CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Allahyarham Along Spoon maafkan pembunuh anak - “Setakat ini dia tiada datang minta maaf. Tidak mengapa dia bebas di dunia.."

25-6-2024 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16701| Komen: 79



Bapa kepada penyanyi Allahyarham Along Spoon, Shafiee Mohd. Yusof mengakui sudah lama memaafkan individu yang membunuh anaknya sekitar tahun 1999 lalu.

Meskipun masih sukar menerima takdir Ilahi bahawa anak kesayangannya sudah tiada, Shafiee atau lebih mesra disapa Pak Engku, 75, tetap berusaha reda dengan ketentuan Tuhan.

“Saya sudah maafkan dia sejak dulu lagi dengan apa yang terjadi. Ini semua adalah ketentuan Allah SWT.

“Pada awalnya saya rasa tidak boleh terima tetapi itu kesilapan saya.

“Selepas sekian lama saya cakap, ‘ya Allah, Engkaulah berkuasa dan aku terima segalanya’,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.

Ditanya sekiranya dia terbuka untuk berjumpa dengan pembunuh anaknya, Pak Engku enggan berbuat demikian walaupun sudah memaafkan individu terbabit setelah sekian lama.

“Saya tiada keinginan untuk berjumpa. Hati ini sudah terluka dan tak mahu terlibat dengannya.


“Tetapi saya tiada masalah dan terima kalau dia datang nak minta maaf.

“Kalau saya sendiri nak jumpa dia, mungkin tidak payahlah,” ujarnya selepas majlis penyerahan sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek, di sini hari ini.

Pada masa sama, Pak Engku mendedahkan, dia belum menerima sebarang kunjungan daripada pelaku sehingga kini.

“Setakat ini dia tiada datang minta maaf. Tidak mengapa dia bebas di dunia tetapi esok di akhirat menjawablah.

“Lagi pula, ajal maut ketentuan Allah. Kalau ikutkan saya sihat walafiat dan gagah perkasa, saya tunggu dia depan penjara,” jelasnya lagi.

Sekadar info, bekas anggota polis, Mohd. Ya’cob Demyati yang disabitkan dengan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an, Along Spoon dibebaskan dari Penjara Kajang 16 November 2023 selepas selesai menjalani hukuman penjara 33 tahun.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Ya’cob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu, didakwa membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.

Allahyarham Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya sebelum itu dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.

Along Spoon dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anarina 26-6-2024 03:20 AM
Perghhh gila laaaa kes ni dulu. Meletop. Tak pasal2 jelah.
Quote miss_strangers 26-6-2024 04:03 AM
Kes Ni xsilap pelaku dia , badan beruniform Kan...

Quote nw111 26-6-2024 05:29 AM
Wife pembunuh pun dah meninggal if i m not mistaken...ada baca kat mana tah..
Quote noor2 26-6-2024 06:11 AM
Ni kisah wife pembunuh....wife dia cantik...

https://bebasnews.my/2020/12/31/saya-jual-nasi-lemak-demi-besarkan-tiga-anak-salina-ali/
Quote noor2 26-6-2024 06:13 AM
Ni lagi kisah....dari beautifulnara..

https://beautifulnara.com/kisah-hitam-pembunuhan-along-spoon-dan-kehidupan-bekas-pa-salina-ali-kini-saya-masih-tundukkan-muka-trivianara/
Quote BoongaKertas 26-6-2024 08:59 AM
sedih baca kisah arwah salina tu. tp tulah, details benda sebenar pun kita x sure. jd meols doakan Allah ampunkan dedua arwah. utk bekas pembunuh tu, moga Allah terima taubat chuols.
Quote KamikuP 26-6-2024 09:14 AM
Yg garit isteri pembunuh tu le kan.
Quote Bawang123 26-6-2024 09:26 AM
KamikuP replied at 26-6-2024 09:14 AM
Yg garit isteri pembunuh tu le kan.

Ya.
Patut bini tu yg kena minta maaf.
Pasangan mana tahan bila dicurangi, kalau perempuan taknak dimadukan, lelaki pun sama ja.
Cuma emosi laki tu sampai ke membunuh.
Curang is option. Benda boleh elak.
Kalau nak kat along, minta serai la dulu. Lagi tak serai, jgnlah gedik nak cari jantan lain.
Quote lasagna 26-6-2024 09:27 AM
KamikuP replied at 26-6-2024 09:14 AM
Yg garit isteri pembunuh tu le kan.

ahh sama lahh dgn arwah pun, kalau tak 2-2 ni buat hal,
xde nya tertuduh sanggup bunuh arwah, sape soh kacau bini org?

