Penyanyi Azharina Azhar mengesahkan dirinya menghidap kanser dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Namun Azharina masih belum dapat berkongsikan jenis kanser dihadapi.
Memetik mStar Online, Azharina berkata dia masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan dan sepatutnya menjalani dua pembedahan besar namun terpaksa ditangguhgkan kerana ada kerja perlu diselesaikan. “Sepatutnya saya jalani pembedahan bariatrik minggu depan tapi terpaksa tangguh kerana ada kerja yang perlu dilunaskan. “Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan memandangkan saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan kanser yang belum dikenal pasti,” katanya. Selain itu, Azharina memberitahu selain kanser dia juga menderita penyakit diabetes sejak dua tahun lalu. Dalam pada itu, meskipun berdepan ujian kesihatan namun dia mahu kekal positif demi anak-anak dan perlu meneruskan kehidupan. “Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan. Tapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. “Apa pun terjadi hidup tetap perlu diteruskan. Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya. Terdahulu, Azharina memberitahu dia menghidap penyakit misteri selepas mengalami pendarahan teruk ketika program realiti All Star Gegar Vaganza pada tahun lalu. SUMBER: mStar Online/Rotikaya
|
chocobozhere replied at 27-6-2024 12:00 AM
Baru baru ni kawan ofis. Nampak sihat je tapi dia katanya selalu sakit belakang.. Pegi check rupanya ...
pocongkiutss replied at 27-6-2024 12:37 AM
Kanser apa ye kwn uols tu?

chocobozhere replied at 27-6-2024 08:50 AM
Breastcancer
chocobozhere replied at 27-6-2024 12:00 AM
Baru baru ni kawan ofis. Nampak sihat je tapi dia katanya selalu sakit belakang.. Pegi check rupanya ...
ADVERTISEMENT