CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Tak Follow Sesiapa Di Media Sosial, Bukan Sombong Cuma Untuk Selamatkan Hati’ – Zara Zya

27-6-2024 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7998| Komen: 21


Pelakon Zara Zya meluahkan pendapatnya tentang kesan buruk penggunaan media sosial yang boleh mencetuskan rasa insecure terhadap seseorang.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkongsi tentang perkara tersebut di dalam sebuah majlis.

Menurut Zara, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengikuti sesiapa pun di media sosialnya sebagai langkah untuk mengelakkan diri daripada memupuk perasaan yang negatif.


"Kalau ada rasa insecure dengan kelebihan orang lain, kenikmatan yang orang lain dapat lebih daripada kita..ini yang saya buat."

"Di media sosial saya kalau anda perasan, saya tak follow sesiapa pun. Bukan sebab saya sombong tapi cuma untuk hati saya. Untuk selamatkan hati saya."


Pelakon drama Love You Mr Arrogant itu mengakui bahawa dia pernah terlalu mengagumi kelebihan yang dimiliki oleh individu-indivdu yang diikuti di media sosial.

"Sebab pernah, saya tengok bila sahabat ataupun artis dan influencer yang muat naik hantaran..saya pernah terdetik cantiknya baju dia, cantiknya rumah dia, cantiknya solekan dia, dia buat majlis hari lahir besar-besaran banyaknya hadiah dapat."

"Perkara itu sedikit sebanyak saya rasa merosakan hati saya, jadi saya elak perbuatan yang bagi saya rasa insecure dan yang tak selamat, saya akan jarakkan."

Dalam masa yang sama, tindakan berkenaan membuatkan aktres berusia 38 tahun tersebut telah menghindarkan dirinya daripada perbuatan yang sia-sia.

"Saya kurangkan saya punya circle, bukanlah kita memilih tapi bila kita makin berpengalaman dan matang, kita sendiri yang akan dijarakkan."

"Jadilah manusia yang dapat memanusiakan orang lain."

"Tahu orang ini bergosip, kadang-kadang kita pula yang tambah. Bila orang bergosip, diam. Kalau baik ikut, kalau tak jarakkan, Insya-Allah, Allah selamatkan kita."

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 27-6-2024 11:30 PM
Edited by mojarean_X at 27-6-2024 11:32 PM

Nanti ko dh kahwin ko follow laki ko je. Ala2 Beyonce giteww
Quote I.K.A888990 27-6-2024 11:44 PM
dah sihat kah kaka ni
hakak alha alfa pun tak follow jgk ka
Quote QueenGambit 30-6-2024 04:35 PM
Mana yang terbaik
Saya sokong
Quote Pujangga22 21-7-2024 05:16 PM


Bapa pilih tutup mulut, tiada sekelumit perasaan benci terhadap Zara Zya - “Sampai syurga itulah ayah dia” - Hiburan | mStar

Apa kes zara zya ni...I tertinggal keretapi
Quote rosevelvet 21-7-2024 05:38 PM
Pujangga22 replied at 21-7-2024 05:16 PM
Bapa pilih tutup mulut, tiada sekelumit perasaan benci terhadap Zara Zya - “Sampai syurga itulah  ...

Check jugak forum nk tau tp xde update. Apa jd ngn kawan2 sheol shila jihan n fafau
Quote Pujangga22 21-7-2024 07:11 PM
rosevelvet replied at 21-7-2024 05:38 PM
Check jugak forum nk tau tp xde update. Apa jd ngn kawan2 sheol shila jihan n fafau

tgok kt melodi tadi...masuk forum xde yg update psl story ni
Quote Fly_over 21-7-2024 07:46 PM
mcm neelucah dulu.. sudahnya ada jugak mengfollow org
Quote Pujangga22 21-7-2024 08:48 PM
rosevelvet replied at 21-7-2024 05:38 PM
Check jugak forum nk tau tp xde update. Apa jd ngn kawan2 sheol shila jihan n fafau


Quote Mimo.mimo 21-7-2024 08:58 PM
Pujangga22 replied at 21-7-2024 08:48 PM

Dah tak bff ke?
Quote Manusiabesa 21-7-2024 09:20 PM
Knapa dia ni nmpk xmenarik ye. Xda aura utk stay femes dlm industri. Citer best xda. Tp alhmdlh citer buruk xde la dia ni..tp hampeh still boring. Dia ada energy boring cmna nth.muka kelat sgt kot. Dlu lyn skli ke drama dia dgn azlee khairi pstu dh aku maleh nengok muka dia xda aura..xda seri..xda daya penarik.. muka boring walopun klu snyum tu manis la jugak, lg manis dri mirabasicdagusenget tu haa... but nk cari aura mmg xda.