Quote lasagna 26-6-2024 09:29 AM
bgus laa pakcik ni nk maaf kan si pelaku..
berlapang dada utk terima, tp pakcik kena terima juga,
yg segala punca pun bermula dgn hubungan anak pakcik dgn isteri org.
xpe laa pakcik, doa kan arwah tenang di sana.. aminnn.
Quote noor2 26-6-2024 09:31 AM
BoongaKertas replied at 26-6-2024 08:59 AM
sedih baca kisah arwah salina tu. tp tulah, details benda sebenar pun kita x sure. jd meols doakan A ...

Dah meninggal ke?...
Quote GreySuede 26-6-2024 09:33 AM
miss_strangers replied at 26-6-2024 04:03 AM
Kes Ni xsilap pelaku dia , badan beruniform Kan...

Ya pak pulisi
Quote GreySuede 26-6-2024 09:35 AM
lasagna replied at 26-6-2024 09:27 AM
ahh sama lahh dgn arwah pun, kalau tak 2-2 ni buat hal,
xde nya tertuduh sanggup bunuh arwah, sape ...

Arwah masa tu 19 tahun.mungkin culture shock. Ade plak pompan yg cantik sentiasa menemani. Tapi tulah benda nak jadikan. Akal x panjang.
Quote mawarika 26-6-2024 09:40 AM
Muda benau dia ni.. akal pun tak panjang lg. Kesian mati mcm tu.. tgh top.
Quote lasagna 26-6-2024 09:45 AM
GreySuede replied at 26-6-2024 09:35 AM
Arwah masa tu 19 tahun.mungkin culture shock. Ade plak pompan yg cantik sentiasa menemani. Tapi tu ...

ya arwah plak masa tu tgh meletop-letop kan!
mebi laa isteri pelaku mcm starstruck ke dgn arwah,
we never know kan.. jmp crush trus laa melayan (mebi)
or else tak kan laa asben (pelaku) smp folo n siasat dgn niat smp membunuh kan?
asal pun keje pelaku clean, sehingga lah dia sndri mengaku
dah cerita kan kejadian malam tu camne.

Quote dua_chzy 26-6-2024 09:48 AM
Pembunuh mana nak minta maaf.

Kalau court kat US tu, bila baca statement apa tu untuk family mangsa (yang dikarang loyar), takda pun nampak menyesal sebab ambil nyawa manusia pembunuh2 tu suma. Menyesal sebab kena tangkap, kena tinggal dalam penjara je la kot.
Quote dua_chzy 26-6-2024 09:50 AM
Kalau lepas bebas tak ditangkap, tak dipenjara, for sure hidup aman2 ja. Siap bragging lagik kot pernah bunuh orang. Macam kes drug addict yang rogol and bunuh budak kecil pehtu buang mayat dalam longkang tu - ditangkap sebab bragging. Padahal memula suspek utama, warga asing.
Quote annehuda 26-6-2024 09:52 AM
yg aku dengar, si pembunuh tu memang ada masalah panas baran dan cemburu terlampau. along plak lemah lembut orgnye.  mungkin ke si bini tu sebenarnya mangsa penderaan si pembunuh tu? along jd tempat luahan perasaaan?  wallahualam.... tapi la kan bg aku kalau si bini pun yg garit, perlu ke sampai membunuh? ko ceraikan jelah bini ko tu. nampak nau si pembunuh tu yg over possessive. lelaki mcm ni ego terlampau, narcissist,  confirm-confirm la die takkan mintak maaf pun. yg korang pun dok kutuk bini dia garit, lagilah kembang ego dia.

stop enabling men like this. kalau perempuan even jadi mangsa pun korang bleh victim blaming je walaupun terang-terang bukan dia yang salah
Quote mewo 26-6-2024 10:27 AM
annehuda replied at 26-6-2024 01:52 AM
yg aku dengar, si pembunuh tu memang ada masalah panas baran dan cemburu terlampau. along plak lemah ...

iols sokong yg ni, over possessive.. cemburu yg melampau sampaikan suka bersangka2 kat pasangan.


We dont know what happen in their marriage, dan pelaku tiada hak untuk bunuh arwah jika dorg ni betul2 bersalah.

Kesian pada parents.. huhu..




Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.111924 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top