Pelakon dan pengacara Janna Nick memberitahu dia dalam usaha untuk mendapatkan zuriat pertama selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan aktor Dini Schatzmann. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 34, berkata, doktor menasihatinya supaya menjaga keadaan kesihatan mental selain perlu mengelakkan stress serta mengurangkan melakukan kerja berat. "Saya sebenarnya sekarang tengah fokus untuk cuba mendapatkan baby. Itu perancangan saya. Tekanan itu tidak, sebab saya tak sepatutnya berasa tertekan atas nasihat doktor." "Sekarang ini, saya kena jaga kesihatan mental saya sebaik yang mungkin, saya kena kurangkan stres dan kurangkan kerja yang terlampau berat sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Agak mencabarlah untuk saya nak dapatkan baby." Janna berkongsi mengenai perkara menerusi video temu bual bersama Astro Radio. Tambah Janna, dia sudah melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil makanan tambahan sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
|
Ayda89 replied at 27-6-2024 10:34 AM
Bila masa Janna 34 tahun umurnya ? Baru 29 la dia. Memandai je wartawan ni
kuzaime replied at 27-6-2024 12:36 PM
Officemate aku dulu ada sorang, kahwin masa tu dah lebih 4y kalau x silap, masih belum dapat anak la ...
AWEKSAMURAI replied at 27-6-2024 02:11 PM
Mcm makcik aku kwen 7 tahun bru dapat anak lepas tu anak bersusun umur 45 pun preggy lagi mujur gu ...
kuzaime replied at 27-6-2024 04:14 PM
Letih oiii mengandung bila umur dah atas 40 ni
Nak pregnant nak2 lagi anak sulung @ a ...
ADVERTISEMENT