CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Redza, Bella belum terfikir timang cahaya mata - “Soal cahaya mata, itu semua saya serah pada Allah tentukan"

27-6-2024 10:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4432| Komen: 16



Seminggu selepas bergelar suami, pelakon, Redza Rosli atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 32, belum terfikir untuk menimang cahaya mata berikutan kesibukannya menerima banyak tawaran berlakon.

Redza berkata, fokus utamanya adalah meneruskan karier memandangkan kini dia mempunyai jadual amat ketat selepas selesai majlis pernikahan dengan aktres dan hos Hlive!, Bella Hanna atau Farhana Nabila Rosman, 28, pada 21 Jun lalu.

“Soal cahaya mata, itu semua saya serah pada Allah tentukan, bila tiba masanya. Buat masa ini saya fokus pada karier saya sebagai seorang pelakon.

“Saya belum terfikir soal cahaya mata kerana selepas majlis pernikahan, jadual saya sangat padat. Banyak benda yang perlu saya utamakan.

“Minggu depan saya sibuk dengan sebuah drama adaptasi novel yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Setakat ini masih belum ada perbincangan apa-apa dan saya akan update (kemaskini) di media sosial saya,” katanya.


Redza ditemui bersama isterinya pada program khidmat masyarakat (CSR) School Activation bersempena Sambutan Ulang Tahun TV3 Ke-40 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Redza, kehadiran Bella dalam hidupnya amat bermakna kerana isterinya akan menemaninya ke mana sahaja, termasuk ketika menjalani penggambaran drama atau filem.

Katanya, sejak menjadi anak seni, dia tidak pernah mempunyai pengurus atau pembantu peribadi sebaliknya hanya bergerak secara solo.

“Sejak menjadi pelakon saya bergerak secara solo kerana semua urusan saya uruskan sendiri. Alhamdulillah bila sudah bergelar suami saya ajak Bella untuk bersama saya,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bankerpencen 28-6-2024 05:26 PM
Alahai hanatnya pun diorang baru sangat kahwin kannnn apa yg terus nak tanya pasal anak
Quote pocongkiutss 28-6-2024 05:46 PM
Astaga..baru kawenn kut..sian oyen
Quote Glass_shoes 29-6-2024 07:38 AM
pocongkiutss replied at 28-6-2024 05:46 PM
Astaga..baru kawenn kut..sian oyen

Mentang2 lah dia oyen..Sibuk nak suruh membiak cpt2
Quote asma87 29-6-2024 08:16 AM
Sabarla oyen... honeymoon puas2 dulu..Bini dah cantik tu...pandai oyen pilih bini. Kalau buat Bini ada perangai buruk pon, oyen mesti cepat sejuk hati sbb Bini oyen cantik...
Quote asfaz 29-6-2024 08:22 AM
Sape la reputs acik bawang tepi parit ni. Sebulan pun belum diaorg tu kawin. Euwww dasar kepochi sangat
Quote pocongkiutss 29-6-2024 08:37 AM
Glass_shoes replied at 29-6-2024 07:38 AM
Mentang2 lah dia oyen..Sibuk nak suruh membiak cpt2

Nasib baik oyen tak kena neuter
Quote I.K.A888990 29-6-2024 02:28 PM
bangangnya yg tanya soalan ni
Quote heythere123 29-6-2024 07:56 PM
i bet yang tanya ni ahli kelab kipas susah mati heols kot
Quote Pujangga22 29-6-2024 10:52 PM
ermm mcm xde benda lain nk di tanya
Quote Hoola 29-6-2024 11:19 PM
Edited by Hoola at 29-6-2024 11:22 PM

bab2 bjimak je lah rkyt msia ni soklan pumm
xberkembang minda
Quote rain2169 1-7-2024 08:33 AM
bella ni cantikkk....
Quote krustykrab 1-7-2024 08:35 AM
Baru lg kawin dh tanya anak
Bila org tu bg alasan sb malas nk layan org yg suka jaga dlm kain org lain, buat pulak komen sambil petik hadis
Quote chikumanis 1-7-2024 01:35 PM
gams n hahaannathh mana tanya pasal zuriat ni varvi?? apa ke b0d0hnya tanya soklan macam tu??
Quote MrsJane 1-7-2024 07:25 PM
Reputz yang tanya ni acik bawang umur 60s ke? Org tu baru kawin sibuk tanya pasal anak
Quote QueenGambit 1-7-2024 08:05 PM
Loh awal sgt .bodo tau reputs ni
Quote Lulu_717 1-7-2024 08:50 PM
Soalan punnnn..dh xde benda lain nk tanya ke?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.076840 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top