CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penceramah mengaku faham bahasa semut, dan memahami bahasa jin dan malaikat

26-6-2024 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11424| Komen: 35


JAKARTA – Tindakan seorang penceramah di Indonesia yang mengaku dirinya boleh bercakap bahasa semut dan jin mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @fanatismemematikanlogika, lelaki itu mengaku dirinya adalah pesuruh nabi dan tidak terasa hati apabila sering dihina orang ramai. 


Pada masa sama, penceramah itu turut menyatakan bahawa dia fasih dan memahami bahasa jin dan malaikat. 

Dia kemudian mengucap satu kalimat menggunakan bahasa yang tidak difahami.

Rakaman itu menjadi tular di laman sosial, manakala ceramah daripada lelaki yang dikenali sebagai Mama Ghufron itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 


“Macam mana dia boleh ada pengikut? Intonasi semut menggunakan bahasa arab seolah-olah dalam filem kartun,” kata seorang pengguna media sosial.

“Ini bukan bahasa semut tapi nada semut,” kata netizen lain. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-6-2024 10:42 PM
Aneh2 betul.

Quote copy_paste 27-6-2024 09:45 AM
hahahha mcm tu pun ada pemgikut kahkahkah
Quote seri_mawr 27-6-2024 10:06 AM
yang jadi pengikut dia tu knp..?
pelik2 la...
Quote plywood 27-6-2024 10:14 AM
Ada seorang paranormal indon cakap bahasa jin tapi tak kecoh mcm dia. selamba jer bercakap bahasa jin dengan orang yang kerasukan.. level kerasukan tahap dia kena bakar kaki pun tak sedar.

nak percaya ker tak itu pendirian masing-masinglah.. tp tengok video dia agak mengujakan... teringin pulak nak buat research hahah
Quote B40tastePosh 27-6-2024 10:32 AM
Bahasa semut tu guna antena dia bila bercakap.

Kau kena ada antena untuk bercakap dgn semut, setakat topi jawa tu tak cukup.
Quote MissVixen 27-6-2024 10:58 AM
Dalam gudang garam ada barang terlarang ke ni.
Quote kemaruk 27-6-2024 11:02 AM
tapi dia tau bahasa fonen tak noks
Quote kasibiman 27-6-2024 11:58 AM
Koboha dengan tahyul berpisah teda
Quote Skuau 27-6-2024 12:02 PM
"bisa pak..kita bisa...Malingsia mohon jangan mengklaim"-Nusaraya
Quote FOTHER-MUCKER 27-6-2024 12:28 PM
Ini pun aneh juga

[youtube]OnTpv5NNgUc?si=moLf-ksgjHzpJMR1[/youtube]
Quote yoppoy 27-6-2024 07:24 PM
Mohon bukak kursus bahasa alam di sebalik mata
Quote _blackbird 27-6-2024 08:47 PM
Wow. Lain mcm konoha skang, setelah puas claim sana sini, skang dah boleh bercakap dgn semut pulak. Ini menguatkan lagi claim warga konoha iaitu nabi sulaiman org yogyakarta
Quote Momohizan 27-6-2024 10:19 PM
Semut carutkan mamat ni
Quote green~tea 27-6-2024 10:28 PM
Ko ada sesungut ke nyahhhj
Quote yoppoy 28-6-2024 12:52 AM
Siri berbisik bersama sumut
Quote patchipink 28-6-2024 02:12 AM
konoha dengan merepek merapu berpisah teda
Quote polyx 28-6-2024 07:31 AM
Ni kalau tak amik barang mesti masa kecik kepala pernah terhantuk kt mn2 ni. Jauh sgt merepeknya.
Quote babyLON. 28-6-2024 07:34 AM
yg ganjil2 ja
Quote sangbara2020 28-6-2024 09:45 AM
kot kerengge ke segala mcm binatang kekecik tu dia faham la ehhh...
ce tya semut tu apesal depa kalau jpe suka lelaga sesungut depa yeh??xpenat ke?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048320 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top