KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan tiada tindakan diambil pihaknya ke atas warga Afrika disyaki menawarkan aktiviti persundalan di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi Ops Kutip telah dilakukan JIM Kuala Lumpur pada 24 November tahun lalu di lokasi terbabit. Katanya, JIM KL telah menahan seramai 12 individu termasuk seorang lelaki membabitkan satu warga Yaman, Tanzania (9), Uganda (1) dan Nigeria (1). “Operasi turut memeriksa 26 individu pelbagai warganegara,” ujarnya. Beliau menegaskan pihaknya memandang serius isu berkait kesalahan babit warga asing sekali gus menggesa orang ramai untuk terus salurkan maklumat kepada pihak imigresen. “Operasi seperti ini sedang dilaksanakan secara menyeluruh di ibu negara membabitkan pelbagai tempat dan kawasan seperti premis mahu pun penempatan. “Tindakan juga sedang diambil terhadap majikan selain siasatan mengikut Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan membekukan akaun serta aset pemilik premis,” katanya. Semalam, menerusi video berdurasi satu minit 15 saat yang mendakwa beberapa wanita warga Afrika terlibat aktiviti persundalan di Jalan Changkat, di sini, tular di aplikasi X. Sumber -KOSMO! ONLINE.
|
green~tea replied at 23-6-2024 12:09 AM
Jantan melayu berani langgan ke tidak
izwan_izi: Dh kerja imigresen tu...takkan ...
lostnfaun replied at 23-6-2024 08:11 AM
Susah jgk sebab kekangan kewangan & kakitangan. Biasanya buat operasi waktu malam & libatkan byk s ...
lanacondor replied at 22-6-2024 10:44 PM
Semoga semua pelacur2 dekat Malaysia ni beserta bapak Ayam dan pelanggan2 di datangkan penyakit kela ...
piyek92 replied at 22-6-2024 11:15 PM
So ada ke melayu yg langgan..senyum menguap je ayam afrika tunggu crettt
izwan_izi replied at 23-6-2024 01:41 AM
Pepatah British zaman 1800-an ada ditulis kaka...
"Small small chili paddy"...
edayildiz replied at 23-6-2024 04:46 PM
nape i tgk laki african punya gf mesti demokkk..vonvon pun besaq..mmg style sana..
semakin lentik vo ...
ADVERTISEMENT