CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir Jawab Dakwaan Anak Emas Tv3, Tolak Tepi Istilah ‘Eksklusif’ & ‘Selektif’ - "Apa Yang Saya Boleh Cakap, Saya Dilahirkan Dari Media Prim ...

27-6-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10508| Komen: 18



Sering muncul dalam program terbitan TV3, penyanyi dan pelakon Shiha Zikir menyangkal dakwaan yang mengatakan dia anak ’emas’ syarikat Media Prima Berhad.

Menurut pemilik nama lengkap Nurshiha Mohd Zikir, 36, dia amat menghargai setiap peluang yang diberikan oleh stesen tersebut memandangkan dirinya juga merupakan kelahiran program nyanyain Mentor suatu ketika dahulu.

"Pernah la dengar orang kata saya anak emas, mungkin mereka (penonton) hanya lihat apa yang dipaparkan tetapi apa yang saya lakukan sendiri untuk menaikkan kerjaya orang tidak lihat."

"Namun apa yang saya boleh cakap, saya dilahirkan dari Media Prima menerusi program Mentor. Jadi saya rasa tidak perlu sebut perkataan begitu (anak emas) kerana saya memang dilahirkan dari TV3."

"Alhamdulillah, stesen TV3 sentiasa beri peluang kepada saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan. Saya amat hargai perkara itu."


Shiha berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama barisan pelakon sitkom komedi terbaharu terbitan TV3, Jabatan Call Centre (JCC) di Glenmari, Shah Alam, pada Isnin.

Sementara itu, disoal mengenai tanggapan segelintir selebriti yang menjaga eksklusif dan selektif, pelantun lagu Irama ini menjawab bergantung kepada pandangan masing-masing.

"Tentang hal itu masing-masing punya pendirian, saya tidak pernah persoalkan tindakan mereka. Sebab kena faham, sesetengah selebirti mahu menjaga ekslusiviti mereka. Namun untuk saya, kalau sering nampak di kaca TV bermaksud saya gembira dan mahu buat perkara itu."

"Ada juga drama yang saya tolak, tidaklah saya sapu semua. Saya menolak kerana merasakan watak itu kurang sesuai dengan kemampuan. Kalau mana nampak saya terima job itu bermaksud saya seronok."

"Kalau saya tidak muncul, nanti ada pula kata tiada job. Kalau selalu keluar pun ada yang bercakap. Susah nak puaskan hati semua orang."

Dalam perkembangan terkini, Shiha bakal menjayakan sebuah sitkom komedi berjudul Jabatan Call Centre (JCC) yang akan disiarkan di TV3.

Selain Shiha, sitkom tersebut turut menampilkan Rita Rudaini, Aya Amiruddin, Andi Bernadee dan Izzue Islam.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 27-6-2024 08:31 AM
Tapi she hosting pun not bad.. tengok kat tiktok yg give me the mic tu pandai she control dan lawak2 jugak.. ok la x se horror ain edruce
Quote asma87 27-6-2024 08:35 AM
Shiha ni jenis xgive up. Pandai cari peluang. Yg penting xgedik..
Quote kukukatablog 27-6-2024 08:41 AM
dia ni sama2 ngan mawi konsert prelude AF dulu kan,
macam2 pertandingan dia masuk...
betul jenis x give up...
Quote Kurex 27-6-2024 10:48 AM
ni la apa yg arwah kak pah ajar dan didik she.. she rebut segala peluang yg ada selagi ada peluang bezanya kak pah exclusive
Quote takkizawa 27-6-2024 10:50 AM
Bagus dia ni. Persistent dri dulu. Slow2 dia naik.
Quote hokeypokey 27-6-2024 02:09 PM
kembar rossa
Quote mizruncing 27-6-2024 02:26 PM
dia ni ok je menyanyi n mengacara bagai. tp tak tau knp ramai tak kenan ngan dia..
Quote Lulu_717 27-6-2024 04:15 PM
Dia mengacara way better dari Ain melodi tu. Haritu tertengok Melodi, xsampai 5 minit ai terus tukar channel, cringe & suara dia annoying.
Quote Tiggybiru 27-6-2024 05:15 PM
Ok je.. tp awat muka mcm rossa
Quote bebulu 27-6-2024 05:29 PM
mizruncing replied at 27-6-2024 02:26 PM
dia ni ok je menyanyi n mengacara bagai. tp tak tau knp ramai tak kenan ngan dia..

Tula. Mak i cukup berbulu bila tengok tv ada Shiha ni. Mak i tak suka. I cakap Shiha ni lama dalam industri hiburan. Cuma lambat sikit nak ke puncak
Quote siasia 27-6-2024 05:48 PM
Lor seiras sgt plak dgn rossa ya
Quote cikkilata 27-6-2024 07:23 PM
Dari dulu lg i perasan.. shiha ni ok je.. dari segi lakonan, nyanyian, pengacaraan... cuma dia x meletop terus ke puncak la.. tapi bagus je cantu... Janji kekal relevan..
Quote tukul 27-6-2024 07:28 PM
hokeypokey replied at 27-6-2024 02:09 PM
kembar rossa

Aaa la mcm rossa..i thought rossa...sedara mare eh depa..
Quote hokeypokey 27-6-2024 09:02 PM
tukul replied at 27-6-2024 07:28 PM
Aaa la mcm rossa..i thought rossa...sedara mare eh depa..

ntah ler.. kembar lain bapak lain mak lain negara.. amyra rosli kembar nia ramadhani.. shiha zikir kembar rossa.. ada sape lagi eh tolong tambah
Quote I.K.A888990 27-6-2024 09:40 PM
tak suka dgr dia menyanyi
tapi mengacara okay je
Quote Binodino 27-6-2024 09:46 PM
Kalau boleh tolong kurangkan mengilai tu. Yang lain2 bagus. Tang melawak boleh polish untuk nampak lebih natural & bukannya try hard.
Quote bambimbom 27-6-2024 09:59 PM
Maafla.. aku tak minat nak tgk dia ni kat TV..  mmg aku tukar channel
Quote pakwetizzaqyah 27-6-2024 10:22 PM
bukan dilahirkan astro dulu ke??? biar la dia...  mana la dia nak cari makan lagi... lagu pun punya sampah pipiyama... wat mende wei

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.182157 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top