CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elak kereta tak bagi signal, Zynakal tergolek atas jalan

25-6-2024 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8154| Komen: 7


Penyanyi Zynakal terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal yang mengakibatkan lututnya cedera, semalam

Insiden tersebut dikongsikan pelakon Raja Atiq yang mendakwa berpunca daripada kelalaian seorang pemandu kereta.

“Punca elak kereta sebab tak bagi signal. Tolonglah rakyat Malaysia, bagilah signal. Tak susah pun dan kami tak laju pun.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, Kami ‘ride’ okey sahaja tadi.

“Masa nak balik hampir sampai rumah, baru jadi. Tidak mengapalah, yang penting okey,” tulisnya dalam Instagram Story.

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 25, turut berkongsi foto kecederaannya, selain gambar terbaring di bahu jalan.

Begitupun, menerusi perkongsian terbaru, penyanyi lagu Tak Sangka itu sudah mendapatkan rawatan dan hanya berehat di rumah.

“Saya okey, terima kasih kerana bertanya khabar,” ujarnya sambil menunjukkan lutut yang bertampal pembalut luka.

Ini adalah kemalangan keduanya tahun ini apabila pada Januari lalu Zynakal berdepan detik cemas ketika menyertai konvoi motosikal di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Dia yang menunggang motosikal berkuasa tinggi hilang kawalan ketika melalui selekoh sehingga terjatuh.

Namun, Zynakal memaklumkan hanya mengalami cedera ringan iaitu luka pada bahagian tapak tangan serta lutut kanan akibat tersagat jalan bertar.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-6-2024 10:43 AM
dah lama dalam industry pun tetap la senduuuuuuu
Quote pakwetizzaqyah 26-6-2024 07:32 PM
tergolek dog
Quote anilanil 26-6-2024 08:07 PM
Mohon dak zynakal spilled skincare routine. Takde la flawless but better than before.
Quote bottombikini 26-6-2024 09:18 PM
jatim nya lah wajah..
Quote doubleA 27-6-2024 12:13 AM
Semoga cepat sembuh. Kesian heols sebatang kara dah lepas mak angkat (kakak zamani) meninggal.
Quote asma87 27-6-2024 12:16 AM
doubleA replied at 27-6-2024 12:13 AM
Semoga cepat sembuh. Kesian heols sebatang kara dah lepas mak angkat (kakak zamani) meninggal.

Dia xrapat ke dgn zamani?
Quote doubleA 27-6-2024 12:44 AM
asma87 replied at 27-6-2024 12:16 AM
Dia xrapat ke dgn zamani?


Ok je cuma nak berdiri atas kaki sendiri kot. Nampak kt ig duduk pun condo sendiri. Dah besar, masa sekolah dulu duduk sekali gak kot sebab zamani pun duduk serumah dgn arwah kakaknya dulu yg jaga raziq ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.042223 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top