JAKARTA – Sebuah klip video yang memaparkan majlis pertunangan seorang budak perempuan berumur 12 tahun di Madura, wilayah Jawa Timur mencetuskan kekecohan di media sosial, lapor akhbar Tribunnews semalam. Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pinopie, remaja mengenakan pakaian berwarna merah itu ditunangkan dengan seorang duda berusia 27 tahun. Lebih mengejutkan, tunangannya sudah mempunyai seorang anak. Beberapa wanita turut memberikan sejumlah wang kepada budak perempuan tersebut. Rakaman itu menjadi tular di media sosial, manakala sebilangan netizen tidak berpuas hati dengan majlis pertunangan yang telah berlangsung kerana budak perempuan berkenaan masih di bawah umur. “Bergantung pada pemahaman ibu bapanya. Memang kebanyakan penduduk Madura berkahwin pada usia muda,” kata seorang pengguna laman sosial. “Itu hanya majlis pertunangan. Ia boleh diteruskan dan boleh dibatalkan. Memang itu yang saya sering dengar di Madura,” kata netizen lain. – AGENSI
|
ADVERTISEMENT