CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia pukul 1 pagi tadi. Al-Fatihah

25-6-2024 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9146| Komen: 31



GENAP dua bulan disahkan menghidap kanser paru-paru, pelakon veteran, Kamal Bakar menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka pada pukul 1 pagi tadi.

Berita duka itu disampaikan anak sulungnya yang juga seorang pelakon, Muhammad Hanis Kamaruldzaman, 35.

Hanis berkata, jenazah bapanya akan diuruskan di Hospital Melaka dahulu sebelum dibawa ke Masjid Bukit Baru, Melaka.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah arwah untuk dibawa pulang ke rumah.

“Selepas itu, dari rumah kami akan bawa ke Masjid Bukit Baru untuk menyempurnakan urusan mandi jenazah.

Sejurus selesai solat jenazah, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka,” katanya.

Pada Sabtu lalu Kamal dimaklumkan dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU, Hospital Melaka akibat kanser yang sudah memasuki tahap empat.

Doktor dilaporkan meminta waris bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas adanya jangkitan kuman.

Terdahulu, pada 3 Jun lalu, Kamal dihantar bagi mendapatkan rawatan di Hospital Melaka berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Selepas ke ICU Hospital Melaka dan mendapatkan rawatan, Kamal disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat dan ditidurkan pada 17 Jun berikutan komplikasi serta kurang oksigen.

Kamal memulakan kerjaya lakonan sejak pada era 1970-an dengan membintangi banyak drama dan filem termasuk Orang Minyak, Andai Itu Takdirnya, Suami Aku Ustaz, Pendekar dan Ratu Ten Pin.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sarina Shariff, 56, dan lima cahaya mata.

Sumber – HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote divalaura 25-6-2024 10:02 AM
Al fatihah..
takziah untuk seisi keluarga
Quote aemon 25-6-2024 10:14 AM
oh muka pakcik ni.kenal tp tak tahu nama.anak dia tu pernah la tau namanya hanis.
Quote noor2 25-6-2024 10:48 AM
Innalillah..brp umurnya
Quote jihyomelly 25-6-2024 10:54 AM
innalillah..salam takziah..
Quote Mamason 25-6-2024 11:00 AM
Al fatihah..
takziah untuk seisi keluarga dan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang soleh. Aminnn
Quote @inardni 25-6-2024 11:06 AM
innalillah..
Salam takziah..
Quote DeLuna85 25-6-2024 11:07 AM
Al Fatihah. Salam takziah buat keluarga
Quote damian_lee 25-6-2024 11:28 AM
Innalillah
pelakon zaman pendekar2 dulu
Quote Moyangkucing 25-6-2024 11:34 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiuun
Allahummaghfirlahu warhamhu..
Quote nora_balqis 25-6-2024 11:39 AM
al fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama para solihin
Quote mamapea 25-6-2024 11:42 AM
Salam takziah buat ahli keluarga...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...Aamiinn..
Quote nura19 25-6-2024 11:43 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote dewi_rina 25-6-2024 11:49 AM
Innalillah, Salam Takziah buat keluarga arwah
Quote kuzaime 25-6-2024 11:52 AM
Innalillahiwainnalillahiroji'un, tengok gambar baru cam orangnya, salam takziah buat keluarga.
Quote cmf_shya 25-6-2024 11:53 AM
salam takziah..al fatihah..semoga arwah ditempatkan bersama para salihin
Quote Bungatulip1171 25-6-2024 11:55 AM
Innalillah..salam takziah utk ahli keluarga
Quote readbaca 25-6-2024 12:51 PM
Innalillahiwainnalillahiroji'un
Quote liyamariska 25-6-2024 01:04 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Quote awenda507 25-6-2024 01:46 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Allahumma firghlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Salam takziah utk keluarga arwah

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.134414 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top