Selebriti versatil era 90-an, Isma Aliff meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Nor Ismalina datang menziarahinya bersama menantu pada malam Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Ketika ditemui OhBulan!, Isma atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail berkata, dia sangat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan anaknya itu selepas kali terakhir berbuat demikian kira-kira setahun yang lalu. "Saya gembira sangat dan terharu sebab dah lama tak jumpa kan? Mungkin dah lama dia tak balik jenguk saya sebab ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan. Sebab itu lama dia tak datang." "Tapi bila dia datang tempoh hari, saya tengok dia sihat pun dah cukup gembira dah. Syukur Alhamdulillah dan yang paling penting dapat jumpa dengan dua orang cucu saya." "Rasanya dekat setahun dah anak tak jenguk saya sebelum ini tapi kami tetap berhubung melalui telefon."
"Sedih jugalah bila anak lama tak datang tengok saya sebab anak kan?" Isma berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek yang diadakan di Menara KPJ pada petang Selasa. Ketika ditanya tentang keberadaan Mohd Alif, Isma memaklumkan anak keduanya itu kini sedang menjaga isterinya, Norha Rafie di Ulu Kinta, Perak. "Anak kedua belum datang lagi sebab dia sekarang ini sedang menjaga ibu dia di Ulu Kinta, Perak." "Mungkin nanti kalau ada kelapangan dia akan datang atau mungkin saya yang akan ke sana jumpa dengan dia." "Setakat ini belum berhubung (dengan anak kedua), apa-apa saya akan ‘direct’ dengan kakak dia saja." Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi filem ‘Marah-Marah Sayang’ ini mendoakan agar kedua orang anaknya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. "Kepada dua anak, saya doakan mereka diberi kebahagiaan dunia dan akhirat." "Terima kasih banyak-banyak sebab lawat papa di dalam keadaan begini. Papa sangat hargai." Terdahulu, Isma pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru hingga ditidurkan akibat kritikal pada 15 Disember lalu. Sumber : OhBulan |
shahirakay replied at 27-6-2024 07:22 PM
baru tahu bini (ke ex bini?) isma alif ni stay kat kampung kelahiran dia. fun fact untuk acik forum, ...
Moyangkucing replied at 27-6-2024 07:12 PM
Kenapa Pokcik Isma tak duduk sekali dengan isterinya di ulu kinta tu? Busy berlakon ke? Tanya jer
shahirakay replied at 27-6-2024 07:22 PM
baru tahu bini (ke ex bini?) isma alif ni stay kat kampung kelahiran dia. fun fact untuk acik forum, ...
stania83 replied at 27-6-2024 08:16 PM
wahhh bini dia adik beradik noralbaniah?
sharlenetexas replied at 27-6-2024 08:36 PM
Tentu lawa juga bini dia.
Kakashial replied at 27-6-2024 08:35 PM
Dia dok kl jaga mak dia strok jugak. Dia pun strok tp dah getting better. Mak dia bed ridden. Pagi ...
Kakashial replied at 27-6-2024 08:35 PM
Dia dok kl jaga mak dia strok jugak. Dia pun strok tp dah getting better. Mak dia bed ridden. Pagi ...
shahirakay replied at 27-6-2024 08:47 PM
Iye u olls adik beradik. Albaniah yang bongsu. Arwah bapa mereka guru mengaji. Ai mengaji quran de ...
mojarean_X replied at 27-6-2024 08:42 PM
Alahh anak2 mmg mcm tu. Sibuk sgt ngan hal sendiri. Bila parent dh x de, tetiba semua pakat terpalin ...
ADVERTISEMENT