CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ahmed Mohsein nama anak sulung Sharifah Amani

28-6-2024 09:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12109| Komen: 92

Description: Pelakon Sharifah Amani selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 26 Jun lalu.


Pelakon Sharifah Amani selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 26 Jun lalu.

Khabar gembira tersebut dimaklumkan suaminya, Ahmed Faris Amir menerusi Instagram selain berkongsi nama zuriat pertama mereka itu.

“Assalamualaikum, kenalkan anak lelaki kami Ahmed Mohsein Ahmed Faris yang dilahirkan ada 26 Jun 2024,” katanya.


Dalam masa sama, Ahmed Faris memaklumkan bahawa keadaan isterinya baik-baik sahaja dan merakamkan ucapan terima kasih buat doa yang dipanjatkan orang ramai buat keluarga kecilnya.

“Alhamdulillah, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Terima kasih semua yang telah mendoakan,” jelasnya lagi.

Menjengah ruangan komen, ramai rakan selebriti yang turut berkongsi kegembiraan tersebut.

“Hai Mohsein junior,” ujar pelakon, Syafie Naswip.

“Masya-Allah alhamdulillah. Tahniah dan assalamulaikum ‘baby’ Mohsein. Saya tidak sabar untuk berjumpa awak,” tutur aktres, Daiyan Trisha.

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, berkongsi berita gembira dirinya sudah berbadan dua selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Amani dan Faris, 40, mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022 dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lilacomot 28-6-2024 09:52 PM
Tahniah dpt baby
Quote irsa 28-6-2024 10:14 PM
Mesti Chomel mcm makpaknya
Quote myhairisbad 28-6-2024 10:18 PM
Aww letak nama Mohsein
Teringat filem Yasmin Ahmad
Quote dua_chzy 28-6-2024 10:19 PM
Amani comel n nampak bubbly sangat bila gumuk. Maintain chubs ya Nani. Congrats selamat melahirkan baby, enjoice motherhood~
Quote Incanto 28-6-2024 10:30 PM
Alhamdulillah

Tahniah Nani n hubby
Quote kechikchomel 28-6-2024 10:35 PM
myhairisbad replied at 28-6-2024 10:18 PM
Aww letak nama Mohsein
Teringat filem Yasmin Ahmad

Dia tak berlakon dlm citer tu kan. Yg berlakon kakak n adik dia.
Ke ada jugak buat cameo?
Quote ReginaGeorge 28-6-2024 10:43 PM
Suka tgk family ni. Always happy go lucky. Anak2 aleya pon dah besar panjang.
Quote myhairisbad 28-6-2024 10:51 PM
kechikchomel replied at 28-6-2024 10:35 PM
Dia tak berlakon dlm citer tu kan. Yg berlakon kakak n adik dia.
Ke ada jugak buat cameo?

Yup dlm Mukhsin dia takde
Tapi dlm Sepet kan dia Orked yg dah dewasa
So mcm tulah
Filem Yasmin yg lain mcm Talentime pun dia assistant director
Mmg dorg rapat
N tak hairan bila dia pilih nama tu utk anak
Quote Momohizan 28-6-2024 10:53 PM
Congrats Nani n Faris!
Quote babycc 28-6-2024 11:57 PM
kechikchomel replied at 28-6-2024 10:35 PM
Dia tak berlakon dlm citer tu kan. Yg berlakon kakak n adik dia.
Ke ada jugak buat cameo?

Dia jd cameo.. ada sekali orked dgn mukhsin main layang2.. orkid dgn jason ada main sama2..
Quote beatgirlX 28-6-2024 11:59 PM
Alaa... Comeinya laaki dia..
Nani pun comei bila Chub.... Tahniah daddy.. Tahniah mummy
Quote tahanie 29-6-2024 01:24 AM
Tak sangka she boleh gumuks, elok pula! Congrats both
Quote pocongkiutss 29-6-2024 01:50 AM
Hidung dia & laki dia sebijik betul
Quote orglama 29-6-2024 01:56 AM
babycc replied at 28-6-2024 11:57 PM
Dia jd cameo.. ada sekali orked dgn mukhsin main layang2.. orkid dgn jason ada main sama2..

Ya betul...orked dah kawen dgn jason
Quote imanjannah 29-6-2024 08:59 AM
alhamdulillah.. tahniah..
Quote kuzaime 29-6-2024 09:04 AM
Tahniah
Quote Dodod 29-6-2024 10:20 AM
Family depa ni nmpk klasik...
Smg bby jdi ank yg soleh..
Quote asma87 29-6-2024 10:24 AM
Tahniah...comel Amani Ni..sepadan laki Bini. Sama comel. Aku suka Amani ni berlakon. Kakak dia Aleya pon comel
Quote smeetasmitten 29-6-2024 10:49 AM
Sori OT. Leysha tu ada depression ke?

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053111 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top