CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Tolong Ubah Jadi Lain Sikit” – Aunty Ja Kesal Ramai Sesuka Hati Tiru Konsep Perniagaan Suka Dessert

25-6-2024 11:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20072| Komen: 213


Usahawan bakeri terkenal, Aunty Ja daripada Suka Dessert tampil meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah peniaga meniru konsep perniagaannya secara keterlaluan.

Menerusi hantaran Tiktok, Aunty Ja berkata dia dan para pekerjanya memerah idea bagi mendapatkan konsep tersendiri untuk kesemua produk yang dijual di Suka Dessert.


"Kami perah idea umpama macam perah tuala yang kering untuk dapatkan idea, konsep. Benda tu simple tapi sangat susah."

"Apa yang Suka Dessert ketengahkan adalah konsep. Contoh soft cookies dengan susu. Memang banyak jual di luar sana. Tapi tengok sampai bungkusan pun sama sangat, bungkusan pun bukan senang kita nak brainstroming."


Tambahnya lagi, dia tidak kisah jika peniaga di luar sana ingin menjual pencuci mulut yang sama namun berharap agar mereka menukar konsep dan idea dalam menghasilkan sesuatu produk.

"Aunty Ja minta maaf, saya tak kisah pun tapi tolong ubah jadi lain sikit. Kadang-kadang jual benda yang sama macam aunty Ja tapi hashtag Suka Dessert tapi bukan kami punya."

"Susah tau sebenarnya nak buat kelainan walaupun nampak mudah pada orang lain tapi ianya sangat makan effort, pengorbanan yang tinggi."

SUMBER : TikTok / Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yoppoy 26-6-2024 02:20 AM
Aku menyampah acik ni
Makan jenis hilang mata putih belum makanan masuk mulut
Sorang lagi yang over nama ezzah harris ke apa
Tapi akak tu masak simple so skip masa dia nak mencekik tu
Quote makihamis 26-6-2024 08:38 AM
lahh tapi masalah dia pun amik idea dari orang lain. tak salah pun nak tiru bukan dia amik terus sama resipi kek biskut semua. semua akan ada rasa lain lain. terpulang dekat pembeli nak beli kat siapa pun dah kalau nak support kedai dia pun beratur punya hazab. baiklah beli seakan akan sama kat kedai lain. kezzahhh
Quote NazRysha 26-6-2024 08:47 AM
yoppoy replied at 26-6-2024 02:20 AM
Aku menyampah acik ni
Makan jenis hilang mata putih belum makanan masuk mulut
Sorang lagi yang over  ...

aku suka dia ni sbb muka dia comel
yang si ezzah haris tu tak tahu kenapa aku benci dia
dah la suara mcm che ta
Quote Prickford 26-6-2024 08:49 AM
NazRysha replied at 26-6-2024 12:47 AM
aku suka dia ni sbb muka dia comel
yang si ezzah haris tu tak tahu kenapa aku benci dia
dah la sua ...

Ezzah tu orang utara kan. Tu yg ada vibes Che Ta. Pandai masak tapi asik bebel ja, maleh nak tengok.
Quote ina_na 26-6-2024 08:52 AM
Kat tempat iolss x de kedai ni... iolss pun mls nk p merempit kedai2 viral ni...sejak harga donut naik kat Aeon ni iolss melepak kat JCO je..donut seketul rm3.20... nak bt donut2 ni x reti...
Quote NazRysha 26-6-2024 08:55 AM
sekor lagi akak tapau yang ada tahi lalat tepi bibir tu
sikit lagi akan jd mcm baby tora
Quote dua_chzy 26-6-2024 08:57 AM
Kau sendiri pun tak original tiru idea orang. Eh choi!
Quote dua_chzy 26-6-2024 08:59 AM
"Apa beze empat2 bekas ni jah?"

