CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘3 Minggu Sebelum Suhaimi Pergi, Dia Ada Mimpi Arwah Siti Sarah & Sharifah Aini Panggil Ajak Pergi Taman Yang Cantik’ – Ina Naim

24-6-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14927| Komen: 100



Penyanyi Ina Naim memberitahu arwah suaminya, Suhaimi Saad ada bermimpi bertemu dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah dan Sharifah Aini tiga minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kongsi Ina, dalam mimpi tersebut, dua penyanyi wanita itu mengajak suaminya datang ke sebuah taman yang sangat cantik.



"Tiga minggu sebelum arwah nak pergi (meninggal dunia) Suhaimi ada mimpi arwah Siti Sarah dengan Sharifah Aini."

"Dalam mimpi itu, Siti Sarah dan Sharifah Aini panggil Suhaimi datang dekat mereka. Mereka panggil Suhami datang dekat satu taman yang sangat cantik."


Ina berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Selain itu, Ina berkata arwah suaminya juga ada bermimpi menunggang kuda berwarna putih dan dibawa terbang tinggi.

"Kemudian dua minggu sebelum nak meninggal dunia, dia mimpi pakai jubah putih, kopiah putih sambil naik kuda putih."

"Selepas itu, kuda itu bawa dia terbang tinggi. Itu kata dia pada saya."

"Saya masa dengar cerita dia, saya macam nak dengar tak dengar sangat. Itulah mimpi terakhir yang dia cerita dengan saya."


Terdahulu, kesihatan Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad dilaporkan merudum sejak awal Oktober tahun lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).

Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.40 petang pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 24-6-2024 08:31 AM
Kelesss mimpinya. Org lain mimpi jumpa ahli keluarga lain yg dah arwah. Dia mimpi jumpa diva diva. Al fatihah.
Quote noor2 24-6-2024 08:36 AM
Mastika sungguh.....
Quote LipasComel 24-6-2024 08:36 AM
lain macem mimpi jumpa arwah retis
Quote mamapea 24-6-2024 08:40 AM
annadonna replied at 24-6-2024 08:31 AM
Kelesss mimpinya. Org lain mimpi jumpa ahli keluarga lain yg dah arwah. Dia mimpi jumpa diva diva. A ...

maaf...aku tergelak komen ko jumpa diva diva...
Quote slyfynx 24-6-2024 08:42 AM
Start dah kisah2 mastika.
Leh plak retis2 yang jumpa dalam mimpi eh
Quote jiwakacau06 24-6-2024 08:50 AM
org lain sakit...ingat ke tuhan...
Quote Thunderclouds 24-6-2024 09:11 AM
Hahahahahahahahahaahahahahahaha
Quote sofi_sofia 24-6-2024 09:48 AM
apa pun yg keluar drp mulut pompuan nih .. sikit pun meols tak percaya ... sbb otak dah di brainwash sekian lama ...
Quote Lampuled 24-6-2024 09:50 AM
Dah mula dh...
Quote ihtisyam1 24-6-2024 09:52 AM
over nau
Quote airmineral 24-6-2024 10:08 AM
anak2 dia skg sapa plk yg ajar di rumah?
Quote weezerfan 24-6-2024 10:10 AM
Mula dah dia ni feeling sgt laki dia masuk syurga.lainlah kau mati syahid boleh la nak kata masuk syurga.dasar budak kelas blakang.
Quote CoffeeOverdose 24-6-2024 10:13 AM
mula dh kisah hasanah sohai keparat dia.igtkqn laki dia dh mampos berhubung la sel otak. rupanya lagi sesat ke neraka jahanam spt sohai yg tgh terbakar tu. ko tepek resit mimpi laki ko tu. laki ko tu sblm meninggal kemain belagu2 kat tiktok dan block org. hahahanat ni silala mampos sekali ikut laki ko dgn benih2 laki ko yg perabih oksigen bumi ni. korg kan flat earth.
Quote CoffeeOverdose 24-6-2024 10:14 AM
try hard sgt nk tunjuk yg sohai tu jadi wali. kenapa la msh ada yg support org gila mcm ni. asal bertudung, asap yislamik ke kekdahnya?
Quote Kurex 24-6-2024 10:18 AM
ingatkan mimpi pelangan2 datang berurut... btw iols minat betul dengan sharifah aini
Quote ketambangkang 24-6-2024 10:25 AM
Edited by ketambangkang at 24-6-2024 10:26 AM

patutnya dia mimpi jumpa arwah nik aziz
Quote Lorra2411 24-6-2024 10:27 AM
Kurex replied at 24-6-2024 10:18 AM
ingatkan mimpi pelangan2 datang berurut... btw iols minat betul dengan sharifah aini

trgelak meolss baca komen nie...
Quote Burong_Hantuk 24-6-2024 10:44 AM
cukup2 la Ina...nnti mengundang mcm2 isu plak
Quote Mamason 24-6-2024 11:23 AM
Cukup2 lah tu Ina...

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.040185 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top