CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Siap Ada Peti Sejuk Ais Krim” – Jauh Beza Dengan Negara Lain, Khemah Mewah Jemaah Haji Korea Buat Netizen Terpegun

21-6-2024 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12554| Komen: 83


Sejak musim haji bermula pada beberapa minggu lalu, pelbagai kisah yang kita dapat dengar dan lihat di laman media sosial, sama ada gembira ataupun sedih.

Baru-baru ini, tular di platform X memaparkan situasi di sebuah khemah jemaah haji dari Korea di Mina yang kelihatan sangat mewah dan penuh dengan pelbagai kelengkapan.

Boleh dikatakan keadaan khemah tersebut sangat berbeza dengan khemah jemaah haji dari Malaysia, di mana ia lebih padat dan sekadar selesa untuk tidur pada waktu malam.


Dapat dilihat dalam khemah jemaah haji Korea, terdapat tilam untuk setiap seorang jemaah haji yang boleh dijadikan sofa serta beberapa makanan yang sudah tersusun rapi.

Hal yang lebih mengagumkan kerana khemah jemaah haji Korea itu turut tersedia peti sejuk yang dipenuhi dengan ais krim bagi menyejukkan badan.

SUMBER : X/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosevelvet 21-6-2024 10:48 PM
Nk selesa kena byr pakej mahal. Malaysia pun ada.. topaz zamrud
Quote CoffeeOverdose 21-6-2024 10:51 PM
korea tk byk Muslim spt Malaysia. ofkos dorg lebih selesa. lagi satu, menunaikan slh satu rukun Islam kan? nak ala2 retreat/resort, pegila bercuti kat mana2.. ada jemaah yg lebih teruk lagi. bersyukur la dpt pegi haji kala masih bernyawa dan sihat.
Quote DeluluMelulu 21-6-2024 11:06 PM
Berapa ramai je bilangan jemaah haji Korea? Bilangan sikit senang nak cater.

Lainlah jemaah haji kita je dah berpuluh ribu setahun pergi.

Indonesia lagi la 200 ribu lebih.
Tu yang keluar perangai pelik-pelik bila kat sana.

Quote dua_chzy 21-6-2024 11:15 PM
Apsal ramai muka2 non Korea dok situ? Warga Korea non Korea? Warga asing kerja Korea ikut rombongan Korea?
Quote dua_chzy 21-6-2024 11:15 PM
Oh. Korea dan Jepang gabung.
Quote dua_chzy 21-6-2024 11:17 PM
Am ai seeing Coke? Sprite? Kampeni Yehudui di tanah Suci?
Quote dua_chzy 21-6-2024 11:17 PM
rosevelvet replied at 21-6-2024 02:48 PM
Nk selesa kena byr pakej mahal. Malaysia pun ada.. topaz zamrud

Ada pakej eskrim, soda drinks segala jugak ka youolz?
Quote _kelly 21-6-2024 11:22 PM
dua_chzy replied at 21-6-2024 11:17 PM
Ada pakej eskrim, soda drinks segala jugak ka youolz?

ada uols..makan pon buffet

bagi iols kalau mampu bayar la mahal pon untuk buat ibadah dengan selesa..kat tanah air pon jenuh ber aircond 24/7 takkan nak g buat haji tak boleh ambik pakej selesa kalau mampu kann..jangan la kufur nikmat, islam tak larang pon
Quote Ytee 21-6-2024 11:23 PM
bilangan diorg x ramai.. tapi x mcm muka korea & japan pun..
Quote sekngucing 21-6-2024 11:54 PM
dua_chzy replied at 21-6-2024 11:17 PM
Am ai seeing Coke? Sprite? Kampeni Yehudui di tanah Suci?

Saudi tak boikot pun..kita ja melebih2
Quote nur123 22-6-2024 12:01 AM
Ramai pekerja asal indonesia pun jadi jemaah dari korea ni.
Quote bungarose 22-6-2024 12:10 AM
Edited by bungarose at 22-6-2024 12:13 AM

Iyerr
Ader pakej yang sediakan kemudahan cengginih
Aiskrim, fresh juice, dessert, fruits and even sate pun ader dalam menu
Quote mojarean_X 22-6-2024 12:25 AM
Benda duniawi ko nk pertikai dh nape? Focus je lah amal ibadat kt sana selagi keperluan asas lain dh dipenuhi
Quote rosevelvet 22-6-2024 12:46 AM
Ytee replied at 21-6-2024 11:23 PM
bilangan diorg x ramai.. tapi x mcm muka korea & japan pun..

Nmpk sume konoha
Quote ultra78 22-6-2024 12:52 AM
Kerajaan mereka tak subsidikan kos pergi haji kan? Org yg pergi memang betul2 mampu dan kemudahan seperti itu expected. Beza negara maju dan miskin
Quote sharlenetexas 22-6-2024 04:07 AM
Persamaan semua pakai kain ihram.

Quote zehra2 22-6-2024 08:05 AM
sama lah dgn jemaah brunei.. penginapan lebih dekat sbb brunei byr lebih n jemaah dia pun tk ramai. TH kira dah ok lah tu.. pengurusan pun cekap.. moga jemaah dpt haji yg mabrur dan selamat balik ke malaysia
Quote shy79 22-6-2024 08:10 AM
ada ja malaysia pun..
ambik la pakej haji paling mahal tu..
kalau mampu apa salahnya..
berhabis duit utk buat ibadah kan
Quote TomyamPuteh 22-6-2024 08:17 AM
Indon Konoha siap pakej jual rojak lagi.

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047240 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top