CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dia Bangun Menyusu Awal Pagi’ – Kamal Adli Bangga Dengan Cara Uqasha Senrose Urus Anak

27-6-2024 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9244| Komen: 47


Pelakon Kamal Adli berkongsi perkembangan cahaya mata sulungnya, Hawra Uqaira bersama aktres Uqasha Senrose yang selamat melahirkan dua bulan lalu.

Menurut Kamal, cabaran sebagai seorang bapa adalah untuk berjaga di waktu malam.

"Hawra Uqaira dah masuk dua bulan. Alhamdulillah baby sihat, kami terkejut sekejap dah membesar. Banyak rupa saya sebab ikut mata saya.

"Awal-awal sukar sikit saya kena tukar shift dengan Uqasha. Uqasha ambil siang, saya malam tapi malam pun Uqasha ada bangun juga. Susah rupanya berjaga malam ni sebab dia macam nak tidur tak nak tidur."

"Selain cabaran kena berjaga malam, nak mencari susu formula yang sesuai dengan baby pun sukar."

Dalam pada itu, Kamal turut menyatakan rasa bangga terhadap isterinya yang tidak pernah mengeluh menjaga anak mereka.

"Uqasha Alhamdulillah okay baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha sebenarnya sebab cara dia jaga baby tu."


"Macam saya sendiri tak selarat itu maknanya walaupun tiga empat pagi dia boleh bangun dodoikan. Saya tengok dia lama-lama memang dia seorang ibu yang sebenar sebab sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun."

"Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung."

Disoal sama ada pembantu untuk menjaga bayi mereka, Kamal memberitahu dia mahu fokus menjaga Hawra sendiri tanpa bantuan orang luar.

"Ada ambil bantuan confinement lady tapi untuk uruskan pantang sahaja dan cuma ada mak mentua sebab kami nak fokus jaga baby betul-betul."


Kamal berkata demikian semasa ditemui di sidang media Majlis Pelancaran Viu Original Nafsu yang diadakan di The Exchange TRX, semalam.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2021 dan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buudak 27-6-2024 11:00 PM
Tahniah kamal & uqasha...sedap nama
Quote asma87 27-6-2024 11:02 PM
Beranak pon cantik qasha ni
Quote Neno90 28-6-2024 11:24 AM
Alhamdulillah.
Quote hokeypokey 28-6-2024 12:12 PM
mana gambar baby??? nk tgk btul ke mcm muka kamal
Quote pavlovachoc 28-6-2024 12:26 PM
sedap nama anak ,
Quote marchikobonzo 28-6-2024 01:27 PM
Lahhh..tau tau je dah beranak uqasha..congrats! Sedap nama baby
Quote SalenaGomez 28-6-2024 01:28 PM
asma87 replied at 27-6-2024 11:02 PM
Beranak pon cantik qasha ni

Ha ah, x beriya nak mekap2 pon
Quote Manusiabesa 28-6-2024 01:31 PM
Sronok tgok couple ni bhgia pestu down to earth.. diam2 je cari duit... tuhari org tny ungka why xbuat house tour.. dia kata utk apa nth bg org tgok selok belok rumah dia. Bgus.. smoga nely aprena raisya pun ccpt dpt momongan..

Btw couple ex kamal si IL dgn laki dia nama apa aku xtau budak lg tu.... sedih tgok muka IL. Usia lanjut baru besalin jaga anak kcik2, muka IL dh kedut juta²... dh memang real usia 40an what to do..lawa pun lawa yg dh tua... si suami remaja lg.. IL betul2 aging dh kt muka.. raw la tu xinject2
Quote makihamis 28-6-2024 01:36 PM
sedapnya namaaa nak tengok muka somelll babyy
Quote pocongkiutss 28-6-2024 01:39 PM
Manusiabesa replied at 28-6-2024 01:31 PM
Sronok tgok couple ni bhgia pestu down to earth.. diam2 je cari duit... tuhari org tny ungka why xbu ...

Dia pun mesti trauma lepas apa yg jd kt Singapore hr tu
Quote Safirania 28-6-2024 02:00 PM
Happy iols tengok couple ni
Quote L.U.S.M 28-6-2024 08:42 PM
Kenapa masa iqomah tu Kamal pakai songkok:ingat solat raya ke
Quote Lulu_717 28-6-2024 09:10 PM
Uqasha lepas bsalin bseri2 ye. Maybe sbb dh berisi sikit, dulu cengkung sgt nampak garang.
Quote gebugebas 28-6-2024 09:56 PM
suke tgk pasangan ni..sha dri liar akhirnya plih orang biasa utk pasangan hidup..sama² cari duit,..tak menunjuk pon
Quote katak hijau 28-6-2024 10:04 PM
Ketet dia besar sayang tak susukan baby
Quote irsa 28-6-2024 10:12 PM
Iols excited nak tgk muka baby deols
Quote pocongkiutss 29-6-2024 02:12 AM
L.U.S.M replied at 28-6-2024 08:42 PM
Kenapa masa iqomah tu Kamal pakai songkok:ingat solat raya ke

Bior le dia fefeeling tu wahai sis ruhainies kemut lusm
Quote Glass_shoes 29-6-2024 02:19 AM
katak hijau replied at 28-6-2024 10:04 PM
Ketet dia besar sayang tak susukan baby

ketet beso x menjamin susu byk..Eh betul ke?
Quote 8Queen8 29-6-2024 03:07 AM
katak hijau replied at 28-6-2024 10:04 PM
Ketet dia besar sayang tak susukan baby

Maybe besar sebab add filler. Mungkin boleh compare waktu dia baru2 masuk industri dan sekarang.
But she tambah cantik dan Kamal sangat sayang
NSekarang ada baby tambah bahagia

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056974 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top