Tanggal 23 Jun 2024, genap setahun mendirikan rumah tangga dengan pelawak Shuib, Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur atas kehadiran suami dan anak-anak dalam hidupnya. Menerusi hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah akui suaminya itu sentiasa ada disampingnya dikala susah dan senang. Malah sanggup menerima segala kelemahan dan kekurangan dirinya. "Suatu masa yang lalu..Disaat semua mata memandang i tak akan mampu buat sesuatu yang baik, jadi yang terbaik tapi Daddy selalu yakin dengan i. Daddy selalu pertahankan i walaupun saat tu Daddy cuma kenal i 4 bulan."
Tidak dapat menggambarkan betapa bertuahnya memiliki Shuib sebagai suami, Watie bersyukur kerana suaminya itu bertanggungjawab membimbing dirinya termasuk dari segi pemakaian. "Terima kasih sebab selalu namapk kebaikan dalam diri i yang serba kekurangan. Terima kasih sudi jadi suami i, bimbing i dari i seksi sampai dah bertudung. Terima kasih selalu puji i cantik walau kadang i selalu comot." "Terima kasih selalu puji i isteri yang baik walau kadang Daddy tak pernah berpeluang dapat merajuk. Terima kasih selalu puji i masak sedap walau kadang i suruh Daddy makan telur dengan sambal hitam je." "Terima kasih untuk segala kata-kata pujian Daddy yang selalu buat I senyum ketawa dan happy. Terima kasih sebab dah buktikan pada I kawin tu memang lagi seronok dari bercinta! Tiada kata yang lebih indah selain kata pujian dari suami tercinta." Dalam pada itu, Watie menitipkan doa dan berharap agar Shuib terus menjadi seorang bapa dan suami yang baik. "Dan akhir sekali, ingat tau, I selalu rasa bersyukur sangat-sangat Allah izinkan I celik mata bangun tido I dah ada suami di sebelah." "Kalau satu hari nanti I dah tak ada. Daddy baca caption IG i selalu ok. Semoga Daddy terus kekal jadi ayah dan suami yang baik macam ni sampai hujung nyawa."
|
lea_kdo replied at 24-6-2024 11:58 AM
alhamdulillah bahagia
dulu kesian watie byk org kecam
Aribaariba replied at 24-6-2024 12:34 AM
Klu suami tanggung semua kehidupan mewah kita, mmg kawen lg best dr bercinta, wpun suami rupa cam hm ...
Lulu_717 replied at 24-6-2024 03:39 PM
tp sheolls layan anak tiri baik..yg lain no komen.
dua_chzy replied at 24-6-2024 01:38 PM
Nowa Denish pun dulu2 bahagia camni.
ADVERTISEMENT