CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Rudaini Tak Halang Anak Jadi Pemain Bola Sepak Profesional – ‘Mak Depa Pun Dulu SUKMA Silat Olahraga’

27-6-2024 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11965| Komen: 29


Pelakon Rita Rudaini memaklumkan anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna ada meluahkan hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesional pada masa akan datang.

Menurut Rita, dia tidak pernah menghalang minat anaknya untuk aktif dalam sukan tersebut, namun berpesan untuk tetap mengutamakan pelajaran.

"Apa yang anak-anak suka, saya galakkan mereka untuk buat. Saya sokong minat mereka. Anak lelaki memang suka main bola sepak. Yang nombor satu main suka bola dan larian trek. Yang nombor dua suka bola, larian, bola baling dan sekarang cuba nak main rugbi."

"Yang nombor dua itu dia pernah tanya boleh ke kalau dia nak jadi pemain bola sepak nanti. Saya kata bukan tidak bagi, tapi kalau boleh jadi yang boleh pergi hingga peringkat antarabangsa."

"Saya kata nak jadi apa pun, jadilah. Tetapi pastikan sekolah sampai habis. Jadi pemain bola yang pandai, dalam bola bukan guna kaki sahaja, kena guna akal juga. Kalau boleh ada degree atau sebagainya, asalkan berilmu."




Rita berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama barisan pelakon sitkom terbaharu TV3 berjudul Jabatan Call Centre (JCC) di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rita memberitahu ada berkongsi cerita kepada anaknya bahawa dia pernah terpilih mewakili negeri Perlis untuk Sukan Malaysia (SUKMA) dalam sukan silat.

"Saya dulu pernah terpilih untuk untuk main SUKMA dalam sukan silat olahraga. Wakil negeri Perlis. Bila cerita dengan anak-anak mereka pun terkejut. Mak depa (mereka) SUKMA."

"Tapi masa terpilih untuk wakil SUKMA itu saya tidak dapat pergi sebab mak saya bakar baju silat saya. Mak mengharapkan saya satu-satunya anak perempuan yang akan buat kerja-kerja perempuan, tapi sebaliknyq minat saya."

Sementara itu, Rita turut berkongsi mengenai tahap kesihatan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan, baru-baru ini.

"Dia tetiba sakit perut, saya ingatkan masuk angin sebab dia tak makan. Saya pun membebel dekat dia. Saya buatkan dia minuman halia."

"Sekali esoknya dia cakap perut dia makin sakit. Bawa dia pergi klinik, doktor awalnya kata macam apendiks. Tak tunggu lama saya buat surat untuk bawa ke bahagian kecemasan. Saya dah cuak sangat."

"Selepas bawa pergi hospital doktor sahkan tiada apa-apa yang serius. Dia hanya susah nak membuang. Mungkin kurang makan sayur makan buah. Saya pesan, minum air banyak-banyak."

Sumber : OhBulan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 27-6-2024 09:22 AM
wah xsangka atlit perlis
Quote Sazreena 27-6-2024 09:39 AM
Nak jadi footballer skang ni bukan kena ada bakat je, def kena ada degree. Once dah injured kaw-kaw, highly likely terpaksa bersara. Nak pulak jenis masa ngetop tak reti nyimpan. Joli katak sana sini. At least ada pelajaran, jauh sket perjalanan.
Quote asma87 27-6-2024 09:42 AM
Menjadi anak2 dia...kagum jugak dgn rita..mmg dia penting kan pelajaran anak2 dia..xde sibuk Rita nak kejar fame sgt.
Quote manehnya 27-6-2024 10:09 AM
wow silat, patutlah ex lari tak pijak tanah
Quote lilacomot 27-6-2024 10:14 AM
bleh la berlakon cite silat2 ni kan acik rita..
Quote Kurex 27-6-2024 10:56 AM
tak sabar nak tengok anak membesar jadi jantan yg hensem
Quote juruterra 27-6-2024 11:05 AM
tak berbaloi jd sportsman kat Msia..xleh make money. mcm kat US basketballer pun contract ratus juta bila dh tua bila pencen aman2.
Quote AWEKSAMURAI 27-6-2024 11:07 AM
Dia ni kalau boleh nk cuci DNA aidil dlm badan ank2 dia..kalau bleh nk declare dia serupa mak Nabi Isa tak payah berjimak tau2 dpt anak gitu lah rasanya. Dasar pompuan tua dh tua pun gila. Apa kena mengena silat dgn bola?
Quote LembingDayanti 27-6-2024 11:08 AM
dia punya temberang tu
Quote AWEKSAMURAI 27-6-2024 11:11 AM
LembingDayanti replied at 27-6-2024 11:08 AM
dia punya temberang tu

Dia dh xde apa nk borak ..nk borak pasal kerjaya dh x berapa ada kerjaya terpaksa lah borak pasal anak2 dia esok besar anak buat hal ingat mau gila meroyan rita ni. Jangan konpiden sgt bab2 anak ni .
Quote ezacbee 27-6-2024 11:26 AM
Takat bakar baju xkan team sukma xde spare. Kalau betul2 minat redah je. Cakap2 kosong susah nak caya.. maap acik rr
Quote annehuda 27-6-2024 11:29 AM
ko nak ke anak ko jadi pemain bola nnt kene simbah dgn asid pulak
Quote QueenGambit 27-6-2024 01:03 PM
Ada bukti ka?? Gambar ke ? Takkan takde. Nak gak memcapub
Quote rosewhite 27-6-2024 01:09 PM
bukti bergambar please
Quote wannoorazlina 27-6-2024 03:18 PM
ezacbee replied at 27-6-2024 11:26 AM
Takat bakar baju xkan team sukma xde spare. Kalau betul2 minat redah je. Cakap2 kosong susah nak cay ...

dia ayam2 kita mcm SUKMA tu acara sukan kampung kan?
nak tarik diri bukan senang2 gitu ja acik rita oii..
sukma tu bawak maruah dan nama negeri tau..

Quote cm_vungtau 27-6-2024 03:35 PM
Harap belajar dari dak Arep Aiman. Jangan belajar dari apak kau dik. Manjang semput
Quote NazRysha 27-6-2024 03:44 PM
acahhhhhhhh
Quote ezacbee 27-6-2024 04:06 PM
wannoorazlina replied at 27-6-2024 03:18 PM
dia ayam2 kita mcm SUKMA tu acara sukan kampung kan?
nak tarik diri bukan senang2 gitu ja acik rita ...

Mana boleh kalah dgn ex.

Quote ina_na 27-6-2024 04:12 PM
Senang je kot nanti kalo anak dia nk msk sport sebab bapak dia banyak link..tp sayang la otak anak cerdik..baik p bidang profesional lps tu p keje luar negara..acik ritut pun p duk sana .mana tau bertemu jodoh org luar negara..idak ler kita asyik nk kn dgr dia meroyan je...sunyi la nanti

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.045375 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top