CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hairul Azreen Tunaikan Impian Alisa, Bawa Lee Zii Jia Ke Rumah – ‘Terima Kasih Uncle Sebab Datang’

27-6-2024 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11789| Komen: 63



Impian anak kepada pelakon Hairul Azreen iaitu Alisa Aisyah ditunaikan apabila dia dapat bertemu dengan pemain badminton kebangsaan Lee Zii Jia.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pada awalnya Hairul memberitahu puterinya itu bahawa Lee Zii Jia telah pun pulang dari rumah mereka.


"Lee Zii Jia dah balik, lain kali okay."

Kelihatan air muka Alisa sangat kecewa dan menangis kesedihan kerana tidak dapat bertemu dengan bekas juara All England 2021 itu.

"Saya nak jumpa dia."

Bagaimanapun, pemain perseorangan negara itu kemudian membuat kejutan dengan mengunjungi ke rumah mereka semula.

"Semalam daddy kata Lee Zii Jia nak datang, tapi Alisa dekat sekolah. Terima kasih uncle Lee Zii Jia sebab datang balik."

Anak bongsu kepada aktor itu kelihatan teruja dan gembira apabila dapat bertemu dan meluangkan masa bermain badminton bersama Lee Zi Jia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat kanak-kanak berusia lima tahun itu ketika bertemu idolanya.

"Aunty kalau menangis, 20 abad pun belum tentu Lee ZiI Jia kesah."

"Dasyat punya ‘smash’, uncle Lee Zii Jia pun takut."

"Selalu budak perempuan lain nak jumpa artis, dia nak jumpa Lee Zii Jia. Comel sangat."

"Orang lain punya susah nak jumpa, bapa Alisa elok je call dia suruh datang."

Sumber: Instagram Alisa Aisyah/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 28-6-2024 10:28 AM
Asal boleh jadi content
Quote nellyberry 28-6-2024 10:39 AM
iols masih heran memikirkan kemewahan keluarga kekrul dan keknis ni.
tp skrg mmg content banyak pasal Keksa je, nasib comel dan adorable.
Keksof dan Kekbuji dah tak bole nak jual agaknya.
Quote Lulu_717 28-6-2024 10:50 AM
nellyberry replied at 28-6-2024 10:39 AM
iols masih heran memikirkan kemewahan keluarga kekrul dan keknis ni.
tp skrg mmg content banyak pasa ...

Masyuk sgt agaknya business, pgi maldives pun amik private resort bilik puluh2 k per night..
Quote nellyberry 28-6-2024 10:56 AM
Lulu_717 replied at 28-6-2024 10:50 AM
Masyuk sgt agaknya business, pgi maldives pun amik private resort bilik puluh2 k per night..

business apa yg dijual belikan itu sampai bermewahan?
teringin jugak nak tahu.
nak kata lahir dari old money, jauh sekali.

Quote prince_marhaen 28-6-2024 11:01 AM
Dua-dua asal family biasa-biasa je, keknis lagi la bapak biawak tak keja sampai makretis kinah selalu burukkan laki kat blog... kekrul pun budak rumah taman kat serdang tu je.. tibehhhhhhhh jadi anak angkat vincenttttt tan.... huhuhuhu bubuh nama MELAYU kat company mana tuuuuu~~~ hihihi
Quote Lulu_717 28-6-2024 11:09 AM
nellyberry replied at 28-6-2024 10:56 AM
business apa yg dijual belikan itu sampai bermewahan?
teringin jugak nak tahu.
nak kata lahir dar ...

itula yg curious..product nak kata well known pun x, sale xdela meletop pun..
Quote nellyberry 28-6-2024 11:16 AM
prince_marhaen replied at 28-6-2024 11:01 AM
Dua-dua asal family biasa-biasa je, keknis lagi la bapak biawak tak keja sampai makretis kinah selal ...

