CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor FC didenda RM100,000, bayar pampasan kepada JDT

25-6-2024 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10724| Komen: 4



PETALING JAYA – Keputusan Selangor FC untuk ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih membawa padah apabila diberkan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menerusi kenyataan yang telah dikeluarkan pengelola Liga Malaysia itu, Lembaga Pengarah MFL menetapkan denda RM100,000 yang mana wang berkenaan bakal disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

MFL dalam satu kenyataan berkata, tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

“MFL akan mengumpul maklumat serta kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

“Perlawanan Liga Super (LS14) membabitkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut dimainkan tanpa penonton.


“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, pengurusan Gergasi Merah mengumumkan ‘tidak hadir’ untuk aksi Piala Sumbangsih menentang JDT pada 10 Mei atas faktor keselamatan selepas permohonan mereka untuk menunda perlawanan tersebut ditolak MFL.

Keputusan itu dibuat selepas pemain sensasi pasukan, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lepas selain beberapa pegawai pasukan didakwa telah menerima ancaman jenayah.

Susulan itu, MFL mengumumkan pembatalan aksi Piala Sumbangsih sekali gus menyaksikan JDT diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 selain mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izwan_izi 26-6-2024 02:20 AM
Tu diaa..dh la player kene simbah asid...pegawai pasukan pon kene ancaman...

Bukan biasa2 nih...apa status siasatan dari PDRM..?
Quote lostnfaun 26-6-2024 08:40 AM
MFL pun memang takde tolak ansur yer. Kalau postponed pun apa salahnya.
Quote pokokmeranti 26-6-2024 08:48 AM
semangat kesukanan kurang dipeduli....dah terima ancaman masih 'paksa' bersukan. menggunakan alasan jaminan keselamatan oleh pihak berkuasa bukanlah jaminan total kepada pasukan selangor.
Quote sara_thrash 26-6-2024 09:25 AM
kalau baca dekat fb habis kena serang dengan puak J jer.

tak boleh nak bersorak melompat terkinja dekat stadium bila menang sebab tu lah bila dapat kemenangan mudah macam ni tak puasti.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.026387 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top