CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kedai kopi di tengah sawah padi

25-6-2024 11:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12254| Komen: 28



HANOI – Sebuah kedai kopi yang terletak di tengah sawah padi di pinggir bandar raya Hanoi, menjadi destinasi hujung minggu popular dengan menarik ratusan pengunjung apabila musim menuai tiba, lapor laman berita VnExpress hari ini.

Pemilik kedai itu dikenali sebagai Tram Anh.

Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk membuka kafe tersebut ketika berbasikal ke Gunung Tram di daerah Chuong My.

Anh terpesona dengan pemandangan matahari terbenam yang memancarkan cahaya di atas sawah yang berwarna keemasan. Dia kemudian memutuskan untuk membuka kafe tersebut.

“Kehidupan di ibu kota amat sibuk. Jadi, saya ingin mewujudkan ruang di mana orang ramai boleh berehat dan menghirup udara segar di luar bandar,” jelasnya.

Sejak awal bulan ini, lokasi itu telah menarik kira-kira 100 pelanggan setiap hari, manakala seramai 400 hingga 500 pelanggan berkunjung pada hujung minggu untuk menikmati kopi dan mengagumi pemandangan sawah padi yang hendak dituai. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 26-6-2024 08:48 AM
Harap kawasan padi Sekinchan dan kedah buat mcm ni juga. Best nya lah healing2 mcm ni esp time pagi dan petang. Tengahari panas la pulak kan
Quote BoongaKertas 26-6-2024 09:25 AM
iols mati2 ingat kat msia yach. sbb mmg ingtkan area kselangor or sg besar sana.
Quote uda 27-6-2024 03:54 PM
SalenaGomez replied at 26-6-2024 08:48 AM
Harap kawasan padi Sekinchan dan kedah buat mcm ni juga. Best nya lah healing2 mcm ni esp time pagi  ...

Kat sekinchan ada kedai kopi mcm ni. Nama dia kedai kopi sawah kalau tak silap. Ada a few cafe ditengah2 sawah. Ada colek viral,
Quote uda 27-6-2024 03:55 PM
BoongaKertas replied at 26-6-2024 09:25 AM
iols mati2 ingat kat msia yach. sbb mmg ingtkan area kselangor or sg besar sana.

Area sekincah dan sg besar ada warung macma ni.
Quote BoongaKertas 28-6-2024 07:39 AM
uda replied at 27-6-2024 07:55 AM
Area sekincah dan sg besar ada warung macma ni.

serius lah chuols? kat mana, apa nama kedai?
Quote uda 28-6-2024 04:15 PM
BoongaKertas replied at 28-6-2024 07:39 AM
serius lah chuols? kat mana, apa nama kedai?

Sekinchan:
1. Kedai santai sawah, pt 7, sg leman
2. Kopi, the Bendang
3, Colek viral

Nanti tenguk fb 'warga sekinchan'. Banyak warung2 tepi sawah. I baru je pindah balik ke KL after 5 tahun ulang alik ke sana
Quote BoongaKertas 1-7-2024 07:57 AM
uda replied at 28-6-2024 08:15 AM
Sekinchan:
1. Kedai santai sawah, pt 7, sg leman
2. Kopi, the Bendang

kool! thanks chuols. nanti iols usha.
Quote PejuangBerani 1-7-2024 08:38 AM
Bestnya..hopefully malaysian inspired lah
Quote PejuangBerani 1-7-2024 08:40 AM
uda replied at 27-6-2024 03:54 PM
Kat sekinchan ada kedai kopi mcm ni. Nama dia kedai kopi sawah kalau tak silap. Ada a few cafe dit ...

Owh siyes ade..boleh survey2 port nak healing
Quote uda 1-7-2024 06:40 PM
PejuangBerani replied at 1-7-2024 08:40 AM
Owh siyes ade..boleh survey2 port nak healing

Sekarang ni sekinchan dah banyak port untuk healing. Tak seperti I mula2 datang dulu (2019). Dah ramai tourist pergi sekinchan.
Quote QueenGambit 2-7-2024 09:33 PM
Wow
Thanks
Kot boleh la singgah2.
Quote BungaSuri 3-7-2024 12:47 PM
cantikk
Quote Ytee 5-7-2024 05:33 PM
wahh menariknya
Quote notfound 6-7-2024 11:09 AM
I thought kat Sekinchan tadi.
Quote Ytee 16-7-2024 04:14 PM
menarik betul
Quote yangsemb 23-7-2024 02:59 PM
Nice!!
Quote Neno90 24-7-2024 01:52 PM
Bestnye
Quote diaitu 24-7-2024 10:46 PM
Nk try la pi cari kt sekinchan nt
Quote AkuXpernahJauh 25-7-2024 08:15 PM
Cantik

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.130074 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top