Mcm mana prosedur nak mohon jadi anak angkat VT?
Nak jua cuba nasib bermewah-mewah naik private jet, beli rumah besar, melancong tanpa sekatan ni.
Quote nellyberry 28-6-2024 11:20 AM
Lulu_717 replied at 28-6-2024 11:09 AM
itula yg curious..product nak kata well known pun x, sale xdela meletop pun..

kan. dulu mcm ada lah dengar jugak pasal baju Kekrul tu and tudung Keknis.
tp sekarang mcm sejuk beku je produk, tapi masih nampak mewah kehidupan mereka.
kalau kata hasil duit belakon kekrul, berapa je film dia. skrg pun dah bersara kan?
kehidupan keluarga kek ni mmg i heran betul.
sama jugak dgn DT, tp yg tu dapat bau mcm ada yg memberi tajaan.
Quote Rogue98 28-6-2024 11:30 AM
Bukan kekrul ada studio and gym ke? Situ kut income dia. Keknis cam biasa la baju swimwear muslimah...hijab...toujours etc.
Quote ohsoyaya 28-6-2024 11:47 AM
Org tu sibuk blatih nak pg olimpik dik. Dtg jugak kau dik. Huntungla. Tp mmg apaknya baik dgn Zii Jia kan
Quote kakakgarang 28-6-2024 12:14 PM
diaorg ada bisnes kan uolls.. pastu keknis bnyk pengikut ,, toujour tu laku sgt la nok.. mahal nyah.. kalau harga kilang 3ringgit jeh,, tapi keknis makap smp rege 1kotak 200++ so what point lain selain makan harga bisnes yahudi..
Quote pocongkiutss 28-6-2024 03:47 PM
kakakgarang replied at 28-6-2024 12:14 PM
diaorg ada bisnes kan uolls.. pastu keknis bnyk pengikut ,, toujour tu laku sgt la nok.. mahal nyah. ...

Ada kengkawan uols beli kah? Mcm da sendu jer
Quote makihamis 28-6-2024 04:11 PM
amboi dik, anak acik baya baya kau mengharapkan Gabby dollhouse masuk mimpi je tetiap malam dik.
Quote kakakgarang 28-6-2024 04:23 PM
pocongkiutss replied at 28-6-2024 03:47 PM
Ada kengkawan uols beli kah? Mcm da sendu jer

Beli lagi nok, beli satu2 sachet nokkk.. gila ke tidak.. yhahahaha gigih nok..

tapi legit cantik ye kulit.. maybe sbb tu org still consistent ambil toujour nokkk
Quote Masukkeluar 28-6-2024 04:28 PM
ohsoyaya replied at 28-6-2024 11:47 AM
Org tu sibuk blatih nak pg olimpik dik. Dtg jugak kau dik. Huntungla. Tp mmg apaknya baik dgn Zii Ji ...

Since lzj mng all england mmg dh rpt..slalu dtg rumah lunch keknis masak. Herul kn jnis suka menempel. Dlu dgn dlcw..pastu dgn vincent tan..now dgn bdk lzj ni plak..cuma aku xsgka la rapat cmni sbb sggup tu dtg balik jumpa alisa pdhl dia dh balik rmh dh time tu.
Jarang laa bdk lzj ni baik dgn org sbb jenis introvert..
Quote pembacagosip 28-6-2024 04:29 PM
nasib dia senyap skrg
zaman sapik mendoniaaaa
next filem lahad datu

kalau x mil bawa rombongan tgk filem lakonan menantu 10x
Quote Masukkeluar 28-6-2024 04:30 PM
Tp curlast ko alisaa..ank retis lain smua menggedik nk jumpa retis mcm lala syamel tu nk jumpa aziz harun, ank cheta nk jump zul ariffin. Ko sorg je nk jumpa atlit dik….
Quote syamzana 28-6-2024 04:45 PM
gittewww anak retis suam kuku terpaling.
ingatkan baya2 camni nak elsa/barbie/kuromi seangkatan jah mai umah.
admire mesti la lagi advance dari kekanak sebaya baru level up.
Quote dedek12 28-6-2024 04:55 PM
Syiok la dik lica jumpa lzj

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052051 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top