lah Ina. I tak boleh terima sebab I tau mulut dan perangai arwah. I tegur secara berhemah kat Facebook pun dia
marah dan blok.

Hantar anak2 awak ke sekolah
Quote CoffeeOverdose 28-6-2024 11:34 PM
dah mampos pun msh ada cerita pasal sohai ke? relevan lagi ke ina munge ni? bosan la asyik cerita tunggang agama dia. hidup pun hrp duit org sedekah.
Quote QueenGambit 29-6-2024 01:52 AM
Tak tahu kenapa ramai yang puji
Adakah hati ku hitam?☺️☺️
Quote pocongkiutss 29-6-2024 01:58 AM
Saja komen sbb dh jatuhkan thread lopak..biar marketing dia tak jd
Quote azwanaliori 29-6-2024 02:01 AM
Xde sape kecam pun. Xyah nk berhalusinasi la
Quote AWEKSAMURAI 29-6-2024 04:40 AM
Arwah mak aku meninggal 22 tahun dlu aku x nangis sbb aku anak sulong kena kuat depan adik2 aku ..adik2 masa tu kecik lagi .

Tahun lepas nenek kesayangan aku meninggal pun aku x nangis sbb kena kuat depan adik bongsu aku .sbb sejak mak aku meninggal nenek aku amik alih jaga adik-adik aku jd sama jgk aku x boleh nangis walau sedih .

Minggu lepas bapak aku pulak meninggal pun sama aku x boleh nangis atas sbb yg sama ...

Bila aku dh balik umah duduk sengsorang aku menangis gila2 tgok gambar arwah mak,nenek n bapak aku . Baru aku tau jadi anak sulong bukan mudah. Semangat sume ada dkt aku kalau aku lemah semangat adik2 aku lagi lah . Now idup lah tanpa doa ibu,bapa n nenek .
Quote msdummy.2018 29-6-2024 08:26 AM
Asal xmenangis jer, dialah pembunuh ek?
Quote Aribaariba 29-6-2024 09:32 AM
AWEKSAMURAI replied at 29-6-2024 04:40 AM
Arwah mak aku meninggal 22 tahun dlu aku x nangis sbb aku anak sulong kena kuat depan adik2 aku ..ad ...

Ni yg sepatutnya
TerMenangis dpn org hanya petanda x dpt mengawal emosi time tu. Tp sebaik shj xde org, hati kita mcm hancur lebur meraung. Blh bertahun2 sedih. Itu  kesedihan dan kerinduan yg sebenar. Xde makna seseorg menangis atau tak dpn org, ye. Dont judge that merely hours act.  
Quote asma87 29-6-2024 09:39 AM
Ina ko jangan lupa diri ye kalau dah ramai followers nanti.
Quote Bungatulip1171 29-6-2024 09:59 AM
Kenapa timbuk balik isu ina naim dan arwah suami dia..bukan ke dah lama suami dia meninggal
Quote jiwakacau06 29-6-2024 10:01 AM
Aribaariba replied at 29-6-2024 09:32 AM
Ni yg sepatutnya
TerMenangis dpn org hanya petanda x dpt mengawal emosi time tu. Tp sebaik shj x ...

100% agreed....menangis bukan lemah...xnangis bkn tanda kuat
Quote hayrin86 29-6-2024 10:10 AM
Dalam pada masa yang sama, isteri kepada penyanyi nasyid itu selalu mengingati pesanan arwah untuk menghindari riba.

Rupa-rupanya arwah Suhaimi Saad berpesan supaya menjauhi RIBA. Kata dia kalau nak beli apa jua produk, beli secara tunai.. Setuju juga dengan kata-kata arwah..

Quote AWEKSAMURAI 29-6-2024 10:27 AM
Aribaariba replied at 29-6-2024 09:32 AM
Ni yg sepatutnya
TerMenangis dpn org hanya petanda x dpt mengawal emosi time tu. Tp sebaik shj x ...

Masa mak aku meninggal tu sebelum tu arwah mak aku dh pesan kalau dia meninggal dia xnk kami adik beradik menangis dkt jenazah dia...so pesanan tu dia amanat kan dkt aku sebagai anak sulong ... Tp yg beriya menangis tu sepupu sepapat aku. Aku plak naik hairan salah mak ke hape aku ni.Smaa lah sepupu2 aku persoal kan aku x nampak mcm sedih.Nampak mcm biasa je ..sampai skrg aku x pnah jejak kaki sekalipun kat kubur mak aku.Tu pun org soalkan ..aku jwb nak doa kat mana pun boleh in shaa Allah tetap sampai kat mak aku . Tp dh 22 tahun sedih aku rasa tu Allah je tahu.Perlu kah setiap kali org tersayang meninggal kita kena meratap meraung
Quote kucingitam 29-6-2024 11:35 AM
aku jarang nangis bila org meninggal ni..tapi menangis bila tgk org2 terdekat menangis..makcik aku ka, sepupu ka.. masa pak mertua meninggal pun aku x nangis, tapi aku nangis bila tgk anak aku yg kecik tu menangis..
Quote hokeypokey 29-6-2024 11:49 AM
sian jugak kt ina munger ni..
Quote asfaz 29-6-2024 11:50 AM
Bila otak kau dah ditanam macam2 kan,so kau rasa arwah tu terpilih la. Throwback.
IMG-20231112-WA0001(1).jpg IMG-20231112-WA0003(2).jpg IMG-20231112-WA0002(1).jpg
Quote Moyangkucing 29-6-2024 03:10 PM
"Suami kita meninggal dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) para malaikat, bidadari dan Allah sambut dia, jadi kita nak sedih kenapa? Saya pun nak mati macam tu."


Yakin betul dia suaminya husnul khatimah... entah2.....
Quote abadi84 29-6-2024 03:15 PM
AWEKSAMURAI replied at 29-6-2024 10:27 AM
Masa mak aku meninggal tu sebelum tu arwah mak aku dh pesan kalau dia meninggal dia xnk kami adik  ...

Pergilah kubur bagi salam.
Roh tau dan kenal sesiapa yg lawat dia.
Rindu mmg tak hilang

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.070323 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top