CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Sungai Bakap: Komen jelik dalam ‘live’ akan kena tindakan - Fahmi Fadzil

23-6-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6935| Komen: 19

Description: SEBERANG PERAI – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia mengambil tindakan terhadap pihak yang memuatnaik komen jelik membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum menerusi platf ...


SEBERANG PERAI – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia mengambil tindakan terhadap pihak yang memuatnaik komen jelik membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum menerusi platform sosial secara langsung (live).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, peringatan sama diberikan terhadap pengguna media sosial meliputi calon dan penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menurutnya, penyokong kedua-dua calon terbabit diminta agar sentiasa beradab dan berkelakuan baik terutama dalam media sosial.

“Kerisauan kita adalah orang yang menggunakan akaun palsu untuk cuba mengeruhkan keadaan dan mengeluarkan kenyataan yang tidak baik.

“Ramai beranggapan kalau tinggalkan komen jelik dalam FB ‘live’ dan Tik Tok ‘live’ ini tidak akan ada kesan kepada mereka, tapi sebenarnya tidak ya, dan kita nak maklumkan pemantauan ini sentiasa berjalan.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang menggunakan platform media sosial termasuk sesi ‘live’ dengan menyentuh isu 3R dan melanggar undang-undang, maka MCMC akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Sungai Jawi, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 22-6-2024 10:52 PM
Baik tuan fahmi
Quote piyek92 22-6-2024 11:09 PM
Hahaha kena puji je lah adoi lucu tak suka pun puji
Quote Skuau 23-6-2024 01:05 AM
wahai bakal YB...engkaulah ratu hatiku..bila ku berduka..kau hiburkan selalu....
Quote margo20 23-6-2024 01:10 AM
Jelik yg guane tu
Quote ninja boy 23-6-2024 01:22 AM
Uban sblm tua
Quote Belibis 23-6-2024 06:35 AM
ninja boy replied at 23-6-2024 01:22 AM
Uban sblm tua

Ni pun dikira jelik jugak taww..
Quote lostnfaun 23-6-2024 07:51 AM
Dulu diorg bersembang dekat twitter smp awal pagi boleh plak yer.
Quote Firenzza 23-6-2024 09:37 AM
Gang dia dikecualikan.....
Quote B40tastePosh 23-6-2024 10:10 AM
Belibis replied at 23-6-2024 06:35 AM
Ni pun dikira jelik jugak taww..

Bukan dikira pujian ke tu. MCMC pun pening kepala camni

gray-hair-quotes-every-gray-hair.jpg
Quote kasibiman 23-6-2024 01:21 PM
Kita sbg marhein tumpang gembira tengok bajet 2.4bn kementerian digunakan utk kepentingan politik.

Takpelah kalau celcomdigi signal hampas nak bayar qr pon kene keluar kedai tunjuk2 henfon ke langit utk signal kementerian komunikasi takleh setelkan.

Marhein redo je.
Quote TomyamPuteh 23-6-2024 02:33 PM
Muka dia pun jelik aku tgk.
Quote BoongaKertas 24-6-2024 07:56 AM
teringat kwn ofis meols kata heols hensem. hahaha! masa dia ckp tu, iols rasa nak berguling2 bwh meja sbb rasa kelakar.
Quote AbukRokok 24-6-2024 09:11 AM
Digital Dictatorship
Quote CoffeeOverdose 24-6-2024 09:16 AM
msti dia terimbas kembali zmn dia lancarkan cybertroopers dlu kan? goyang sungguh dgn nayang2 sendiri ye?
Quote Thunderclouds 24-6-2024 09:24 AM
Dh level lobai.
Org buat harom.. Ko buat boleh siap korek dalil
Quote tungkai 24-6-2024 09:41 AM
Semalam ada lalu kat Tik Tok lagu promo kominis kat Korea Utara eyacha cholima ke apa benda. Sedap gak lagu dia..
Quote AbukRokok 24-6-2024 10:23 AM
ramai boleh kne ni kat tiktok mengajing agong dan sultan johor
Quote otai_g 24-6-2024 10:24 AM
ninja boy replied at 23-6-2024 01:22 AM
Uban sblm tua

Aik bkn dia mmg da tua ka?
Quote otai_g 24-6-2024 10:25 AM
TomyamPuteh replied at 23-6-2024 02:33 PM
Muka dia pun jelik aku tgk.

Ha ni antara Komen jelik ni. X takut ka radiocar dtg dpn rumah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055526 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top