CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MFL buat pusingan 'U' - "Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia "

27-6-2024 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3165| Komen: 9



Kuala Lumpur: Tidak sampai 48 jam, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akhirnya membuat pusingan 'U' apabila membatalkan beberapa keputusan kontroversi ke atas Selangor FC.
 
Menerusi satu kenyataan dari MFL, badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu membatalkan keputusan pemotongan tiga mata dan perlawanan tanpa penonton babitkan aksi antara Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang skuad Red Giants nanti.

Malah, MFL juga mengurangkan denda daripada RM100,000 ke RM60,000 terhadap Selangor FC.

"Ahli Lembaga Pengarah MFL hari ini telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC susulan ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.

"Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah," kata kenyataan itu.


Dalam kenyataan sama, Selangor FC diberi tempoh untuk membuat rayuan selama tiga hari daripada tarikh surat ini (27 Jun 2024) seperti yang termaktub dalam Aturan 4, Kaedah 3, Kaedah-kaedah Badan Penguatkuasa Peraturan, Manual Liga Malaysia.

Terdahulu, MFL mengenakan empat bentuk hukuman terhadap Selangor FC susulan tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu.

Badan pengelola Liga M itu memaklumkan skuad Gergasi Merah turut dikenakan tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, JDT dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.

Susulan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan amat dukacita dengan keputusan ahli-ahli MFL serta ahli-ahli Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC itu.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-6-2024 10:48 PM
Shaking dah


Quote mojarean_X 27-6-2024 10:57 PM
Ahh still kena denda. Ampun tuanku mohon tarik kuar je selangor dari mana2 liga mfl. Jgn berkompromi dgn unsur2 keganasan dlm liga mfl
Quote mawardia 28-6-2024 12:33 AM
Semoga Sultan Selangor menggunakan segala kuasa yang ada untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada segala liga MFL. It's too much already.
Quote MissYouSayang 28-6-2024 01:18 AM
Meroyan dah si topoi tu now
Quote allshares 28-6-2024 03:20 AM
I puas hati lah. Ni baru gajah berlawan dgn gajah.
Quote babyLON. 28-6-2024 06:11 AM
MissYouSayang replied at 28-6-2024 01:18 AM
Meroyan dah si topoi tu now

ada yg komen di ig 'ini liga bob'. ada nama baru org tu skrg
Quote cm_vungtau 28-6-2024 07:08 AM
Harap tuanku lawan balik, 60k pun banyak juga tu considering ada player kena acid attack
Quote KamikuP 28-6-2024 04:04 PM
Kalau meolls jadi pengurus pasukan bolasepak, meolls HARAMKAN bermain dengan pasukan JDT takpon boikot je semua pertandingan bola kat msia ni bio je JDT mnenang tanpa bertanding.. ekekekek
Quote Decaffeinated 28-6-2024 04:57 PM
bola + politik + raja + drama + acik forum + dll = liga super 2024

kesian MFL

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.030642 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top