CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita cedera terseret ketika diragut tepi Kesas

26-6-2024 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12810| Komen: 12



SHAH ALAM – Malang menimpa seorang wanita apabila cedera di kepala dan kaki selepas terseret ketika diragut dua penjenayah yang berpura-pura mahu membantunya di tepi jalan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di sini, semalam.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia 58 tahun mengalami kerosakan keretanya di susur keluar arah Kota Kemuning, kira-kira pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati wanita itu kemudian dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki tempatan berusia 30-an.

Ujarnya, suspek yang berhenti bersebelahan kereta itu kemudian berpura-pura bertanyakan sesuatu dan menawarkan diri untuk membantu mangsa.

“Namun, salah seorang suspek tiba-tiba bertindak mengambil dompet yang berada dalam beg silang dipegang mangsa.

“Mangsa kemudian menangkap tangan suspek yang membonceng motosikal, namun dia terseret di atas jalan hingga cedera,” katanya petang tadi.


Menurut Mohd. Iqbal, kejadian itu dirakam seorang pengguna jalan dan mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.

Tambahnya, wanita itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki sebelah kiri selain dokumen pengenalan diri, kad bank serta wang tunai RM500 dilarikan suspek.

“Hasil maklumat membawa kepada penahanan dua suspek bersama barangan milik mangsa di sekitar Klang antara pukul 1.30 hingga 3 pagi tadi.

“Semakan mendapati suspek bekerja sebagai pencuci kereta dan pekerja kedai makan tersebut memiliki rekod jenayah lampau dan positif dadah. Kedua-dua suspek direman seminggu,” katanya. 

Sumber – KOSMO ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 27-6-2024 08:36 AM
Zalim semata2 500
Quote vanillaninja 27-6-2024 08:52 AM
Kejinya perangai. Orang tu dalam musibah kot. Semoga mereput lama di penjara.
Quote prettyuglybabe 27-6-2024 11:06 AM
next time kalau kereta rosak, call je insurance or highway patrol..
tunggu je dalam kereta sampai dorang sampai..
lagi-lagi orang pompuan..
Quote kemaruk 27-6-2024 11:31 AM
masa beranak dulu keluar ikut pungkoq
Quote yoppoy 27-6-2024 07:32 PM
Selalu wish mangsa dalam cases macam ni kuad2 and mampu rentap suspek sampai jatuh motor tergolek dog hancur digilis treler 36 tayar
Quote bedahmenjuyah 27-6-2024 09:07 PM
Aduh kesiannya. Moga dipermudah. Utk dua bedebah tu moga dihukum berat. Kurang 2 peragut kalau disimpan dalam sana.
Quote notfound 27-6-2024 09:37 PM
Kejamnya, risau pulak..
Quote dua_chzy 27-6-2024 09:39 PM
Bunuh je suspek tu, bang polis. Kasik makan racun tikus ka apa. Kici2 tamau blaja, pi pulak makan dadah. Dah kertu, nyusahkan orang lain nak kena hadap perangai syaitan dia termasuk stranger yang tadak kaitan dengan dia.
Quote Jitu 27-6-2024 09:56 PM
kesian acik

semoga peragut2 ni mampus cepat je la hidup pun menyusahkan org je
Quote QueenGambit 2-7-2024 09:42 PM
Kejap je dpt tahan
Mohon kena peneranjang dan tumbukan maut
Quote takutlipas 2-7-2024 09:44 PM
Mcm2 sekrg ni,menakutkan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.097181 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top