CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuntutan Sulu, isu 'Dark Side' dan projek LCS tumpuan hari pertama sidang Dewan Rakyat

24-6-2024 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9101| Komen: 4

Description: KUALA LUMPUR: Perkembangan kes tuntutan kumpulan Sulu, budaya dark side atau pelacuran dalam talian dan status terkini pembinaan kapal tempur Littoral Combatant Ship (LCS) kedua adalah antara tumpuan ...


KUALA LUMPUR: Perkembangan kes tuntutan kumpulan Sulu, budaya dark side atau pelacuran dalam talian dan status terkini pembinaan kapal tempur Littoral Combatant Ship (LCS) kedua adalah antara tumpuan hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan-soalan berkenaan akan diajukan pada sesi Soal Jawab Lisan persidangan Dewan Rakyat.

William Leong Jee Keen (PH-Selayang) meminta Perdana Menteri menyatakan status kemajuan terkini berkenaan dengan kes tuntutan kumpulan Sulu dan garis masa yang boleh diberikan sebelum kes itu boleh dirumuskan.

Sementara itu, soalan berkaitan peratus terkini pembinaan kapal LCS kedua serta jumlah bayaran telah diselesaikan Kementerian Pertahanan kepada Lumut Naval Shipyard (LUNAS) untuk kapal itu akan diajukan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) kepada Menteri Pertahanan.


Pada sesi sama, Datuk Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) bertanyakan soalan kepada Menteri Komunikasi mengenai perancangan kerajaan untuk membanteras budaya dark side di media sosial dan tindakan terhadap pengendali akaun yang menawarkan aktiviti pelacuran dalam talian seperti platform X dan Telegram.


Datuk Seri Richard Riot anak Jaem (GPS-Serian) pula meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan kementerian dalam mengawal masalah kenaikan harga keperluan asas.

Juga dalam sesi sama, persoalan mengenai hasrat kerajaan untuk menyemak semula dasar two-state solutions atau penyelesaian dua negara bagi mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin di Gaza diajukan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) kepada Menteri Luar.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai ) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik bilangan taman asuhan kanak-kanak (taska) yang dikesan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tindakan penguatkuasaan terhadap taska berkenaan.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024 oleh Kementerian Pengangkutan.

Selain itu, turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk merujuk Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan susulan kenyataan Ahli Parlimen itu yang mendakwa ada individu kononnya bertindak bagi Kerajaan boleh memanipulasi membatal atau menggugur pertuduhan kes mahkamah terhadap wakil rakyat itu.

Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari sehingga 18 Julai ini.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-6-2024 10:24 AM
Usik-usik DS, sekali ada ahli politik, vip, vvip, atau ahli sidang sekali yang jadi customer...ahahahhahaahhhahaha menggelupoh nanti..
Quote airmineral 24-6-2024 02:43 PM
Dark side tu pasal ape
Quote dua_chzy 24-6-2024 02:45 PM
Kita dah cuba dulu, sekat laman poron.

Ujung2 hado VPN. Emh.
Quote tompie 24-6-2024 03:24 PM
dua_chzy replied at 24-6-2024 02:45 PM
Kita dah cuba dulu, sekat laman poron.

Ujung2 hado VPN. Emh.

At least ada la effort..
DS ni susah nak bendung kot.. bila tangkap Daddy, suram sikit DS.
Lepas kes dah suam2 naik balik aktiviti2 persundalan kat sana..
Dulu rate mcm mahal2, sekarang ni mcm kes last week yang dia kantoikan tunang dia tu, 200 dah dapat 2 jam ke berapa.. sama aje mcm rate cikcur tepi jalan..

alang2 ckp pasal tepi jalan, sebelum nak perangi DS, perangi dulu lah those yang meniaga tepi jalan, esp Negro yang tengah hot kat area bukit bintang.. benda obvious kot..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.202721 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top