Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini akui terkejut apabila penyanyi tersohor antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan mereka ketika membuat persembahan di Las Vegas. Menerusi perkongsian di TikTok Nona, Rizman berkata, dia menyangka pada awalnya Lady Gaga menolak untuk memakai rekaannya kerana dikatakan terlalu mewah atau ‘grand’. "Sebenarnya asalnya kami dekat Malaysia dah lama dah hampir dua puluh tahun tapi dekat peringkat antarabangsa nama kami masih lagi hijau. Jadi bila nama hijau ni selebriti antarabangsa sebesar Lady Gaga dia akan pakai untuk testing dulu untuk tengok okay ke tak."
"Asalnya dia nak pakai untuk salah satu dinner show tapi bila baju sampai dekat dia, dia rasa baju tu ‘grand’ sangat untuk dipakai itu apa yang dia cakaplah." "Dia nak simpan untuk acara yang lebih besar. Tapi untuk kami pada masa itu kita tahu bunyinya macam penolakan tapi tak apa kita husnuzon." Dalam pada itu, Rizman juga menerima maklum balas yang baik tentang rekaan yang dipakai Lady Gaga untuk persembahan penutup konsert tersebut. "Tapi bila dia pakai tu Alhamdulillah rasanya mungkin flavor baju Malaysia yang mungkin dia tak pernah tengok lagi, tertutup ada cape dan sebagainya. Benda-benda macam tu yang akan membuatkan orang luar rasa benda yang baru untuk mereka." "Itulah sebab benda itu jadi kegilaan juga yang mana pada masa itu saya tengok semua komen daripada orang yang pergi konsert itu, kebanyakan mereka cakap itu pakaian terbaik Lady Gaga pada malam tersebut." Malah, dia turut berbangga jenama tempatan tanah air digayakan oleh selebriti terkenal di dunia sekaligus dapat menempah nama di peringkat antarabangsa. "Ia sesuatu perkara yang besar buat kami di mana jenama fesyen Malaysia dapat dipakai oleh selebriti antarabangsa sebesar Lady Gaga." Terdahulu, tular busana merah dipakai penyanyi Lady Gaga untuk sebuah konsert adalah merupakan rekaan daripada pereka fesyen tempatan iaitu Rizman Ruzaini. Sumber: TikTok/OhBulan |
noor2 replied at 27-6-2024 08:31 AM
Rizman ruzaini ni mmg pure melayu ke atau ada darah campuran
wadiunong replied at 27-6-2024 09:21 AM
tgk muka pon boleh tau dah pure Melayu ke tak kaka
edayildiz replied at 27-6-2024 09:44 AM
bkn lady gaga dah mati ke..serius la weh
ke i tertukar ngn amy winehouse..tp i betul ingt di ...
imanamsyar replied at 27-6-2024 01:18 AM
ada komen kat tiktok : "lady gaga telah disyarifah ainikan"..hahahahaha
dua_chzy replied at 27-6-2024 10:27 AM
Aiol google gamba, memang dah rupa aruah Syarifah Aini.
Btw meka bayo RM 3 juta juga huntok ...
_kelly replied at 27-6-2024 02:41 AM
laa kesahnya...sanggup ya semata nak exposure ke global..semoga berbaloi la investment meka
dua_chzy replied at 27-6-2024 10:44 AM
Yang Naomi tu, kat Dubai. Rasanya berbaloi sebab sana boleh jual baju kat acik2 pakcik2 Ereb kaya. ...
noell replied at 27-6-2024 11:00 AM
ini mcm naomi telah diziana zainkan saja
miamiot replied at 27-6-2024 09:19 AM
Nk tanya baju tu ditempah oleh LG atau sponsored by RR ?
ADVERTISEMENT