CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahukah anda? Wanita Malaysia ke-6 tercantik di Asia - Kajian

22-6-2024 10:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8244| Komen: 37


PETALING JAYA – Golongan wanita negara ini berada pada kedudukan ke enam wanita tercantik di Asia dengan mendapat skor 0.75 di bawah Iran yang berada di tangga ke lima dengan skor 8.0.

Menurut kajian dilakukan satu firma antarabangsa, Insider Monkey mencatatkan, wanita di Korea Selatan menjadi wanita tercantik di Asia apabila berada di tangga teratas dengan skor diperolehi 1.0

Golongan wanita di Jepun dan Vietnam masing-masing berada di tangga ke dua dan ketiga dengan nilai skor 0.95 dan 0.9

“Golongan wanita dari Filipina pula berada di tangga ke empat dengan nilai skor 0.85, manakala bagi golongan wanita dari India berada di tangga ke tujuh di bawah Malaysia dengan nilai skor 0.7

“Berada dalam senarai top 20 wanita tercantik di Asia adalah Indonesia yang berada di tangga ke- 11 manakala wanita dari Laos pula berada pada tangga ke-20 dengan nilai skor 0.05,” jelas kajian tersebut.

Negara lain yang turut berada dalam senarai top 20 wanita tercantik di Asia adalah, China di tangga ke lapan, Singapura (9), Thailand (10), Hong Kong (12), Macau (13), Bhutan (14) dan Taiwan (15)

Sementara itu, Kazakhstan (16), Sri Lanka (17), Pakistan (18) serta wanita daripada Myanmar berada pada tangga ke-19.

Sumber  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 22-6-2024 10:26 PM
Edited by SalenaGomez at 22-6-2024 10:27 PM

Aiiyyyooo SK no 1? Biar betik survey ni. Reliable ke?? Cantik lg pempuan iran, turkeye,filipin, telen ka…dah lah SK ni byk under surgery
Quote Kiahlemau 22-6-2024 11:08 PM
Muka operate paling cantik di Asia? Firma bangang mana punya kajian ni
Quote piyek92 22-6-2024 11:14 PM
Siapa punya data ni.ada ke indon tangga ke 11 tak masuk akal hahaha
Korea selatan tu semua bedah bolehla kalau jepun aku setuju cantik dia mmg sedap pandang
Quote yoppoy 22-6-2024 11:48 PM
Beauty dah la subjective
Kot nya sifir apa diguna nak kira berapa perempuan dalam negara2 tu
Nak darab bahagi dengan symmetery muka
Tak add on package body shape bagai lagi
Quote cm_vungtau 22-6-2024 11:56 PM
Membohong sangat India kat belakang Malaysia. India dah berapa kali menang Miss World, Malaysia langsung takde bau2 Miss World
Quote green~tea 23-6-2024 12:07 AM
Yang cantik tu berapa kerat je kot


Selebih nya gemok gedempol
Quote fefeeling 23-6-2024 12:12 AM
Malaysia ni berbilang bangsa.. bangsa mana yg ko pukul rata masuk antara tercantik kalau no.1-3 spesis sepet… kalau pergi europe ramai je malay-malaysia & malay-indonesia kawin omputeh tu je cara nak tau malay beauty ada class tersendiri yach
Quote ultra78 23-6-2024 05:55 AM
Wanita korea selatan tercantik di Asia? Boleh abaikan aje kajian ini..
Quote imanjannah 23-6-2024 08:42 AM
korea
Quote noor2 23-6-2024 09:22 AM
Malaysia x tersenarai pun dlm list top 10.
Quote Skuau 23-6-2024 09:38 AM
Msia mengklaim aja-Friska
Kok gue ngak shantek-Trisna
                  
Quote cicak_kobeng 23-6-2024 10:40 AM
Mcm x reliable je survey ni. SK tu surgery je. Klau jln2 kt sana, susah kot nk jumpa yg cantik, semua muka hurm..baik kt malaysia jela.. yg buat sirvey tu tgk drama je la kot
Quote noor2 23-6-2024 11:14 AM
Edited by noor2 at 23-6-2024 11:15 AM

Jgn gadoh2..
[youtube]4-ELav6aDa4?si=cmpwC8MZSTSepAAj[/youtube]

Boleh ke x video ni..
Quote noor2 23-6-2024 11:20 AM
Mana ada  Malaysia...mana
[youtube]r722KHacQag?si=qxTTWLcG3zgCKmiu[/youtube]

Quote orkid_amani 23-6-2024 11:39 AM
SK, JPN kalau ori jaaaaaauuuuuuuuh lg lawa indon reja kilang area rumah aii ni viet6 reja kilang pun lawa2 aih kat area sini. Chinadoll kat area gurney batu ferighi sana pun lawa gebu2 dari SK
Quote LautBiru52 23-6-2024 11:55 AM
bila tengok SK ranking no 1 terus aku malas nk baca sampai habis
Quote cm_vungtau 23-6-2024 12:39 PM
SK Japan China semua mana ada menang miss world. Sebab mata kecik. Yang lawa2 mesti yang mata besau2. Malaysia pulak sebenarnya lawa tapi malas eksersais pulak
Quote Kurex 24-6-2024 12:08 PM
mesti kau tgk leluhur parashit c sebagai penanda aras kecantikan kan... lawa apoo deols tu
Quote yururi 24-6-2024 12:37 PM
Membongaknya, point kecantikan dikira lepas plastic surgery kot? Kat SK tu iols jalan2 kat bandar pon ada je nampak org tgh berbalut muka mcm baru lepas plastic surgery. Muka SK ni lebih kurang cina bukit je, muka besar, mata sepet. Klu kata org iran n jepun yg paling cantik baru iols percaya. Sbb klu kat jepun, tgk muka budak2 kecik je mmg dah sedia cantik hensem, mata besar tak mcm SK mata sepet

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.069122 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top