WHAT KIND OF QUESTION IS THAT?! SEBAB TU KA GENERASI SEKARANG BODOH MATHS ASYIK KOMPLEN SILIBUS MATHS KPM DAH ILMU PASAL SAIZ DAN ISIPADU PUN KAU FAILLLSSS???!!!!
Quote CoffeeOverdose 26-6-2024 09:01 AM
klu dia tkda milikan hak cipta, sesiapa saja blh buat dan tiru. sambal KA pun ada org ciplak. jgn kan cookies..
Quote edayildiz 26-6-2024 09:09 AM
yoppoy replied at 26-6-2024 02:20 AM
Aku menyampah acik ni
Makan jenis hilang mata putih belum makanan masuk mulut
Sorang lagi yang over  ...

kak ezzah tu i suka jgk tgk dia masak..cara dia goreng ayam or ikan tu i suka tgk to xpnh la buat lg
Quote edayildiz 26-6-2024 09:12 AM
xtry lg suka dessert ni..kt mana plg dkt ngn umah i..sabtu ahad blh la try..
i diet tp i mkn la jgk kalau teringin tu..
terliur dr ritu tp mkn soft cookies subway je sikit..manis giler..
tgk kt tiktok ada hakak tu jual sebijik suka dessert..sskjp..i pernah beli cookies dia sedap..dia jual cheese jgk...
Quote cycra 26-6-2024 09:15 AM
suka dessert terlalu jauh untuk ku sampai,...nak kena beratur panjang lagi kannn  jadi aku support je mana2 seller yg boleh provide same dessert.,.cam yg terdekat dengan aku sukahati dessert la..nk cookies bucket tu iols prefer famous amos je,
Quote yoppoy 26-6-2024 09:24 AM
makihamis replied at 26-6-2024 08:38 AM
lahh tapi masalah dia pun amik idea dari orang lain. tak salah pun nak tiru bukan dia amik terus sam ...

Betul
First time aku perasan soft cookie trend kat mesia ni ada 4 tahun lepas kot
Memang la da je belum tu pun tapi makin menjadi lately la
Masa tu order dari cookie crumbs
Ada 12 bijik kot
Sumbat peti pehtu perangat bila2 teringin
Tahan la dekat sebulan
Tak order dah sejak tu
Cepat padam kang dok sumbat gula sajork
Kalau teringin nak godek balik la menu kedai dia
Sedap ada matcha, rocky road, pecan, red velvet, jenis2 tu
Kat aeon pun ada brand apa ntah soft cookies dia
Quote BoongaKertas 26-6-2024 09:24 AM
kemain pnjg kedai dia org beratur. tp entah, maybe kena percaya rezeki kot. tho legit jer kalau dia tegur cenggitu.  
Quote yoppoy 26-6-2024 09:30 AM
NazRysha replied at 26-6-2024 08:47 AM
aku suka dia ni sbb muka dia comel
yang si ezzah haris tu tak tahu kenapa aku benci dia
dah la sua ...

Ku baru ingat napa ku cancel acik ni
Ada page kl foodie kot gi booth dia
Orang tu gigih la order apa dia nak cekik
Si auntie ni gigih auntie kasi ni la ye pastu pakai ikut dia cedok tak ikut apa orang tu order
Agaknya off camera muka orang tu ketat
Auntie ni dok tanya kenapa muka sedih
Eh kalau aku orang tu aku jawab je sebab acik dok buat palatao cedok yang bukan orang order dah pekedehal
Quote toynme 26-6-2024 09:33 AM
tgk coklat keluar dari paip pun aku dah meremang....cane uols makan tu
Quote dealova04 26-6-2024 09:33 AM
biasa je suka dessert ni.. harga leh tahan tp rasa so so je
Quote yoppoy 26-6-2024 09:36 AM
edayildiz replied at 26-6-2024 09:09 AM
kak ezzah tu i suka jgk tgk dia masak..cara dia goreng ayam or ikan tu i suka tgk to xpnh la buat  ...

Haaa kan kita gang tak pro memasak ni enjois je content yg simple2
Ni teringat sorang lagi akak yg besar sikit badan, bertudung
Selalu dia buat content nasi ngan lauk pauk
Eh allergic la tengok pesen yang tiap kali suapan nak mengerang
Ko irl kelaku gitu juga kah
Tak pasal amek masa berejam nak habiskan sepinggan nasi pun dah tiap suapan diselang sulam uhrg argh apoo
Quote Orix 26-6-2024 09:37 AM
Dahtu pegi la daftar copyright kalo boleh… duhhhh… x mampu hadap persaingan x ya niaga

Lihat semua komen(213)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.129695 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top