CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketujuh Di Usia 65 Tahun

26-6-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11093| Komen: 11

'

Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah mencipta ‘sejarah’ lagi apabila bakal menimang anak ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil dua bulan.

Memetik Harian Metro, penyanyi berusia 65 tahun itu meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan cahaya mata lagi kerana baginya ia adalah rezeki daripada Allah SWT.

“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai. Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.

“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.

Sementara itu, Jamal memaklumkan isterinya kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.

“Kepada sahabat sahabat yang isteri alahan mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu muntah dan tak makan. Kalau diberi ubat tahan muntah, boleh menyebabkan serangan jantung. Sekarang di IJN, doakan kesembuhan untuk isteri saya.

“Sebelum ini dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk.

“Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan dia masuk hospital semula empat hari,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal berkata Zai Izzati terkena tiroid dan mengalami sakit tekak disebabkan alahan muntah-muntah namun keadaannya kini bertambah baik.

“Kemudian doktor bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Kedua-dua ubat ini kita tak tahu yang mana satu yang buatkan otot-otot dia jadi kejang dan tekak dia kejang.

“Tapi nampak hari ini alhamdulillah, dia okey. Kandungan memang sihat. Sekarang memang dia di IJN. Semalam dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di sini.

“Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung dan itu yang dihantar ke IJN. Kami sedang tunggu keputusan daripada pakar jantung tapi nampak ada perbezaan dari hari itu,” katanya.

Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

Jamal turut memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

SUMBER: Harian Metro/Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-6-2024 09:06 AM
Tok Mal henjut habis ye bini muda ni... hehehehe..
anak heols yang sulung kejap gemok kejap kurus tu baru 21 ke???? Iols ingat dah 28-29 dah...tua nau muka..
Quote None68 27-6-2024 09:08 AM
Otai sangat berbisa
Quote asma87 27-6-2024 09:09 AM
Bini cantik luaran dalaman...huntongla tokmal. Kumpul harta byk2 ye. Banyak tu tanggungan.
Quote maharani_gebu 27-6-2024 09:17 AM
Masa dia kawen dgn 1st wife dulu berbelas tahun tak dapat zuriat... Sekali bini ke 4 ni berderet-deret anak... Rezeki betul.. Dia pun bukan retis sengkek.. Oklah tu
Quote Sazreena 27-6-2024 09:57 AM
Subur ladangnya...gigih nak besarkan anak-anak di usia senja nan merah.
Quote CoffeeOverdose 27-6-2024 12:53 PM
masuk IJN tanda2 mmg ada masalah jantung. ke electric jantung tak kuat?
Quote Glass_shoes 27-6-2024 01:00 PM
Teringat ibu meninggal bersalin ank ke 10 tu..czer 8 kali..Moga baik2 jelah datin..Tok mal pon bg lah bini tu berehat.
Quote AWEKSAMURAI 27-6-2024 02:14 PM
Tok mal makesure tinggal kan harta banyak sikit kat datin naaaa...seriau umur x panjang datin kena sambung nyanyi plak demi sara ank2
Quote rotiban 27-6-2024 02:40 PM
kiranya dgn bini sekarang ni ada anak 5 org ke camne?
Quote hokeypokey 27-6-2024 03:14 PM
ish kalau tok mal mati, jenuh la bini nk bela 5 anak sorang2..
Quote beautifulorchid 27-6-2024 05:21 PM
rezeki dia banyak anak walaupun dah 65.. dgn ternak lembunya insyallah idop lama

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.039885 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top