Kdg naik kt ig jugak, ig dia.. geram haku dgn beshetik dia mcm nk gomol2 stiap mlm sblum tdur hihi. Beshetik lg menawan berbanding tuan dia !!!
Quote Pujangga22 22-7-2024 09:55 AM

kan nth apa jd dah geng2 dorg
Quote noorhairiahma 22-7-2024 10:35 AM
Manusiabesa replied at 21-7-2024 09:20 PM
Knapa dia ni nmpk xmenarik ye. Xda aura utk stay femes dlm industri. Citer best xda. Tp alhmdlh cite ...

Ya, i pun fikir sama. Tak ada yang best dekat dia. Dalam drama ke, dalam video ke, dalam ig ke, dekat mana2 lah, if ada dia, tak buat i nak tengok lebih lanjut pun. Lagi sorang shery (tak tahu apa nama shery apa entah yang bitter dengan kakafaz tu) tu pun sama jugak. Tak ada yang best dekat mereka berdua. Buat lah apa pun, tetap tak menarik perhation i untuk tengok.
Quote Manusiabesa 22-7-2024 11:32 AM
noorhairiahma replied at 22-7-2024 10:35 AM
Ya, i pun fikir sama. Tak ada yang best dekat dia. Dalam drama ke, dalam video ke, dalam ig ke, de ...

Kan. Muka plain basic sgt2 membosankan. Ada org rupa x ada tp menarik rasa nk pandang sbb ada seri. Dia ni muka kosong. Riak wajah pun kelat memanjang. Patutnya keja as librarian je sbb muka sendu bhahahha
Quote wannoorazlina 22-7-2024 12:38 PM
Manusiabesa replied at 22-7-2024 11:32 AM
Kan. Muka plain basic sgt2 membosankan. Ada org rupa x ada tp menarik rasa nk pandang sbb ada seri ...

amboihhh..adik iols keja librarian tapi muka comel manis naaa..tapi sungguh..dia ni tak de aura muka artis..
sangat2 plain dan biasa sangat..masa free hair dan juga dah bertudung..
cumanya dia berlakon lama dah la..dari zaman remaja lagi..
lupa ritu ada tengok kat tv6 drama lama..ada zara ni..remaja lagi..
Quote menjad 22-7-2024 12:42 PM
Bukan dia ni bff fafau, jihan ngan bini ubai tuhhhh. Dah tak kawan kerrrrr. Gambo pun dah tak nampak berempat gitu kan
Quote gadis_tulip 22-7-2024 01:05 PM
Lately Zara nie very vocal dalam Thread. Tak sangka pulak dia perangai cengini.
Quote bottombikini 22-7-2024 01:12 PM
dia ni bagi aku lawa
tapi sblm dia buat gigi tulah

dia ni boring sbb tak buat kontrobesi
takde gula, takde sondol, tak menyeksi
sbb tu lah kot
Quote cruz2 22-7-2024 01:20 PM
Bukan masalah apa yg org lainpost kat media sosial tp masalah diri swndiri yg ada rasa apa yg org post tu berlebih lebihan, mcm bagus bagus dll dan merasakan diri sendiri lg bagus dari empunya posting tu
Quote amjess 22-7-2024 02:38 PM
gadis_tulip replied at 22-7-2024 01:05 PM
Lately Zara nie very vocal dalam Thread. Tak sangka pulak dia perangai cengini.

ye la…i pun terkejut gak bila dia post psl ayah dia tu..sbb sblm ni dia mmg tutup mulut…mungkin sbb dia dah tak tahan dgn ayah dia dan dia pun asyik sakit kuar masuk hospital…manusia ni ada gak tahap kesabaran dia

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062573 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top