Pelakon Mira Filzah memberitahu dia terbuka untuk berkongsi tentang perkembangan anak sulungnya, Wan Khair Amir di media sosial. Menerusi perkongsian di TikTok, Mira bagaimanapun memilih kandungan untuk dikongsi kepada pengikutnya. "Sebenarnya dari awal lagi saya terbuka untuk memuat naik gambar di media sosial cuma tak semua benda saya tunjuk." "Lebih kepada commercial kalau ada posting memerlukan bersama anak saya akan muat naik. Kadang-kadang saya suka-suka kongsi untuk pengikut tengok." Dalam pada itu, Mira berkata, dia bersyukur pengikutnya bersikap positif dan sentiasa memberikan komen-komen yang baik.
"Benda ini terlalu umum. Ia terpulang kepada kita sebagai ibu bapa kita tahu apa yang baik buat anak-anak." "Bergantung juga dan Alhamdulillah saya punya pengikut semuanya berkata yang baik-baik. Saya tak tahu pendapat orang lain." "Alhamdulillah pengikut saya baik-baik dan kita pun kena beritahu mereka setiap kata-kata itu satu doa jadi tak kira gambar anak atau gambar kita sendiri pun bila kita komen baik-baik, Insya-Allah jadi yang baik-baik." Untuk rekod, Mira telah mendirikan rumah tangga dengan suami, Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia tiga tahun. Sumber : OhBulan |
sharlenetexas replied at 27-6-2024 02:26 PM
Tuanya tok uban.
kakakgarang replied at 27-6-2024 08:55 AM
jendoii betui
Tunakimchi replied at 27-6-2024 06:54 PM
Dahi dia sama dgn anak dia
Tunakimchi replied at 27-6-2024 06:54 PM
Dahi dia sama dgn anak dia
kakakgarang: jendoii betui
ADVERTISEMENT