Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila dia kembali berlakon selepas setahun tidak mendapat tawaran. Ketika ditemui OhBulan!, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, menganggap sepanjang setahun tidak berlakon adalah satu tempoh yang agak mencabar baginya. Malah disebabkan itu juga, dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai penghantar barang dengan sebuah syarikat kurier untuk memperolah pendapatan demi kelangsungan hidup. "Saya anggap kerjaya sebagai penghantar barang seperti proses ‘healing’ untuk saya selepas lapan tahun tak berehat sejak jadi pelakon." "Ia macam satu terapi kerana dapat berjumpa dengan ramai orang. Bila mereka nak bergambar, saya rasa seperti membantu meredakan masalah bipolar yang dihidapi sejak 2021." Meskipun sebelum ini pihak televisyen tidak meluluskan namanya untuk berlakon, namun Hafidz tidak pernah mempersoalkan sebaliknya reda dengan rezeki Allah SWT.
"Saya hanya pasrah. Saya tak pernah pun bertanya pada produksi sebaliknya anggap tak ada rezeki. Memang ketika itu kehidupan saya agak mencabar." Apabila ditanya mengenai perkembangan terbaharunya, Hafidz berkata dia kini sedang menjalani penggambaran bersama Global Station bagi drama Bawah Payung Awan untuk siaran Viu. "Alhamdulillah Allah seolah-olah memberikan peluang kedua apabila baru-baru ini saya kembali menerima tawaran lakonan." "Saya berharap ini akan menjadi titik tolak untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan." Sementara itu, Hafidz akui dia masih meminati bidang lakonan dan berharap agar selepas ini dia mendapat lebih banyak tawaran berlakon. Sumber : OhBulan |
divalaura replied at 24-6-2024 08:30 AM
Alhamdulillah
harap tawaran berlakon makin banyak lepas ni
Glass_shoes replied at 24-6-2024 09:42 AM
jandanya dah meroyan..masuk rumah sebelah
divalaura replied at 24-6-2024 10:02 AM
ni kan?
emang dasar lah janda buruk tu
Glass_shoes replied at 24-6-2024 10:10 AM
Ya2..x henti henti dia meroyan sbb apis dpt job
divalaura replied at 24-6-2024 10:02 AM
ni kan?
emang dasar lah janda buruk tu
babycc replied at 24-6-2024 10:40 AM
Manusia jahat.. tiba2 nak up benda ni.. mcm mana dia nak dpt duit kalau ko tutup punca rezeki doa ...
Sendawg replied at 24-6-2024 10:33 AM
Aku rasa Hafiz ni masa dgn Shungai berniat baik, mungkin dia kesian tgk Shungai tak hot so dia kahwi ...
HelgaPataki: Amboi sekolah anak level kindy ...
ADVERTISEMENT