SYARIKAT Nilofa Group yang dimiliki oleh pengacara dan usahawan Neelofa tampil membuat permohonan maaf selepas foto pada iklan produk kesihatan mereka menerima kecaman netizen kerana didakwa mempunyai maksud tersirat (double meaning) dan berbaur lucah. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG) rasmi Nilofa Group pada malam Jumaat, syarikat itu mengakui wujud salah faham sehingga perkara itu menjadi bualan hangat di media sosial. "Assalamualaikum, pihak team Isterix (produk) memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang telah dihasilkan. "Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan," katanya.
Dalam pada itu, syarikat berkenaan dengan rendah hati menerima segala teguran yang diberikan netizen dan berjanji akan menggunakan teknik pemasaran yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat umum. "Kami terima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini. Pihak kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang. "Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua," ujarnya. Menerusi tinjauan mStar, IG berkenaan juga didapati sudah memadam beberapa foto grafik yang didakwa berbaur lucah. Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, didakwa mempromosikan produk minuman kesihatan khusus buat isteri. Apa yang membuatkan netizen kecewa adalah foto pada iklan produk berkenaan didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat dan tidak sesuai dijadikan sebagai teknik pemasaran. Malah tindakan akaun tersebut memuat naik iklan berkenaan juga dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah. Sumber : Mstar |
airmineral replied at 28-6-2024 09:39 PM
Imej apa tu sbnrnya sbb rupa vagina pula iols nengoknye, dia nk cite pasal vagina kah?
jejai replied at 28-6-2024 09:48 PM
tak kan vagina macam tu? macam isi kulit yg tertoreh pun ada
mmg la cerita pasal vagina tapi p ...
ADVERTISEMENT