CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis sasaran nombor satu pengganas Daesh - Menteri Dalam Negeri

25-6-2024 11:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9890| Komen: 4

Description: KUALA LUMPUR – Kumpulan pengganas Daesh dikesan meletakkan ideologi menjadikan pasukan polis sebagai sasaran utama serangan apabila melakukan sesuatu bentuk penentangan.


KUALA LUMPUR – Kumpulan pengganas Daesh dikesan meletakkan ideologi menjadikan pasukan polis sebagai sasaran utama serangan apabila melakukan sesuatu bentuk penentangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Daesh berdiri teguh dengan ideologi yang ekstrem demi menuntut pemerintahan berprinsipkan khalifah.

Jelasnya, adalah wajar kumpulan tersebut ditentang kerana akan mengancam ketenteraman awam dan kemungkinan menyasarkan orang kenamaan.

“Wajar difokuskan adalah ideologinya, dalam kefahaman mudah, ia kepercayaan menganggap bahawa di dalam pemerintahan kerajaan itu jika tidak tertegak pemerintahan khalifah mewajarkan mereka membuat penentangan.

“Dalam siri penentangan, mereka itu meletakkan polis sasaran nombor satu untuk mengalahkan kerajaan yang tidak memegang prinsip khalifah. Maka urutan itu dimulai pihak polis, itu ideologinya,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agong Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara (RESPA) Kali ke-40 di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Mengulas lanjut, Saifuddin menjelaskan cabaran utama dihadapi pasukannya adalah mengesan pelbagai bentuk ideologi yang disebarkan kepada pengikutnya.

“Bila disebut ideologi bukan nampak seperti melihat air mengalir, ia tersebar pelbagai cara.

“Hakikatnya kita berjaya mematahkannya, proses siasatan awal dapati kumpulan ini menyasarkan orang-orang kenamaan pegawai tertinggi polis, itu hasil intipan dan risikan.

“bagi membendung ideologi ini tersebar, selepas kenal pasti (miliki ideologi) ketika soal siasat, kita klasifikasikan ia sebagai ancaman kepada negara,” katanya.

Semalam media melaporkan, lapan warga tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh dalam satu operasi serentak di empat negeri , Sabtu dan Ahad lalu.

Tangkapan membabitkan enam lelaki dan dua wanita itu dibuat di Kelantan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 70 tahun itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Selain itu, terdapat kepelbagaian latar belakang pekerjaan dan status ekonomi kelapan- lapan suspek seperti penganggur, suri rumah dan bekas pensyarah. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izwan_izi 26-6-2024 03:28 AM
DAESH je kee menteri KDN oii..?

Yg gerila pengganas Hindu Tamil LTTE dgn Komunis Philippines menyelinap masuk tinggal kt Malaysia sebagai pelancong / pekerja asing  tanak sebut ke...?
Quote Dwdrum 26-6-2024 06:53 AM
Tak kan lah ada bani tamim support cia amerika
Quote mojarean_X 26-6-2024 07:15 AM
Ntahlah tetiba je nama Daesh up.blk.
Quote lightheaded67 26-6-2024 07:26 AM
acik es tersenyum senget.....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.242367 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top