CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Faisal Halim senyum lebar, Tun M datang ziarah di rumah

23-6-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9707| Komen: 50

Description: PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim di rumah pemain bola sepak itu hari ini.


PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim di rumah pemain bola sepak itu hari ini.

Momen indah itu dikongsikan Faisal menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi.

Faisal, 26, menyifatkan kedatangan tokoh hebat itu memberi semangat tambahan kepadanya untuk segera pulih dan kembali beraksi dalam sukan bola sepak.


“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

“Insya-Allah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” katanya.

Terdahulu, arena sukan bola sepak dikejutkan dengan insiden simbah asid yang terjadi kepada Faisal pada Mei lalu sehingga mengalami kelecuran tahap empat.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pemain sayap skuad Harimau Malaya itu telah menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei lalu.

Doktor menjangkakan proses pemulihannya akan memakan masa selama enam bulan sebelum dibenarkan kembali menjalani latihan bersama pasukan.

Bagaimanapun, pada 13 Jun lalu, Faisal membuat kemunculan kali pertama berdepan dengan orang ramai sejak insiden malang itu dalam satu sidang media di Selangor FC Training Centre.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 22-6-2024 10:54 PM
Ada yg shaking x?
Quote Kiahlemau 22-6-2024 11:10 PM
Tahun ni Tun dah 100 years old kan? Kuatnya dia boleh jalan sana sini lagi...nenek kita sebaya Tun...tapi nak jalan pun dah tak larat..nk mandi nak buang air kena berdukung
Quote yoppoy 22-6-2024 11:32 PM
Kuad sungguh che det ni
Quote BlackpingU 22-6-2024 11:38 PM
Rasanya tahun ni 99 years... masih steady lagi jalan2...
Quote cm_vungtau 22-6-2024 11:53 PM
Siannya dik. Semoga cepat sembuh. Nampak macam dah nak kering luka2 kat tangan tu
Quote sharlenetexas 23-6-2024 12:46 AM
Dia tu dtg ziarah tak?


Quote edayildiz 23-6-2024 01:05 AM
sharlenetexas replied at 23-6-2024 12:46 AM
Dia tu dtg ziarah tak?

xdtg lg..

Quote malaysiaku123 23-6-2024 01:22 AM
Tu Tun kemain main reserve psychology
Quote MissYouSayang 23-6-2024 04:06 AM
Si topoi bila nak datang
Quote Cleocatra 23-6-2024 04:43 AM
Baca komen kat ig, ada tulis, berasap enjin bugatti tengok tun salam faisal. Banyak komen ngajing
Quote any42 23-6-2024 07:38 AM
semoga btmbah baik ksihatan faisal. Larat lg Tun bjln sana sini hebatnya.
Quote lostnfaun 23-6-2024 07:57 AM
Mb selangor ada dtg tengok ke? PMX pun takat bg 1 statement jer dulu. Semua pakai takut nak bagi komen lebih². Nak ziarah pun fikir banyak kali gaknya.
Quote lightheaded67 23-6-2024 08:10 AM
wahhhhh smoga dpt tmbh ceria sesikit fh anak beranak dan smoga cepat sembuh aminnn
Quote orkid_amani 23-6-2024 11:35 AM
Apa motif yaa FH ni kena simbah asid?
Quote zehra2 23-6-2024 11:47 AM
sebab tun M vs nakraja ke
Quote ajinomotonosuga 23-6-2024 12:05 PM
orkid_amani replied at 23-6-2024 11:35 AM
Apa motif yaa FH ni kena simbah asid?

ada puak anti gila kelab Selangor..ni club arwah SuperMokh!

so depa siksa pemain Selangor..

ada laa cite nya..polis pun tau tapi tadak tloq!!!

elok elok budak tu p soping depa simbah asid

naya oang...ada la tu yg suruh..polis takmo kabo

tu sebagai warning kat club Selangor ..suh jadi bodoh jangan nak jadi mcm Real Madrid ..jadi real parit udah!
Quote FOTHER-MUCKER 23-6-2024 12:07 PM
Lama tak dengar khabar berita tentang dr Siti hasmah, harap sihat sihat sahaja.
Quote sranua 23-6-2024 12:34 PM
Bagus Tun M datang menjengah bagi semangat kat FH. Besar hati FH terima kehadiran insan hebat dikala dalam masa susah gitu.
Masa senang tak heran ramai yg datang...masa susah baru nampak sape je yang datang menjengah. Tinggallah ahli keluarga yang setia menunggu.
Quote jfq 23-6-2024 12:40 PM
Edited by jfq at 23-6-2024 12:43 PM

Simple. Minum air kosong aje

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052221 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top