CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar nafi dakwaan jadi ‘anak angkat’ Amerika Syarikat - “Itu daripada ustaz, pakai kopiah dan jubah, tapi fitnah terang-terangan"

26-6-2024 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13820| Komen: 23



PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dr. Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin yang mengatakan pemimpin itu merupakan ‘anak angkat’ Amerika Syarikat.

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak sama sekali akan melakukan perkara seperti didakwa Mohd. Zamri dalam ceramah politik pemimpin itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

“Di Sungai Bakap, saya dipanggil anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan pinjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan saya ikut nasihat Yahudi.

“Itu daripada ustaz, pakai kopiah dan jubah, tapi fitnah terang-terangan. Fakta di sebaliknya, mana mungkin saudara, saya lakukan itu semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Aspresasi 2024 Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,019 penerima telah diraikan terdiri daripada lima orang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang, 881 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 133 orang pesara tahun 2024.

Mengulas lanjut, Anwar juga menasihatkan penjawat awam untuk mengambil tahu isu semasa bagi mempertahakan kerajaan.

“Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada negara dan ia tidak akan berubah meskipun kerajaan atau pemimpin bertukar ganti.

“Justeru, penjawat awam perlu terus komited, berdedikasi, ikhlas serta memiliki integriti tinggi sewaktu menjalankan tugas,” jelasnya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 27-6-2024 01:08 AM
Siapa la yg bodoh benar fitnah Nuar anak angkat ammarika.

Yg sepatutnya, Nuar kuda angkat ammarika
Quote orkid_amani 27-6-2024 04:19 AM
Ingatkan apa sgt laa perubahan yg AI ni nak buat lepas mcm2 yg dia kena hadap sebelum dapat jadi PMX.. sapa next calon PM aii xnampak pulak
Quote bottombikini 27-6-2024 06:40 AM
alah kopiah tak kopiah
takde beza pun dgn hg
Quote Samerosie 27-6-2024 06:42 AM
Setat sambil fitnah sambil garuk telo atas pentas.
Quote JunkMail 27-6-2024 07:09 AM
Kau pun sama jugak kelaku...berpuluh tahun menfitnah nasib dapat jua jadi PM. Takyah nak acah suci sangat.
Quote pokokmeranti 27-6-2024 07:30 AM
Samerosie replied at 27-6-2024 06:42 AM
Setat sambil fitnah sambil garuk telo atas pentas.

Klu ustazah? sambil fitnah gentel biji ke?
Quote penmerah 27-6-2024 07:39 AM
Sampai hati setat kopiah mana yg pitnah nuat?
Sikit pun aku tak percaya nuat buat camtu
Apa je nuat buat adalah utk kemashalatan ummah

Quote Samerosie 27-6-2024 07:48 AM
pokokmeranti replied at 27-6-2024 07:30 AM
Klu ustazah? sambil fitnah gentel biji ke?

Mesti kau tak tengok video ceramah setat tu kan.
Quote Samerosie 27-6-2024 07:48 AM
penmerah replied at 27-6-2024 07:39 AM
Sampai hati setat kopiah mana yg pitnah nuat?
Sikit pun aku tak percaya nuat buat camtu
Apa je nuat  ...

Ujung2 dia jadi PM jugak.  
Quote pokokmeranti 27-6-2024 07:50 AM
Samerosie replied at 27-6-2024 07:48 AM
Mesti kau tak tengok video ceramah setat tu kan.

video ceramah apa? setakat ini semua video ceramah agama yg I tgk takde pun yg kutuk2 dan maki2. semua bab kisah sejarah islam je.
Quote Samerosie 27-6-2024 07:51 AM
pokokmeranti replied at 27-6-2024 07:50 AM
video ceramah apa? setakat ini semua video ceramah agama yg I tgk takde pun yg kutuk2 dan maki2. s ...

Apa kau merepek ni. Lain kali jgn sibuk nak mengomen kalau cerita latar pun x tau. Lepas tu jadi mcm ni.  
Quote Dwdrum 27-6-2024 09:15 AM
Lobai jadi gomen pun akan sama juga... Kecuali lah mahu jadi seperti russia or afghanistan
Quote Firenzza 27-6-2024 09:25 AM
Kalau nuart ckp YA maknanya idok le tp bila dia nafikan tu faham2 je la maksud dia
Quote ctaz 27-6-2024 10:24 AM
ko dah byk kali mengencing....
bukan sekali...dah berkali2...ada org lagi mau percaya ker....(kecuali penghirup2 ayo kencing ko je)
aku lagi percaya ckp org berkopiah tu...
Quote tripleid 27-6-2024 10:37 AM
lobai dan fitnah bagai aur dgn tebing..

[youtube]KIA5HHw3tjs[/youtube]





Quote kemaruk 27-6-2024 11:14 AM
orkid_amani replied at 27-6-2024 04:19 AM
Ingatkan apa sgt laa perubahan yg AI ni nak buat lepas mcm2 yg dia kena hadap sebelum dapat jadi PMX ...

mat sabu pmxi
Quote Bungatulip1171 27-6-2024 04:17 PM
Kopiah jgk jadi mangsa
Quote MissYouSayang 27-6-2024 07:22 PM
Kalo dia kencing org lain xpe la plak tp bila org lain  kencing pasal dia, dia marah plak...natang mu nuart berahi
Quote sharlenetexas 27-6-2024 11:09 PM
2x5 je semua

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.049112 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top