CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Darah Daging TokTi Terus Mendonia”-Umai Anak Saudara TokTi Pertaruh Lagu Cindai Pada Kejohanan Dunia Di US

28-6-2024 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17525| Komen: 79

Description: Anak saudara kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umairah, yang berusia 13 tahun, bakal mewakili Malaysia dalam kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.

Anak saudara kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umairah, yang berusia 13 tahun, bakal mewakili Malaysia dalam kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.

Kejohanan ini akan berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, dari 28 Jun hingga 6 Julai.


Umairah, atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar, akan bersaing dalam lima kategori berbeza dan akan mempertaruhkan lagu “Cindai” nyanyian asal ibu saudaranya dalam kategori World.

“Ini kali pertama saya menyertai WCOPA. Saya mahu mencuba sesuatu yang mencabar dan akan membawakan lima lagu mengikut lima kategori,” kata Umairah yang ditemui di acara mini persembahan pasukan Malaysia untuk WCOPA 2024 di Sekolah Seni Malaysia."


Lima kategori yang akan disertai oleh Umairah adalah Kontemporari, Terbuka, R&B, World, dan Variety.

“Ibu saudara ada berpesan supaya buat yang terbaik dan jangan malu-malu. Jujurnya, saya gementar, apatah lagi, tak pernah ke Los Angeles. Pertandingan ini besar buat saya. Jadi, saya akan berlatih betul-betul. Saya harap semua boleh doakan agar saya berjaya dan dapat bawa pulang pingat emas untuk Malaysia,” tambahnya.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mycreative Promotion Sdn Bhd, Romli Bidin, menyatakan bahawa penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan ini adalah peluang emas bagi karyawan tanah air untuk menonjolkan bakat kepada penggiat seni Hollywood dan menyerlahkan diri di arena antarabangsa.

Peserta juga berpeluang untuk mendapat biasiswa dari pusat pengajian tinggi seni persembahan di Hollywood dan New York yang bernilai lebih RM2 juta. Selain itu, mereka berpeluang meneruskan kerjaya di Hollywood bersama penerbit, syarikat, atau agensi seni persembahan terkemuka di sana.

Penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan ini bukan sahaja menonjolkan bakat dan menyerlah di persada dunia seni persembahan, malah mempertingkatkan dan memperkembangkan kerjaya dalam industri seni.

Diharapkan kejayaan Umairah dan pasukan Malaysia dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengejar impian mereka di peringkat antarabangsa.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rbmy 28-6-2024 09:18 AM
kalau tok ram kata dia ok. so dia mmg ok nyanyian....
Quote noor2 28-6-2024 09:23 AM
Umai ada iras2 African American sikit...moga berjaya..
Quote talapia 28-6-2024 09:32 AM
rbmy replied at 28-6-2024 09:18 AM
kalau tok ram kata dia ok. so dia mmg ok nyanyian....

ada eh tok ram komen dia nyanyi?
aku percaya dengan judgement n taste tok ram. hehe
Quote izat123 28-6-2024 09:36 AM
talapia replied at 28-6-2024 09:32 AM
ada eh tok ram komen dia nyanyi?
aku percaya dengan judgement n taste tok ram. hehe

Umai ni kesayangan Tok Ram haha. Dah macam pakcik dia dah Tok Ram tu.
Quote mawarputih2612 28-6-2024 09:39 AM
knapa nampak lebih tua dari usia
Quote MistrezHermanaz 28-6-2024 09:41 AM
sairah tu preggy ke..makin membulat dia, sementara tokti semakin mengecil
Quote chandrahusin 28-6-2024 09:52 AM
pd aku la kan
dr lagu Cindai ni
sedap lagi lagu Ya Maulai
Quote makihamis 28-6-2024 10:02 AM
semoga berjaya dik umaii
Quote MisXoXo 28-6-2024 10:12 AM
Tok ram kata sore dia ok..jd inshaallah umai.chaiyokk
Quote hasniey 28-6-2024 10:22 AM
Edited by hasniey at 28-6-2024 11:27 AM

Laaa bru 13 ke umur dia?makeup xberapa cantik dik.nmpk dewasa sgt.
Good luck umai
Quote scrocth 28-6-2024 10:28 AM
Igt tak tokram pnh kata yang nuha AF2016 dulu suara dia ada something? Last2 ke laut dlm jgk budak tu skrg. Anyway to umai, u kena cari identiti sendiri, xboleh selamanya tiru identiti mak iti. Lg 1 better adik bertudung sbb uolz nampak lagi lawa dan siap berbanding bila free hair yach?
Quote Perawankota 28-6-2024 11:00 AM
Umai dpt sponsor Dari sekolah seni or tokti? Nak masuk ni kan kena kuar duit sendiri x silap
Quote Cleocatra 28-6-2024 11:01 AM
Baru 13 ke? Mekap dah rupa macam 27 tahun dek oi. Umai ni kalau tak jaga makan, kusssmangat ni. Baka besau2 belah tiktok ni
Quote Kancilkering 28-6-2024 11:06 AM
all the best…..
Quote Sazreena 28-6-2024 11:12 AM
Tanjat gegirl...kusss semangat..nape tua sebelum usia dik umai-umai...
Quote prince_marhaen 28-6-2024 11:19 AM
Sheols memang ada bakat, suara pun makin sedap, ada tone sendiri....

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII... si sekrah tu asyikkkkkkkkkkkk lah pakaikan dia baju2 makcik2, baju2 songket makcik2 zaman 90-2000an, mekap pulak sekatiiiiiiiiiiiiiiii macam pompuan indon... apooooo!!!!

Kita nampak la dia try so hard jugak nak diterima, tapi still takde aura, nak kata penyanyi kanak-kanak, alwayssss nak gaya orang tua & immitate apa yang tokti buat...so selamanya dibayangi mak sedara,

masalahnya, suara she tak kuat & sedap macam lagu2 tokti, suara she sedap kalau lagu2 galau indon je.. yang simple2... push lah dekat imej pulak.. ini kau ulang lagi kesilapan imej tokti zaman baju2 buruk dia.
mak kau ni memang takde taste lah..
Quote cupu 28-6-2024 11:30 AM
Kesian sgt..Hahaha..Klu suara sedap tp muka so so hidup Malaysia ni rasanya tak kemana.Sbb aku selalu rasa suara Salma mentor tu sedap je...Klu masuk competition menang..Tp tara tu jgk.
Quote fadz84 28-6-2024 11:34 AM
Peserta juga berpeluang untuk mendapat biasiswa dari pusat pengajian tinggi seni persembahan di Hollywood dan New York yang bernilai lebih RM2 juta. Selain itu, mereka berpeluang meneruskan kerjaya di Hollywood bersama penerbit, syarikat, atau agensi seni persembahan terkemuka di sana.

Hadiah2 ni dh upgrade ke? Retis2 yg menang Gold medal masa join pertandingan ni dulu x pernah plak cite pasal hadiah2 ni ek.. yg i igt dina pernah cite kalau nk teruskan kerjaya muzik kat sana kena berduit..
Quote ezacbee 28-6-2024 11:37 AM
Pas SPM dok US dikk.. baru mendonia.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.207040 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top