CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 jam alami ‘turbulence’ teruk dalam kereta api laju - "Kami melantun!"

25-6-2024 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9446| Komen: 5

Description: MADRID – Penumpang sebuah kereta api di Sepanyol mengharungi perjalanan sukar selama tiga jam apabila tren yang dinaiki bergegar seperti pesawat mengalami pergolakan udara (turbulence) yang teruk, la ...

MADRID – Penumpang sebuah kereta api di Sepanyol mengharungi perjalanan sukar selama tiga jam apabila tren yang dinaiki bergegar seperti pesawat mengalami pergolakan udara (turbulence) yang teruk, lapor akhbar Metro UK.

Seorang penumpang merakam kejadian itu ketika menaiki laluan rel berkelajuan tinggi yang menghubungkan bandar raya Madrid dengan Gijon di barat laut Sepanyol baru-baru ini.

Laluan kereta api tersebut dilaporkan baru selesai dinaik taraf dengan menelan kos sebanyak €4.1 bilion (RM20.7 bilion).

“Kami melantun! Saya berharap Menteri Pengangkutan atau sesiapa sahaja dapat memberikan penjelasan kepada penumpang (kereta api) AVE 05721,” tulis seorang penumpang, Alex Sanchez di platform X.

Laluan berkelajuan tinggi itu termasuk terowong kereta api ketujuh terpanjang di Eropah, dibuka pada November tahun lalu selepas 20 tahun dalam pembinaan.


Sementara itu, syarikat milik kerajaan Sepanyol yang mengendalikan kereta api tersebut, Renfe berkata: “Kami menggantung perkhidmatan kereta tersebut bagi menganalisis punca anomali ini dan melaporkan kejadian itu kepada pengeluar. Kami memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-6-2024 11:04 PM
Ini land turbulence ke? Mcm angin lintang ke?

Quote Imkhai 26-6-2024 01:02 AM
Turbulence ni jgn bt main blh bt putus nyawa lg2 klau jd kt atas sana tu rs2 je enjin kpl terbang tu berhenti atas tu huhu
Quote jejaka_hensem 26-6-2024 01:23 AM
Sepanjang ulang-alik naik ets,tak pernah lagi rasa gegar2 walaupun meluncur laju ketika hujan lebat.
Cuma pernah sekali kena train tetiba berhenti kat tengah2 landasan.mujur sekejap je
Quote Neno90 26-6-2024 01:28 AM
Dlm keretapi pun boleh kena juga ke
Quote BoongaKertas 26-6-2024 09:26 AM
ngeri sgguh event mcm ni. nauzubillah. kat indo ada tren laju gak kan?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.041957 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top