CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sentap! Permintaan Terakhir Dari Seorang Banduan Kepada Ibunya

18-12-2015 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11130| Komen: 29


Oleh : Dean BZ


Tujuan artikel ini bukanlah hendak menunding jari semata-semata kepada kaum ibu. Tetapi jika mungkin ada kebetulan dengan cerita dibawah, harap anda dapat merenung dan perbetulkan kembali apa yang patut. 


Mari kita baca cerita pendek yang dipetik dari Warga Prihatin :

Foto : Warga prihatin


Seorang ‘banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara yang bertugas untuk menyerahkan surat yang ditulisnya kepada ibu kandungnya.


Surat itu berbunyi…

Ibu, sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakan wang tersebut.

INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.

IBU…

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak. 

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan). 

TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….

Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.

Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.

Dari anakmu, 
(Seorang Banduan Hukuman Mati)


Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua terutamanya kaum ibu. Janganlah terlalu memanjakan anak, didiklah sejak dari kecil tentang perkara baik dan tidak baik. Apapun, tanggungjawab mendidik anak-anak terletak pada kedua ibubapa. - CARI Infonet.

11

Bagus
27

Marah
9

Terkejut
21

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 18-12-2015 12:16 PM
knp nak salahkan ibu pulak, bila ko dah akil baligh dah boleh pikir baik buruk, ko tentukan la jalan yg ko nak pilih....
tuhan bg otak ko buat apa dgn otak tu? lain la ko ada masaalah mental
Quote prettyuglybabe 18-12-2015 12:29 PM
tiap didikan bermula dari rumah
Quote Artemesiaa 18-12-2015 01:45 PM
Betul tu didikan yang baik bermula dari ibu bapanya sendiri
Quote comel91 18-12-2015 02:00 PM
dah ayah ko mane?? wah senang2 ko salahkan ibu kau.. bapak kau klo tegas skit xde la ibu kau bangang mcm ni.. jangan salahkan ibu je.. asas keluargaa adalah ayah...

" A home without dad is not a home its a house".... pikir2kan lah..
Quote itew 18-12-2015 02:22 PM
ramai ibu memberi komen sentap
Quote itew 18-12-2015 02:29 PM
ramai ibu memberi komen sentap
Quote go_shop 18-12-2015 02:35 PM
kesiannye..
Quote kluangman 18-12-2015 02:41 PM
comel91: dah ayah ko mane?? wah senang2 ko salahkan ibu kau.. bapak kau klo tegas skit xde la ibu kau bangang mcm ni.. jangan salahkan ibu je.. asas keluargaa  ...


Kan dia dah cakap kat situ, Emak terlalu bela anak sampaikan tak bagi bapak marah anaknya yang mencuri.
Lama-lama bapak tension terus lari.
Quote tipuware 18-12-2015 02:44 PM
kluangman replied at 18-12-2015 02:41 PM
Kan dia dah cakap kat situ, Emak terlalu bela anak sampaikan tak bagi bapak marah anaknya yang m ...

Tipikal bapak xnak hadapi masalah,  lari cari betina lain utk bt anak
Quote kluangman 18-12-2015 02:50 PM
tipuware replied at 18-12-2015 02:44 PM
Tipikal bapak xnak hadapi masalah,  lari cari betina lain utk bt anak

Artikel ni untuk pengajaran.Entah betul atau tidak kita pun tak tahu sebab takde riwayat.
Tak perlu sentap.


Quote manehnya 18-12-2015 03:41 PM
arg satu kerugian... dia hensom


tap ini...

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah.


mmg sedih...
Quote CrowneGlory 18-12-2015 04:23 PM
Mcm mana acuan gitula biskutnya....semlm baru aku baca version english...tp pd aku tanggungjwp suami dan ayah lbh membentuk keluarga yg mcm mana..
Quote plasterhati 18-12-2015 05:52 PM
Selalu aje jumpa kisah mak bela ank buat salah, sorok drp bapak, bapak plk jenis xboleh dgr anak buat salah, nak anak jadi baik sepanjang masa. X sedar anak macam hantu
Quote mokcikKSKB 19-12-2015 11:05 PM
Hmm..ada betulnya artikel ni.ibu lah yg paling dekat di hati anak.kebanyakkan mak mak skarang mmg membabi buta manjakn anak.buat silap sikit x tegur..buat silap besar pon bg peluang lagi.end up anak jd loser.contohnya adik ipar aku...mil xpernah nk marah2 dia.pil pun sama..bagi peluang.amik masa lama br carik pusat pemulihan.salahkan biras sbb x jaga somi ngn betul..mmg bangang sgt perangai camtu.skang depa hadap lah anak tu sampai nk masuk 30 anak 2 still menyusahkan mak bapak.mak pakai semua mak pak tanggung.
Quote komorebi 20-12-2015 08:05 AM
renung-renungkan..
Quote chinta89 20-12-2015 10:09 AM
kenapa salahkan ibu je?

walhal ayah pun sama2 perlu mendidik.

kalau sb ibu bekap menyebabkan ayahnya tak tahan sb ibu asyik bekap anak; KO SEBAGAI BAPAK, SBG SUAMI KAT IBU KEPADA ANAK,KO TADAK TELOR KE WEIIIIII??
Quote adelea 20-12-2015 11:11 AM
chinta89 replied at 20-12-2015 02:09 AM
kenapa salahkan ibu je?

walhal ayah pun sama2 perlu mendidik.

Bukan ker dia mention yg ayah dan ibunya bercerai sbbnak.lindungu kesalahan anak nya ...

Disebabkan kedegilan ibunya .. anaknya
wpun kata dah besar boleh pkir .. tapi melakukan dosa atau perkara negatif tu macam dadah..
kita akan ketagih nak buat lagi ...

Sbb tu klu org berzina dia akan terus terusan berzina.
sma juga org yg mencuri...
Quote AGSA 22-12-2015 10:42 AM
krustykrab replied at 18-12-2015 12:16 PM
knp nak salahkan ibu pulak, bila ko dah akil baligh dah boleh pikir baik buruk, ko tentukan la jalan ...

mybe die xsalahkn ibu die 100%...cume die kesal sbb ibu dia xmencegah dari awal lagi kelakuan baik dan bruk dia tu...
kan bak kata org pencegahan awal lebih baik dari merawat...
Quote AGSA 22-12-2015 10:43 AM
adelea replied at 20-12-2015 11:11 AM
Bukan ker dia mention yg ayah dan ibunya bercerai sbbnak.lindungu kesalahan anak nya ...

Diseb ...

btol tu...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064475 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top